Tuesday 23 July 2013

Makluman Cuti Nuzul Quran

Assalamualaikun dan salam sejahtera semua....Setelah mendapat pandangan guru & ibubapa, pihak pengurusan mengambil keputusan berikut : pelajar ting 3 & 5 dibenarkan balik bermalam pilihan selepas solat jumaat. Pagi jumaat akan diisi dengan  subjek matematik & sains untuk tingkatan 3, BM & Biologi untuk tingkatan 5.

Pelajar lain tamat sesi persekolahan esok (khamis) boleh balik hingga ahad sebelum 10 malam. Balik pilihan bukan wajib sempena cuti nuzul quran pada hari jumaat. Semua yang masuk pada hari Ahad selepas berbuka puasa boleh ambil kad di lobi dewan besar bagi perempuan manakala lelaki di garaj pengetua bagi mengelakkan kesesakan di pintu utama

Pelajar yang kekal di asrama masih dibekalkan makanan secukupnya.

harap maklum

Sepetang bersama Imam Gaza


Sepetang bersama imam muda Gaza Palestin sheikh Ismail Musa Ismail Matar alhafiz yang berusia 23 tahun pada 23 Julai bersamaan hari Selasa. Dimulakan dengan sesi dialog
seterusnya berbuka dan solat maghrib berjemaah







Sempat menguji hafazan pelajar dan berjenaka.Tahniah buat saudara Megat Najmuddin


. Mudahan semua warga basis dpt mengambil ikhtibar dari kesukaran perjuangan mereka untuk maju berbanding kuta yg dikelilingi nikmat yg tak terhingga

Ceramah Nuzul Quran 2013


Tarikh : 22 Julai 2013
( Isnin )

Penceramah

Al Fadhil Ustaz Haji Salehuddin


Moga apa yang diperkatakan mampu menggerakkan hati dan jiwa kepada kebaikan dunia akhirat 

Monday 22 July 2013

Latihan Kebakaran bersama Bomba dan Penyelamat

SM Sains Banting dengan kerjasama Jabatan Bomba Banting, Jabatan Bomba Negeri Selangor dan Ibu Pejabat Bomba Putrajaya telah mengadakan satu program Pengungsian Bangunan atau lebih sinonim dengan nama Latihan Kebakaran , pada hari Sabtu, 20 Julai 2013.
 
Taklimat tersebut telah diadakan di ...Dataran Perdana dan telah dihadiri oleh hampir keseluruhan warga BASIS. Ianya telah memberi pendedahan tentang kaedah-kaedah yang mesti diikuti dan dipatuhi oleh warga BASIS sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran, gempa bumi dan sebagainya







Barisan pentadbiran mengambil peluang mengunjungi ruang pameran bergerak yang ditempatkan di dalam bas khas yang disediakan.

Program Matrikulasi KPM: Hala Tuju Selepas SPM

Pada 18 Julai 2013 jam 3.00 hinggaa 5.00 petang,  satu program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling BASIS,  "Program Matrikulasi KPM: Hala Tuju selepas SPM".
 
Penceramah jemputan ialah Puan Nor Salis Binti Samingan (Kaunselor Kolej Matirkulasi Selangor) yang melibatkan 197 pelajar SPM SM Sains Banting dan 68 pelajar SPM sekolah menengah Kuala Langat
 



Semoga program yang digerakkan ini mampu memberi impak positif kepada semua pelajar


 

Bengkel Women Response Technique

Tarikh   :
17 Julai 2013

Sasaran :

Semua kadet perempuan Kadet Pertahanan Awam SM Sains Banting,
10 wakil ahli perempuan badan beruniform yang lain dan semua guru wanita.







Program Iftar Jamaie KELUARGAKU dan Guru Penyayang

Semua guru-guru ketua keluarga berbuka bersama anak-anak di dataran dan di rumah. Satu program dibawah Program Guru Penyayang dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.




Terima kasih , tahniah dan syabas atas usaha murni bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama semua ahli keluarga.

Salam Perpisahan buat guru


Ucapan salam perpisahan khusus buat 3 orang rakan guru terlibat
yang berjaya ditempat sebagai pensyarah muda di 3 pusat matrikulasi berbeza seluruh negara

Cik Wan Syazzawani bt Wan Omar  ke Matrikulasi Labuan
En Mohd Hannafi b. Brhannudin ke Matrikulasi Gambang
En Mohd Farhan bin Sa'rani  ke Matrikulasi Selangor (Banting)

Selamat berjuang dan menabur bakti demi agama bangsa dan negara.
Terima kasih atas sumbangan yang diberikan selama ini.

Kem Biologi SPM dan Pendidikan Islam PMR


Menjelang peperiksaan yang tak lama ini, pelbagai usaha telah digerakkan secara intensif untuk memastikan peningkatan pencapai semua calon PMR dan SPM. Antaranya bengkel teknik menjawab semua mata pelajaran PMR dan SPM serta kem-kem intensif yang turut melibat guru-guru pakar dari luar dan dalam




Bengkel Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR



Semoga usaha berterusan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk seluruh calon peperiksan pada tahun 2013 ini. Selamat maju jaya dan semoga cemerlang.

Lawatan Kerja Timbalan Pengarah BPSBPSK

Dengan izin Allah dan kehendakNya sekali lagi... pada 12 dan 13 Julai 2013  Timbalan Pengarah En Mazlan bin Shamsudin dan ahli rombongan hadir ke SMS Banting untuk lawatan kerja BPSBPSK ke seluruh negara . Istimewanya kali ini, beliau dan ahli rombongan bukan sahaja menyudikan diri untuk berbuka puasa, berterawih dan bersahur malah turut sama mengikuti aktiviti gotong royong dan pemeriksaan bulanan yang dijalankan di asrama
Timbalan berucap sejurus sebelum aktiviti gotong royong di asrama putera





Majlis berbuka puasa



Slot  wacana minda bersama semua pelajar di surau




Antara aspek kekemasan susun atur di asrpuri yang menarik perhatian ahli rombongan .




Sesi diakhiri dengan pertemuan khas Timbalan Pengarah bersama para pimpinan pelajar iaitu pengawas dan badar. Terima kasih semua atas kerjasama yang diberikan semoga dapat meningkatkan kualiti kehidupan khususnya di asrama.

Warden berbuka puasan di Saha Cafe


Tarikh
11 Julai

Tempat
Saha Cafe Banting





Terima kasih atas kehadiran semua.. Moga ini akan mengeratkan hubungan sesama kita semua