Tuesday 27 December 2011

PIBG SM Sains Banting

Syabas dan tahniah kepada seluruh Jawatankuasan Penaja PIBG SM Sains Banting yang telah dibentuk ketika sesi pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 tahun 2011 yang lalu. Meskipun masih diperingkat awal pembentukkannya telah berjaya membuktikan sesuatu amat dihargai. Pertemuan demi pertemuan dan pemuafakatan yang dijalankan memberikan suntikan semangat buat seluruh warga kerja SM Sains Banting menjelang sesi persekolahan 2012 akan datang .


Lawatan, kunjungan serta perbincangan yang berterusan antara pihak PIBG dan pengurusan sekolah amat dihargai demi kebaikan semua pihak. Tinjauan JK PIBG yang diketuai oleh Tuan Syed Idrus bin Syed Ali Alhabshi  ke beberapa lokasi asrama untuk melihat perkembangan dan persediaan akhir menjelang sesi persekolahan 2012.



(Atas )  Kerja-kerja pemasangan ampaian asrama putera dan puteri sumbangan PIBG. (bawah) Sumbangan kelengkapan surau seperti sejadah, rehal, telekung dan al Quran  yang juga disumbangkan oleh wakil PIBG Pn Hajjah Rusila Subari



Terima kasih atas komitmen semua pihak


YDP PIBG Tuan Syed Idrus bin Syed Ali Alhabshi  bersama En Atan Selamat ;  PK Kokurikulum dalam satu sesi kunjungan beliau ke sekolah

Prasana Terkini SM Sains Banting

Menjelang hari pendaftaran pelajar baharu sesi persekolahan 2012,  beberapa kemudahan prasarana baharu dibangunkan. Antaranya bangunan untuk dobi pelajar yang terletak bersebelahan Dewan Makan Asrama.





Ampaian pakaian di hadapan bilik/dorm turut disediakan untuk kemudahan penghuni asrama putera dan puteri. Kantin sekolah juga telah menerima tambahan kerusi untuk kemudahan pelajar.


Susun atur terkini bilik atau dorm asrama yang bakal dihuni oleh 8 orang setiap kamar menjelang 2013 akan datang .

Monday 26 December 2011

Yuran SM Sains Banting 2012

Assalamualaikum kepada semua ibubapa dan penjaga , pelajar-pelajar SM Sains Banting

Berikut diringkaskan yuran yang perlu dibayar oleh ibubapa dan penjaga ketika pendaftaran pelajar


Yuran Makan Asrama

1. Pendapatan bawah RM5000  sebanyak RM 250 setahun
2. Pendapatan RM5000 dan keatas sebanyak RM750 setahun

Yuran Koperasi


TING
YURAN KOPERASI
LELAKI
PEREMPUAN
TING 1
305.00
265.00
TING 2
305.00
265.00
TING 4
332.50
292.50


Yuran PIBG

Akan diputuskan dalam mesyuarat Agung PIBG pada 3 Januari 2012

Harap maklum

Pendaftaran Tg2 SM Sains Banting

Semua Ibubapa,
SM Sains Banting.

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2 TAHUN 2012 DAN MESYUARAT AGUNG PIBG
Perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa SM Sains Banting akan mengadakan Pendaftaran semula pelajar Tingkatan 2 bagi tahun 2012 dan Mesyuarat Agung PIBG dengan ketetapan berikut:

                 Tarikh    : 3 Januari 2012 (Selasa)

                Masa     : 9.00 – 11.00 pagi (Pendaftaran Tingktan 2)

                                  11.00 – 1.00 petang (Mesyuarat Agung PIBG)

                Tempat                : Dewan Serbaguna, SM Sains Banting


…3.            Bersama surat ini disertakan:

                i)             Notis Mesyuarat Agung PIBG dan

                ii)            Senarai Harga Barang di Koperasi Sekolah

 4.            Adalah diharapkan tuan dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam memperkasakan SM Sains Banting sebagai sebuah Sekolah  Berasrama Penuh yang unggul. Sekian dan terima kasih.


Senarai Keperluan Koperasi

Bil
Barang Keperluan
KOPERASI
1
Buku Tulis
2
buku latihan
3
buku laporan amali
4
buku garis satu kulit keras
5
Buku Graf
6
Buku Kokurikulum
7
Kad Kebenaran Keluar ('outing')
8
Kad pelawat penjaga
9
Buku Peraturan Sekolah (wajib)
10
Kertas Kajang (Berlogo Sekolah)
11
Ring File 2" (hitam)
12
Pocket File (PEKA)
13
Tali Leher
14
Kain Sampin
15
Kemeja Batik Berjahit
16
Baju batik (belum jahit)-4meter
17
Tshirt rasmi sekolah L
18
Tshirt rasmi sekolah P
19
T-Shirt Rumah Sukan L
20
T-Shirt Rumah Sukan P
21
Lencana Sekolah Berjahit ( 1 set - 5 kep)
22
Cadar dan Sarung Bantal 
23
Selimut
24
Tanda Nama (1 set - 5 kep)
25
Saham & Fee Masuk (Pelajar Baru)





