Friday 25 May 2012

Bahas HKSBP 2012

25 Mei 2012  jam 9.00 pagi
Taklimat dan amanat terakhir dari Tuan Pengetua SMS Banting Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib kepada semua kontigen bahas yang akan menyertai Pertandingan Bahas di HKSBP 2012





Moga penyertaan sulung Basis ini akan memberi impak positif untuk semua. Selamat Maju Jaya !!!

Pra Kejohanan Sukan Tahunan Kali Pertama 2012

Alhamdulillah bermulanya secara rasmi Pra Kejohananan Temasya Sukan Tahunan Basis Kali Pertama 2012  pada hari khamis lalu 24 Mei 2012 . Beberapa acara telah dijalankan seperti lompat tinggi, lompat jauh , larian 1500m dan sebagainya




Syabas kepada semua yang terlibat mewakili rumah sukan masing-masing. Tidak lupa pastinya para penyokong setia yang sentiasa menghangatkan sukan petang yang dah sentiasa panas ... Selamat berjuang buat semua. Siapakah bakal dinobatkan juara Temasya Sukan Kali Pertama ini???  Nantikan 16 Jun akan datang .



Tuesday 22 May 2012

Mesyuarat Pesta Buku dan Karnival Sains Teknologi ( KASTEK)

Tarikh
23.5.2012

Hari
Rabu

Masa dan Tempat

Pesta Buku 
Bilik Pengawas
( 3.00 petang )

KASTEK
   Bilik Mesyuarat Perdana
( 3.30 petang )

Sumbangan PIBG

Sumbangan 11 penapis air untuk kegunaan asrama dan sekolah. Terima kasih atas keprihatinan dan usaha yang telah dilakukan oleh pihak PIBG demi kebaikan seluruh warga SMS Banting.
4 unit di asrama putera
4 unit di asrama puteri
2 unit di astaka
1 unit (besar) di dewan makan asrama


 
Posted by Picasa

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru buat semua Warga SMS Banting


Alhamdulillah sambutan Hari Guru 2012 dapat dilaksanakan dengan jaya dengan sokongan semua pihak. Tahniah atas penganjuran yang baik dan syabas kepada semua warga SMS Banting yang telah terlibat. Bermula sambutan tahun ini dengan penganjuran kejohanan bowling tertutup SMS Banting di Pusat Bowling Banting

Barisan Pentadbir yang menjuarai kategori berpasukan dan individu dalam
pertandingan bowling edisi pertama ini.


16 Mei 2012

Dimulakan dengan acara dewan. Pembacaan perutusan Hari Guru, ucapan Pengetua
pembacaan Ikrar dari para barisan guru dan diakhiri dengan sarapan pagi








slot 2 dimulakan dengan sukaneka di dataran


Slot 3 pelbagai persembahan para pelajar dan penyampaian hadiah dan cenderahati


Tahniah dan syabas sekali lagi atas sokongan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan sambutan Hari Guru yang julung2 kali diadakan di SMS Banting ini.

Tuesday 8 May 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Berikut dipaparkan jadual peperiksaan pertengahan tahun 2012 untuk makluman para ibubapa dan penjaga





Semoga semua anak-anak kita mampu membuktikan keupayaan mereka sebaik mungkin. Selamat maju jaya buat semua

Persiapan Sukan Tahunan 2012

Persiapan dan latihan menghadapi Temasya Sukan Tahunan Kali Pertama SMS Banting sedang rancak dijalankan meskipun dalam kesibukan semua guru dan pelajar membuat persediaan akhir menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 yang bakal tiba tidak lama lagi.


Tarikh
16 Jun 2012

Hari
Sabtu

Masa
9.00 pagi


Semua penjaga dijemput hadir sama bagi memeriahkan temasya sukan tahunan yang julung-julung kali di adakan. Kehadiran bersama ahli keluarga dan pemakaian digalakkan mengikut warna rumah anak masing-masing. 

Sunday 6 May 2012

Majlis Penutupan Bulan Bahasa dan Bulan Membaca

May 7, 2012  Majlis Penutupan Bulan Bahasa dan Bulan Membaca selamat dijalankan di Dewan Besar SMS Banting dengan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib . Sekalung budi buat semua pihak terlibat sepanjang program ini dijalankan terutama Cerdik Publication SdnBhd, PIBG SMS Banting, Utusan Malaysia, PPD Kuala Langat, PKG Kanchong Darat, Pusat Sumber SMS Banting dan Bidang Bahasa SMS Banting .



Sebahagian para pemenang dan penerima hadiah untuk pelbagai kategori pertandingan sepanjang program Bulan Bahasa dan Bulan Membaca 




Pementasan drama oleh juara drama bahasa Inggeris dari rumah Radium dengan tajuk pementasan mereka "Mahsuri "



Pertandingan Rekacipta i-INVEX AND MIYIO2012

PERINGKAT
ANTARABANGSA

PENCAPAIAN 
1 PINGAT PERAK 1 PINGAT GANGSA

TEMPAT
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS


TARIKH
 26-29 APRIL 2012











TAHNIAH DAN SYABAS DARI KAMI SELURUH WARGA SMS BANTING.

Spot Check OOPS FON

Satu operasi bersepadu  "Oops Fon " telah dilancarkan ke atas semua murid bagi memastikan peraturan dan larangan membawa telefon ke kawasan sekolah dan asrama dipatuhi oleh semua murid. Sejumlah barangan larangan telah ditemui sepanjang operasi selama 1 jam di kelas masing-masing dengan dibantu oleh semua barisan guru.






Antara barangan terlarang adalah telefon bimbit, ipod, MP4 dan sebagainya. Amaran keras telah dikeluarkan dan semua barangan dikembalikan untuk memberi peluang terakhir kepada mereka.   

Perkhidmatan Gunting Rambut


Alhamdulillah satu lagi perkhidmatan dan kemudahan untuk murid-murid dapat kita sediakan iaitu perkhidmatan bergunting rambut di asrama. Dilaksanakan pada setiap hujung minggu hari ahad bermula jam 8.30 pagi  dengan harga rm5 untuk setiap guntingan.   



Diharapkan penampilan semua murid SMS Banting semakin segak dan menawan.



Anugerah Kecemerlangan Pengetua

Alhamdulillah ujian selaras 1 bagi tahun 2012 selesai dilaksanakan dan bakal menjelang adalah peperiksaan pertengahan tahun yang bakal muncul tidak lama lagi. Diharapkan semua murid bersedia untuk menempuhi peperiksaan dengan semangat yang membara dan fokus yang jitu demi merealisasikan kecemerlangan SMS Banting di mata masyarakat.

Sehubungan itu pihak sekolah telah menyediakan sedikit tanda hati kepada pelajar yang berjaya mendapat kecemerlangan dalam ujian selaras 1 lalu. Syabas dan tahniah kepada para penerima berikut

1. Nur Arrisha Soraya bt Mohd Azmi 4 Al Biruni
2. Nurul Farina bt Mazlan  4 Al Biruni
3. Ansi Syafiqah bt Bakhtiar  4 Al Farabi
4. Nur Farrah Hanina bt Kamarudin   2 Al Haseeb
5. Hafiz Anuar b. Mohd Sophiee   1 Al Jahiz
6. Muhammad Izzat Hazim  b. Kamarozzaman  1 Al Jahiz



 




Semoga Anugerah Kecemerlangan Pengetua ini menjadi pembakar semangat kepada semua murid dalam peperiksaan pertengahan tahun 2012 yang bakal muncul tidak lama lagi.