Sunday 29 July 2012

PENUNDAAN TARIKH TAHLIL DAN IFTAR PERDANA

Adalah dimaklumkan kepada semua para penjaga dan ibubapa,

Program Tahlil dan Iftar Perdana yang dijadualkan berlangsung pada 3 ogos ini DITUNDA kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Saturday 21 July 2012

Ahlan wa sahlan ya Ramadan 2012

Antara program yang dijalankan ialah Ihya Ramadan , Tahlil  dan Iftar Perdana pada 3 Ogos nanti . Sumbangan dari semua ibubapa dan penjaga sangat dialu-alukan . Boleh terus hubungi PK HEM ustaz Haji Amir Berau ditalian 019 2247009  untuk maklumat lanjut.

Sempena Ramadan, para pelajar dibenarkan balik ke asrama selepas jam 6 petang tapi tidak melebihi  jam 10 malam . Kepada pelajar yang balik awal seperti kebiasaan, hidangan berbuka ada disediakan oleh pihak Dewan Makan. Buat  anak-anak yang bukan beragama Islam, sarapan pagi dan makan tengahari tetap disediakan untuk mereka sepanjang Ramadan .


Antara sumbangan penjaga yang diterima sempena ketibaan Ramadan 2012 ini . Terima kasih tidak terhingga ...


Barisan kepimpinan BADAR yang mendengar taklimat akhir pengurusan BADAR dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua ..

KASTEK NEGERI SELANGOR 2012

SMS Banting sekali lagi terpilih menjadi tuan rumah untuk Karnival Sains dan Teknologi ( KASTEK ) 2012  yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 17-18 Julai  lalu. Setiap daerah menghantar wakil bagi menyertai pelbagai kategori yang dipertandingkan . Antaranya Solar Car, Solar Boat , dan Roket






Meskipun wakil SMS Banting gagal menempa nama dalam edisi kali ini, diharapkan penganjuran ini mampu menarik minta dan membuka minda semua yang terlibat untuk terus memajukan diri dan mengembangkan bakat dan potensi semaksimum yang boleh di masa hadapan


Pasangan kembar SMS Banting yang sempat menimba ilmu bersama rakan-rakan seperjuangan lain dalam kejohanan kali ini . Tahniah kepada PK Koko Cikgu Atan Selamat selaku pengerusi teknikal KASTEK Selangor atas kejayaan penganjuran ini. InsyaAllah 2013 akan terpahat SMS Banting selaku KUARA KASTEK SELANGOR

Wednesday 18 July 2012

Program Loving & Caring dan Pendedahan Awal Remaja

Alhamdulillah setelah tertangguh utk beberapa ketika akhirnya majlis ringkas untu penyampaian hadiah sempena Program Loving and Caring dan Pendedahan Awal Remaja dapat juga dijalankan baru-baru ini.


Syabas dan tahniah atas penglibatan semua dalam menjayakan program ini ... moga kita mendapat manfaat daripadanya

tidak ketinggalan buat semua rakan-rakan guru yang sentiasa membrikan komitmen tidak berbelah bagi dalam mendidik dan membina anak-anak di SMS Banting ini


Ujian Penilaian 2 tahun 2012

Berikut dipaparkan jadual Ujian Penilaian 2 tahun 2012 untuk perhatian para ibubapa dan penjaga






Selamat Maju Jaya buat semua

Hari Pemuafakatan 2012

Tarikh
20 Julai 2012

 Hari
Jumaat

Masa
8.00-12.30 tengahari

Berikut disertakan lampiran surat jemputan program untuk perhatian dan tindakan semua pihak terlibat .


Monday 16 July 2012

Spot Check Keterampilan Diri


Tarikh
16 .7.2012

Hari
Isnin

Masa
8.00 pagi




Satu pemeriksaan mengejut dibuat kepada semua pelajar untuk memastikan warga SMS Banting mampu mempamerkan keterampilan diri yang kemas, segak dan menarik. Antara fokus pemeriksaan adalah fesyen rambut yang menjadi trend para pelajar

Adalah diharapkan semua warga pelajar dan ibubapa sama-sama berganding bahu memastikan tahap disiplin dapat dipatuhi dengan baik

Program Lestari Alam 2012 SMS Banting


Tarikh 
14 Julai 2012
Hari
Sabtu
Tempat
SMS Banting


Alhamdulillah dengan izin Allah program Lestari Alam 2012 berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari dan tarikh yang ditetapkan. Sebanyak 300 batang pokok hutan dari pelbagai spesis berjaya ditanam di SMS Banting  sumbangan dari Lanskap Malaysia  melalui kempen Hutan Kita @ Schools .