TING
YURAN KOPERASI
LELAKI
PEREMPUAN
TING 1
305.00
265.00
TING 2
305.00
265.00
TING 4
332.50
292.50

Makluman Mesyuarat Agung PIBG


MESYUARAT AGONG PIBG SM SAINS BANTING

Perkara di atas adalah dirujuk :

1.             Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agong PIBG SM Sains Banting. Berikut adalah maklumat berkaitan mesyuarat tersebut:

                                Tarikh   :             3 Januari 2012 ( Selasa)

                                Masa        :            11.00 pagi

                                Tempat                 : Dewan Utama,
Sekolah Menengah Sains Banting.

                                Agenda  :             i.    Ucapan Pengerusi Penaja
                                                                ii.   Ucapan Aluan Pengetua SM SAINS BANTING
                                                                iii.  Pemilihan AJK PIBG Sessi
                                                                iv.  Penerangan Tentang Yuran PIBG dan Agihan
                                                                v.  Cadangan Yuran PIBG
                                                                vi. Hal-hal lain dan cadangan

Sunday 18 December 2011

SOAL JAWAB

Assalamualaikum kepada semua pengunjung ,
berikut antara puluhan panggilan dan persoalan dari para penjaga berkaitan kemasukan pelajar sesi 2012 akan datang.

S1 ; Berapa yuran yang dikenakan?
J1 = Yuran makan asrama RM250 setahun bagi keluarga berpendapatan 5000 ke bawah manakala penjaga berpendapatan RM5000 ke atas RM750 setahun. Yuran PIBG akan diputuskan kelak. Sebahagian yuran ditanggung oleh kerajaan seperti diumumkan oleh pihak menteri

S2 ; Koperasi bila akan dibuka?
J2 = Pada hari pendaftaran 3hb Jan  untuk pelajar tingkatan 2,  4hb Jan untuk pelajar tingkatan 1 . Barangan yang akan dibekalkan oleh koperasi ialah set cadar, sampin, baju batik, lencana sekolah, tanda nama, tshirt rasmi, tshirt rumah (sukan), tali leher , buku tulis berlogo sekolah, kad balik bermalam, kad pelawat  akan dibekal oleh koperasi .

S3 ; Kain pelajar perempuan warna biru laut atau gelap?
J3 = warna biru laut

S4 ; Balik bermalam dan keluar bandar berapa kali sebulan?
J4= Pada dasarnya balik bermalam sebulan sekali, keluar bandar pula 2 minggu sekali. Namun masih tertakluk pada keadaan semasa. Jadual lengkap akan diserahkan ketika hari pendaftaran

S5 ; Peralatan elektronik dan elektrik seperti telefon bimbit, seterika boleh dibawa?
J5= tidak dibenarkan. Pihak sekolah sedang berunding dengan pihak pembekal untyuk menyediakan perkhirmatan telefon di asrama dan sekitar sekolah. Kemudahan alatan menggosok juga akan disediakan.

S6 ; Kelengkapan asrama seperti almari, ampaian pakaian kelihatannya belum ada, macamana?
J6= Dah tiba dan dalam proses susun atur. Pihak PIBG juga sedangberusaha membantu menyediakan kemudahan ampaian asrama.

S7 ; Nombor telefon dan faks sekolah ?
J7= Alhamdulillah kedua talian telah tersedia. Telefon pejabat  03 3120 1597 / Faks 03 3120 1623

S8 ; Berapa ramai guru di SM Sains Banting ?
J8=  Kekuatan tenaga guru untuk sesi 2012 akan datang seramai  35 orang manakala staf sokongan 6 orang. Senarai lengkap sila rujuk pautan staf yang sedia ada

Wednesday 7 December 2011

Pendaftaran Ting 1 tahun 2011 ambilan 2

Assalamualaikum wm wbt kepada semua pengunjung,

Pendaftaran kemasukan pelajar tingkatan 1 tahun 2011 ambilan ke2 akan dijalankan pada tanggal 12hb December ini. Kepada semua calon yang bersetuju untuk menerima tawaran tersebut, sila hadir ke pejabat sekolah untuk urusan tersebut.

Penjaga perlu melengkapkan semua dokumen yang disediakan. Dokumen yang tidak dapat disempurnakan sila bawa kembali ketika sesi pendaftaran penggal persekolahan akan datang iaitu pada 3hb Januari 2012.

Tahniah dari kami warga SM Sains Banting atas tawaran anda.