Monday 5 September 2011

Pengenalan SMS BANTING

Sekolah Menengah Sains Banting terletak di Jugra iaitu 6 km dari pekan Banting. Terletak di atas lokasi tanah berkeluasan 24 ekar persegi  di Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra. Bersebelahan  dengan Kolej Komuniti Kuala Langat, Kem Tentera Udara Jugra, Pusat Matrikulasi Selangor , Maahad Tahfiz Jugra, Institut Latihan Perindustrian .

Akan mula beroperasi sepenuhnya pada 3 Januari 2012 dengan kemasukan pelajar tingkatan 2/ 2012 dan pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 / 2012  pada 4 Januari 2012. Diikuti dengan kemasukan pelajar tingkatan 4 / 2012 pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Berkeupayaan menampung seramai 900 orang murid dengan kemudahan asrama yang serba baru. Hanya menawarkan aliran Sains Tulen di peringkat SPM .


Barisan pentadbiran diketuai oleh En W Ab Rahim b. Wan Hussain ( Penolong Kanan) Ustaz Haji Amir b. Berau ( PK HEM ) dan En Atan b.Selamat  ( PK Kokurikulum ).

Sekolah ku

Pintu pagar sekolah yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan para pengunjung ke SM Sains Banting. Diikuti dengan bangunan pentadbiran utama yang menempatkan pejabat sekolah di paras 1 dan bilik guru di paras 2


Dataran utama yang dikelilingi kelas-kelas dan makmal sains serta bilik-bilik khas


Perpustakaan sekolah terletak berhampiran bangunan akademik dan bilik gerakan sekolah


Blok Asrama putera (atas) dan puteri (bawah) yang mampu menampung seramai 450 mengikut jantina



Blok guru (atas) yang mempunyai 12 unit rumah untuk kemudahan para guru.


Foto lain boleh dilihat dalam fb : ustaz amir dan keluarga