Monday 24 December 2012

Yuran 2013

Assalamualaikum kepada semua ibubapa dan penjaga , pelajar-pelajar SM Sains Banting

Berikut diringkaskan yuran yang perlu dibayar oleh ibubapa dan penjaga ketika pendaftaran pelajar


Yuran Makan Asrama

1. Pendapatan bawah RM5000 : satu ringgit sehari  sebanyak RM250 setahun
2. Pendapatan RM5000 dan keatas :  tiga ringgit sehari  sebanyak RM750 setahun


Yuran Koperasi
Ia meliputi item seperti buku rampaian, fail peribadi, fail disiplin, T Shirt dan seluar PJK, dobi, Tie clip (lelaki)  manakala bagi pelajar baharu tambahan seperti cadar , selimut dan sarung bantal, batik, tali leher, sampin, kain sarung, T Shirt Rasmi Sekolah, T Shirt Rumah Sukan.


KOPERASI
TINGKATAN
Lelaki
Perempuan
Tingkatan 1
499
479
Tingkatan 2
239.5
231.5
Tingkatan 3
229.5
221.5
Tingkatan 4
488.5
468.5
Tingkatan 5
229.5
221.5


Yuran PIBG
akan dimaklumkan kelak

Harap maklum


Sunday 23 December 2012

Pendaftaran Asrama sesi 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penjaga dan ibubapa ,

Dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh dan masa pendaftaran asrama untuk sesi persekolahan baharu 2013 adalah seperti berikut ;

Tarikh
1 Januari 2013

Masa
9.00 - 4.00 Petang

Tempat
Dewan Perdana

Pakaian
Batik Lengkap


Perkhidmatan koperasi akan dibuka pada masa pendaftaran bagi kemudahan pelajar dan ibubapa. Yuran pendaftaran akan kami paparkan kelak. Para pengawas dan AJK Koperasi pula dikehendaki balik sehari lebih awal iaitu pada 31/12 2012   bermula jam 2.30-4.00 petang . Daftar di Dewan Perdana.
Makan malam disediakan. Yuran boleh dijelaskan pada keesokkan hari .

Sekian. harap maklum



Mesyuarat Guru Bil 1.2013

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Guru Bil.1 Tahun 2013  akan dijalankan
pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan sepertimana berikut :


Tarikh
27/12/2012

Hari
Khamis

Masa
8.00 pagi - 5.30 petang



Kehadiran semua guru adalah WAJIB. Sebarang kesulitan sila berhubung terus dengan Tuan
Pengetua.  Sekian terima kasih

Monday 17 December 2012

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2013

TAHNIAH  KEPADA SEMUA CALON UPSR 2012 YANG BERJAYA DITEMPATKAN DI SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2013 AKAN DATANG. SEMOGA KEDATANGAN ANDA DENGAN KEIKHLASAN DAN HARAPAN YANG TINGGI KELAK AKAN DIBALAS DENGAN KEJAYAAN CEMERLANG.


MAKLUMAT AWAL  PENDAFTARAN

TARIKH  
7HB JANUARI 2013

MASA
8.30 - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT
DEWAN PERDANA

PAKAIAN
PAKAIAN SEKOLAH ,  BERKASUT HITAM , BERSELUAR HIJAU ( LELAKI ) 
BERTUDUNG , KAIN BIRU LAUT ( PELAJAR ISLAM PEREMPUAN )