Seluruh warga sekolah terlibat dalam menjayakan program ini yang antara lain bermatlamat memperkasakan perlaksanaan Sistem Rumah SBP melalui pendakatan Program Love and Caring (PLC) . Adalah diharapkan aktiviti yang turut mendapat kerjasama unit 3K, Panitia Sivik dan Kenegaraan ini mampu memupuk nilai mencintai alam sekitar .

Pengurus Besar Lanskap Malaysia En Othman bin Sulieman berkesempatan menanam pokok bersama tuan Pengetua dan barisan pentadbir yang lain. Pastinya aktiviti ini akan menjadi kenangan buat seluruh warga SMS Banting kerana dengan sedikit usaha bersama ini mampu mengubah lanskap SMS Banting  menjadi antara yang terindah satu hari kelak ....




Gelagat seluruh warga pelajar sepanjang sesi penanaman berjalan di seluruh kawasan sekolah .



Terima kasih atas sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini . Antara tonggak kejayaan program Lestari Alam 2012 




Berita Akhbar Utusan 19 Julai 2012


Wednesday 11 July 2012

Semarak Ramadan Bersama Ustaz Dr Zahazan

Alhamdulillah dengan kehendakNya jua dipermudahkan segala urusan membawa Ustaz Dr Zahazan bin Mohamed ke SMS Banting untuk program Semarak Ramadan 2012 . Tepat jam 8.00 malam 11 Julai 2012  dengan diiringi semua pembantunya beliau tiba diperkarangan  surau SMS Banting.




Ceramah dihadiri oleh semua pelajar dan tidak ketinggalan warga staf SMS Banting dan masyarakat sekitar yang terdekat. Isi kandungan ceramah pastinya difokuskan kepada pembangunan sahsiah murid disamping persediaan menghadapi Ramadan yang tidak lama lagi.

Antara tip menjadi pelajar berjaya dan cemerlang adalah konsep mencari redha Allah dalam setiap amalan dan tindakan. Kejayaan dunia akhirat lebih bermakna dari hanya sekadar menikmati kejayaan dunia semata-mata. Untuk itu pelajar perlu memiliki mentor, idola terbaik seperti Junjungan Nabi Muhammad atau tokoh-tokoh ilmuan termasuk guru-guru yang dapat dicontohi dan diteladani setiap masa. Tambahnya lagi, pelajar mesti memiliki pemikiran besar untuk berjaya hingga mampu memberi manfaat kepada ummah seluruhnya bukan sekadar memburu kejayaan kecil untuk kepentingan diri. Peribadi Rasullah dan para sahabat seperti Salman al Farisi mampu diteladani untuk tujuan tersebut


Sebahagian hadirin yang turut serta dalam ceramah Dr Zahazan .


Peluang memiliki buku-buku karya dan terbitan Telaga Biru dengan kadar potongan sangat menarik pastinya tidak kami lepaskan. Lebih bermakna dengan adanya tandatangan Ustazr Zahazan sendiri pada buku yang dibeli untuk membakar semangat meneruskan usaha kebaikan membentuk anak bangsa ini.

Akhir kata.. jazakallahu khairan kathira dari kami seluruh warga SMS Banting

Gotong Royong Gali Lubang

Aktiviti gotong royong membuat lubang sempena Program Lestari Alam  2012 yang bakal dijalankan bersama Lanskap Malaysia pada hari Sabtu ini jam 8.00 pagi  berjalan lancar. Semua guru dan ahli rumah terbabit giat membuat persediaan awal bagi penanaman 300 batang pokok sumbangan Lanskap Malaysia.





Aksi-aksi menarik dan ceria pastinya menjadi santapan lensa kamera para pelajar SMS Banting sepanjang 4 hari aktiviti gotong royong ini dijalankan. Tidak kurang yang melucukan kerana ada setengah mereka yang buat kali pertama berpeluang menggunakan cangkul sepanjang hayat di kandung badan ini.




