Friday 21 February 2014

Siri Halaqoh


satu siri pengajian atau halaqoh ilmiah bersiri dijalankan setiap minggu untuk semua guru dan staf
manakala murid menjalani aktiviti usrah dan hafazan bersama guru pembimbing
serta naqib naqibah yang dipilih. 

Antara objektif dan matlamat adalah menyuburkan budaya cintakan ilmu  kepada seluruh
warga SMS Banting disamping memupuk nilai murni kepada setiap warga sekolah


Sistem penggiliran pengkuliah dijalankan untuk menjayakan program mingguan ini


Saturday 15 February 2014

NAIK TARAF KEMUDAHAN DEWAN PERDANA

Pihak pengurusan SMS Banting sedang berusaha meningkatkan pelbagai kemudahan prasarana di seluruh kawasan sekolah. Terkini pemasangan dinding penebat bunyi di Dewan Perdana dan dijangka selesai sepenuhnya pertengahan Mac hadapan. Diharapkan ia dapat meningkatkan kualiti sistem pembesar suara sedia ada ke tahap yang maksimum dan terbaik





STATUS CUTI DAN KRISIS BEKALAN AIR




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penjaga, ibubapa dan warga SMS Banting ,

Berdasarkan perkembangan semasa mengenai keadaan bekalan air di Daerah Kuala Langat khususnya SMS Banting yang agak kritikal dan tidak menentu sehingga lewat malam tadi , pengurusan sekolah telah memutuskan untuk MELANJUTKAN CUTI BALIK BERMALAM sehingga hari Isnin 17/2/2014. Ini bermakna SETAKAT INI murid perlu kembali ke sekolah pada hari Isnin sebelum jam 6.00 petang.

Walau bagaimana pun, semua murid dan penjaga perlu mengikuti perkembangan mutakhir dari blog dan page facebook rasmi sekolah, jika ada MAKLUMAN TERBARU mengenai perkara ini.

Friday 14 February 2014

Pendaftaran murid

Pendaftaran murid tingkatan satu ambilan kedua selesai dijalankan dengan jayanya . Tahniah dan syabas kepada yang berjaya semoga anda mampu mengharungi cabaran kehidupan di asrama hingga mampu meraih kecemerlangan dunia dan akhirat


Maulud 2014

February 7, 2014
Program Maulidur Rasul 2014 berjalan dengan jayanya dengan pelbagai pengisian seperti pertandingan membina sepanduk, pembentangan kajian sirah, nasyid dan sebagainya.

Perarakan Maulud mengikut sistem rumah pastinya mencuit hati dengan pelbagai hiasan dan daya kreativiti yang dipaparkan oleh semua ahli setiap rumah yang terlibat








Semoga ia mampu meningkatkan rasa kesedaran dan kecintaan pada baginda Nabi Muhammad SAW dalam diri setiap warga Basis

Ekspedisi Broga 2014

Dengan semangat yang membara dan berkobar-kobar akhirnya team Basis berjaya menakluk puncak Brogra di Hulu Langat dengan jayanya...tahniah dan teruskan pendakian ke puncak yang lebih tinggi



Himpunan Aktiviti Koko




Pencapaian yang memberangsangkan di peringkat Daerah Kuala Langat di tahun 2014 ini

Naib Johan Perempuan,
Tempat ketiga beregu bukan cina bawah 18 tahun
Ketia perseorangan lelaki bukan cina bawah 18 tahun



Syabas kepada jurulatih Cikgu Naza







3 pemanah Basis berjaya mewakili daerah untuk ke MSSS





Tahniah kepada semua yang telah mengharumkan nama SMS Banting di arena sukan peringkat daerah yang lalu. Teruskan cabaran ke peringkat yang lebih mencabar... 




Thursday 6 February 2014

Meting Guru dan Pemantauan Awal Persekolahan 2014

Alhamdulillah mesyuarat kali pertama untuk 2014 selesai dijalankan di Pusat Latihan Sime Darby di Pulau Carey. Moga segala perancangan aktiviti 2014 dapat dijayakan sepenuhnya
Kunjungan En Aidil bin Jantan dari BPSBPSK memantau perjalanan awal persekolahan 2014

Takwim dan Jadual Balik Bermalam 2014

Untuk makluman dan perhatian semua penjaga dan ibubapa

PMR 2013

Tahniah atas pencapaian cemerlang calon PMR 2013 lalu. Pegawai Pelajaran Daerah mengumuman keputusan PMR di bilik mesyuarat SMS Banting