Sunday 29 January 2012

Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan

Pada 26hb Januari 2012 lalu, satu mesyuarat penyelarasan antara pihak pengurusan sekolah, pemaju dan wakil KPM telah diadakan bagi tujuan penambahbaikan pembangunan Sekolah Sains Banting ini.



Antara perkara dibincangkan adalah isu kerosakan bangunan dan pelbagai perkara berkaitan. Ahli mesyuarat turut berkesempatan meninjau sekitar kawasan sekolah dan asrama untuk melihat perkembangan penambahbaikan yang telah dibuat.


Tuan Pengetua SMS Banting Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib turut mengiringi pihak rombangan bagi menjelaskan segala perkara berkaitan.




Diharapkan segala usaha yang dilakukan dapat membantu meningkatkan kualiti kemudahan sedia ada supaya memberikan keselesaan maksimum kepada seluruh warga SMS Banting di masa akan datang

Wednesday 25 January 2012

Perhimpunan Pagi

Perhimpunan pagi di SMS Banting

Isnin                           Perhimpunan Rasmi                Dewan Besar
Selasa dan Khamis     Perhimpunan Harian               Perkarangan Asrama
Rabu                          Perhimpunan Khas Koko       Dataran
Jumaat                       Perhimpunan Harian               Dataran




Friday 20 January 2012

Minggu Pengurusan Dan Silaturrahim kali pertama

MPSR kali pertama SMS Banting telah pun berakhir. Syabas dan tahniah buat semua warga pelajar yang berjaya mengharungi 2 minggu mencabar dengan jayanya. Dengan sokongan padu helpers dari SBPISB seramai 40 orang alhamdulillah segala aktiviti yang dirancang dapat dijayakan dengan jayanya. Terima kasih sekali buat semua yang membantu




Meskipun terasa amat sukarnya hari-hari yang mendatang pada minggu yang pertama dan kedua namun semua anak didik SMS Banting tetap bertekad dan bersatu hati untuk meneruskan perjuangan memburu kegemilangan di SMS Banting ini.



MPSR di SMS Banting turut menerima kunjungan dan pemantauan dari Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK ) KPM, Cyberjaya .


Antara detik dan saat yang mencuit hati ... selamat hari jadi buat yang diraihkan .. terima kasih buat semua.

Friday 6 January 2012

Perhimpunan Pertama SMS Banting

Pada 5 haribulan Januari, telah diadakan satu perhimpunan pagi yang pertama di SM Sains Banting di dataran sekolah. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh pelajar-pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua dan diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Pengetua dan guru-guru. Perhimpunan tersebut bermula jam 7.30 pagi.
para pelajar beratur mengikut kelas ditetapkan.
para pelajar beratur mengikut kelas
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan perhimpunan tersebut telah diuruskan oleh para pelajar itu sendiri yang turut di bantu oleh fasilitator dan guru-guru.
antara pelajar yang menguruskan perhimpunan pagi
Tmbahan lagi,terdapat dua orang pelajar yang menunujukkan bakat mereka dalam perhimpunan pagi tersebut dengan menyampaikan pengucapan awam.
salah seorang pelajar yang menyampaikan pengucapan awam
Tuan Pengetua juga turut memberi ucapan dengan menyatakan hasratnya agar SM Sains Banting dapat mencipta nama di peringkat antarbangsa.
Tuan pengetua berucap
Perhimpunan tamat pada pukul 8.30 pagi.

Pendaftaran Tingkatan 1 2012

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar Tingkatan Satu yang telah mendaftar pada 4 haribulan Januari di SM Sains Banting. Pendaftarn telah bermula pada pukul 9 pagi.
Antara pelajar Tingkatan Satu pertama yang mendaftar di SM Sains Banting
Terukir senyuman pelajar Tingkatan Satu yang baru mendaftar di SM Sains Banting
Seterusnya pada pukul 11 pagi ibu bapa dan para pelajar diberi taklimat di dewan.
Ibu bapa dan para pelajar di beri taklimat oleh pihak sekolah
Setelah taklimat habis disampaikan, para penjaga dibenarkan untuk membawa anak-anak mereka masuk ke daalam asrama. Pada waktu petang, pelajar-pelajar dibenarkan untuk keluar bersama penjaga ataupun mengurus diri masing-masing.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan sesi pendaftaran tersebut.

Kemasukan Tingkatan 2 Sesi 2012

Sesi persekolahan bagi tahun 2012 telah pun bermula di seluruh Malaysia dan alhamdulillah begitu juga di SM Sains Banting. Pada Tarikh 3 Januari 2012, pendaftaran tingkatan 2 telah pun berjalan dengan lancar. 
Pendaftaran di kaunter kelas

Tuan Pengetua turut bersama beriknteraksi dengan ibu bapa yang hadir

Di samping itu, Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga telah diadakan. Mesyuarat ini bertujuan untuk mewujudkan interaksi antara ibu bapa serta guru-guru mengenai sesuatu perkara.
Organisasi PIBG 2012

Sementara itu, pelajar-pelajar Tingkatan 2 yang baru sahaja berdaftar dikumplukan di surau untuk bersama-sama dengan para fasilitator Majlis Pengurusan Silaturrahim buat kali pertama. 




Thursday 5 January 2012

Gotong Royong Perdana

Pada tanggal 1 dan 2 hb Januari 2012 lalu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan gotong royong perdana sebelum menerima kedatangan pelajar untuk sesi persekolahan 2012. Program dihadiri oleh semua guru dan AJK PIBG bermula jam 9 pagi .


Amanat dari Tuan Pengetua SMS Banting , Tuan Haji Muhamad Kamaludin bin Taib kepada semua peserta terlibat.


Fokus dan tumpuan program menyusun dan membersihkan kawasan asrama yang bakal dihuni oleh pelajar sulung SMS Banting.


Biarpun kepenatan namun semangat yang dipamerkan oleh semua warga pendidik dan AJK PIBG terlibat amat dikagumi. Syabas buat semua.

Kemasukan Tingkatan 2 Sesi 2012

Sesi persekolahan bagi tahun 2012 telah pun bermula di seluruh Malaysia dan alhamdulillah begitu juga di SM Sains Banting. Pada Tarikh 3 Januari 2012, pendaftaran tingkatan 2 telah pun berjalan dengan lancar. 
Pendaftaran di kaunter kelas

Tuan Pengetua turut bersama beriknteraksi dengan ibu bapa yang hadir

Di samping itu, Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga telah diadakan. Mesyuarat ini bertujuan untuk mewujudkan interaksi antara ibu bapa serta guru-guru mengenai sesuatu perkara.
Organisasi PIBG 2012

Sementara itu, pelajar-pelajar Tingkatan 2 yang baru sahaja berdaftar dikumplukan di surau untuk bersama-sama dengan para fasilitator Majlis Pengurusan Silaturrahim buat kali pertama. 




Mesyuarat Guru Kali Pertama


Pengetua Tuan Haji Muhamad Kamaludin bin Taib memberikan Ucap Utama dalam Mesyuarat Guru kali pertama dalam sejarah pembukaan SM Sains Banting bermula sesi persekolahan tahun 2012 .










Barisan guru-guru SM Sains Banting tekun mendengar amanat dari tuan Pengetua .