Tuesday 30 April 2013

BALIK BERMALAM SEMPENA PRU KE 13

Assalamualaikum wm wbrt  dan salam sejahtera kepada semua ibubapa dan penjaga

Setelah melihat perkembangan isu air yang melanda asrama sejak seminggu lalu yang masih belum pulih sepenuhnya serta keperluan seluruh tenaga kerja di dewan makan yang akan menunaikan kewajipan mengundi pada PRU ke 13 akan datang, pihak pengurusan sekolah dengan izin Tuan Pengetua yang sedang berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan Umrah telah mengambil keputusan untuk MEMBENARKAN PARA PELAJAR BALIK BERMALAM pada hujung minggu ini TANPA ADA CUTI TAMBAHAN pada hari Isnin akan datang.

Semua pelajar perlu kembali semula ke asrama pada hari Ahad  dan diberikan kelonggaran untuk memasuki kawasan asrama sehingga sebelum jam 10 malam.

PERINGATAN :  peperiksaan pertengahan tahun 2013 akan BERMULA pada hari SELASA 7hb May 2013 .

harap maklum.

Sekian terima kasih


Selamat menunaikan tanggungjawab untuk mengundi dalam PRU ke 13 ini. 

Monday 29 April 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula pada 7hb April 2013 akan datang iaitu hari SELASA. Berikut dipaparkan jadual peperiksaan semua tingkatan terlibat. Selamat menduduki peperiksaan dan moga berjaya

Wednesday 3 April 2013

MAKLUMAT BALIK BERMALAM

Assalamualaikum kepada semua ibubapa dan penjaga

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah membuat ketetapan untuk membenarkan para pelajar BALIK PILIHAN  pada hujung minggi ini dan juga minggu hadapan kerana asrama aka digunapakai untuk 2 acara besar . Butiran lanjut adalah sepeti berikut  :

Acara 1 : Pertandingan Drama SBP Zon Tengah
Tarikh  : 5 dan 6 April  ( Jumaat dan Sabtu )
Balik Asrama : Ahad sebelum jam 6

Catatan : Mula balik sebaik tamat sesi persekolahan pada hari Jumaat. Pelajar luar Selangor TIDAK DIGALAKKAN balik bermalam kerana mengambil kira faktor kos dan perkara-perkara lain yang berkaitan


Acara 2 : Pertandingan Olahraga SBP  Zon Tengah
Tarikh  : 12-14  April  ( Jumaat hingga Ahad )
Balik Asrama :  ISNIN sebelum jam 6


Catatan : Mula balik sebaik tamat sesi persekolahan pada hari Jumaat. Pelajar luar Selangor yang jauh dan menghadapi masalah untuk balik masih dibenarkan terus tinggal di asrama .  


Harap maklum

Monday 1 April 2013

Kerja naik taraf Surau


Alhamdulillah hasil sumbangan ikhlas seluruh warga SMS Banting khususnya para ibubapa dan penjaga, kerja-kerja menaik taraf kemudahan asrama dan sekolah giat diteruskan. Sedang dalam proses perlaksanaan adalah penambahan tempat mengambil wudhuk di surau bagi kegunaan para jemaah yang semakin meningkat dari tahun sebelumnya. 


Kerja-kerja dijalankan melibatkan pemasangan 20 batang paip wudhuk di setiap lokasi lelaki dan perempuan beserta lantai jubin dan pemasangan dinding zink untuk perempuan


Sekali lagi sumbangan ibubapa dan penjaga serta warga sekolah amat-amat dihargai
moga kekal sebagai amal kebajikan hingga ke akhirat kelak.

Bengkel Kecemerlangan


Siri Bengkel Kecemerlangan Akademik telah dijalankan dengan kepakaran dalaman dan melalui program jalinan bersama agensi luar. Turut membantu tenaga pensyarah serta para pelajar dari UPM yang telah menjayakan bengkel Bahasa Inggeris dan Matematik


Guru Kanan Kemanusiaan Puan Rosmawati menjalankan bengkel Teknik Menjawab Sejarah kepada calon SPM 2013 . Selamat Maju Jaya buat semua


Masjlis Syifa


Satu Majlis atau program kerohanian bersama Darul Syifa telah dilaksanakan pada 14 Mac lalu bersama warga asrama dan sekolah bagi meningkatkan keyakinan diri serta membantu mewujudkan kesejahteraan dan keselamatan dikalangan warga sekolah 

Bersama 10 orang tenaga Darul Syifa, majlis dimulakan sebaik selepas solat maghrib dengan bacaan yasin dan zikir sebelum proses rawatan dijalankan dengan bantuan para pelajar


Ya Allah, kurniakan kesejahteraan dan keselamatan kepada kami seluruh warga SMS Banting dan bantulah kami dalam memburu kecemerlangan dunia akhirat