Matlamat dan impian program ini adalah untuk menjadikan SMS Banting sekolah yang kondusif untuk didiami dengan pemandangan menarik dan menyejukkan mata menjelang 2020 

Bola Keranjang Antara Sistem Rumah

Kejohanan Bola Keranjang Antara Rumah telah dijalankan buat julung-julung kalinya bermula Julai 10, 2012 di atas usaha menganjurkan aktiviti yang berfaedah untuk para pelajar. Syabas dan tahniah kepada semua ahli Kelab Bola Keranjang dan Pengurusan Sistem Rumah atas usaha ini. Semoga ia mampu mempertingkatkan daya kepimpinan para pelajar dan membentuk sahsiah unggul di masa depan




Tuesday 10 July 2012

Makluman Program

10 Julai 
Senamrobik 1M1S  KPM
Masa   :  7.30 pagi

11 Julai
Ceramah Semarak Ramadan
bersama
Ustaz Dr Zahazan bin Mohammad
        Masa   :   8.00-9.00 malam
Tempat  : Surau SMS Banting


12 Julai
          Tuan Rumah APC Negeri Selangor
               Karnival 1M1S / Ragbi dan Bola Jaring SBP

13- 14 Julai
Program Memperkasakan Sekolah Rendah
bersama SK Sri Lanang dan SK Kampung Endah

14 Julai
Program Lestari Alam 2012
bersama Lanskap Malaysia
Masa   :    8.00-11.00 pagi


17-18 Julai
Tuan Rumah Karnival Sains Teknologi Negeri Selangor

20 Julai   
Hari Pelanggan SMS Banting dan Balik Bermalam sempena Awal Ramadan
Masa   :   8.30 - 12.30

27 Julai
Balik Pilihan

3 Ogos
Majlis Tahlil dan Iftar Perdana
bersama Ibubapa
Jam 6.00-9.00 malam

Tahlil Perdana
Majlis Berbuka Puasa
Solat Terawih
Balik bermalam sempena Nuzul Quran sehingga 6 Ogos


11 Ogos
Cuti Penggal Persekolahan
Selamat Menyambut Aidil Fitri 2012


Monday 2 July 2012

Pesta Buku Kuala Langat 2012

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMS Banting atas kejayaan penganjuran Pesta Buku Daerah Kuala Langat 2012  yang julung-julung kalinya dianjurkan di daerah ini. Sambutan luar biasa telah diterima dalam penganjuran edisi sulung ini . Selain dari jualan buku, pelbagai aktiviti lain telah diatur bagi memeriahkan perjalanan pesta buku ini.


Pameran dari agensi kerajaan dan swasta, slot ceramah berbentuk pendidikan untuk pengunjung, persembahan dari para pelajar , sedikit hiburan untuk kanak-kanak dan aktiviti jualan samada dari kalangan murid atau masyarakat setempat

Persembahan Coral Speaking dari para pelajar SMS Banting menyerikan aturcara majlis pesta buku





Guru-guru tidak ketinggalan merebut peluang untuk memiliki pakaian dan tudung yang dijual sepanjang pesta


Gerai jualan "senjata terkini"  ini juga menjadi tarikan para pengunjung. Namun yang paling mencuit hati kanak-kanak pastinya istana belon ...


Tidak kurang meriahnya  pertandingan melukis kanak-kanak anjuran Kelab Nuri Bank Rakyat yang diserikan dengan kehadiran maskot Kelab Nuri dan BADUT dari SMS Banting




Kehadiran tetamu kehormat diserikan dengan sambutan bunga manggar dan paluan kompang. Perasmian disempurnakan oleh En Nor Azhar Hamzah Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan  dan turut dihadiri oleh Pn Rozida bt Ismail  Pengurus Besar Cerdik Publication 




Setinggi-tinggi penghargaan buat semua agensi dan pihak terlibat. Wakil PPD Kuala Langat, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Banting tidak lupa Tuan Syed Idrus YDP PIBG SMS Banting selaku orang kuat penganjuran Pesta Buku Daerah Kuala Langat 2012 



Paling dinanti-nantikan adalah kehadiran selebriti Fahrin Ahmad yang menjadi daya penarik tambahan kunjungan para pengunjung ke Pesta Buku 2012 ini . Semoga penganjuran ini akan dapat dijadikan acara tahunan yang mampu melonjakkan nama SMS Banting ke tahap yang terbaik .