Tuesday 25 June 2013

Terkini dari Pengetua

Mesej utk students dan penjaga ,

' Berdasarkan perkembangan semasa yang positif terhadap suasana jerebu dan trend menurun bacaan IPU khususnya di sekitar SM Sains Banting, sekolah akan beroperasi seperti biasa esok, Rabu.

Semua pelajar yang telah pulang ke rumah masing-masing sebelum ini adalah diminta untuk hadir semula ke sekolah dengan kadar segera. Ini bagi memastikan tiada pelajar yang tertinggal proses pembelajaran di sekolah mulai esok.

Terima kasih'

Pengetua
SMS Banting



Catatan..

Boleh balik malam dan tiada sekatan di pintu pengawal.

Ustaz Amir Berau
PK HEM

Sunday 23 June 2013

Pencapaian Antarabangsa Bahasa Turki


Sekalung syabas dan tahniah kepada pelajar bernama Nurul Afiqah binti Yahya dari kelas 4 al Biruni  yang telah terpilih menyertai International Turkish Olympiads ke 11   bermula 11-19 Jun lalu di Turki . Beliau berjaya mengondol pingat gangsa untuk kategori pertandingan puisi/sajak


Syabas dan tahniah sekali lagi. Diharap ini membakar semangat mana-mana pelajar untuk membangunkan potensi diri sedia ada semaksimum yang boleh .


Kem Biologi dan Fizik


Dalam suasana jerebu dan tidak menentu ini, program-program kecemerlangan bersifat dalaman tetap dijalankan demi merealisasikan kecemerlangan anak-anak SMS Banting ini. Antaranya bengkel Fizik elektronik dan Biologi. Tidak ketinggalan  kelas pemulihan PMR untuk subjek yang telah dikenalpasti.
Dipohonkan doa dari semua ibubapa agar sentiasa mendoakan kejayaan cemerlang anak-anak di sini. Terima kasih atas segala sokongan dan komitmen seluruh penjaga kepada pihak sekolah


Karnival Mahabah Badar antara SMSB, SAMUS dan MITIB

Alhamdulillah dengan izin dan kehendak Allah, satu karnival mahabah antara 3 institusi pendidikan berhampitan iaitu SMS Banting , Maahad Integrasi Tahfiz  Istana Bandar dan SM Agama Unwanus Saadah, Kanchong Darat telah dijalankan di MITIB pada  22 Jun lalu bertempat di MITIB. Antara aktiviti yang dijalankan adalah kegiatan riadah dan usrah. Semoga ia memberi impak positif dan mampu menjadi penggerak umah di masa depan.



SMS Banting juga menghantar wakil Badar ke Nadwah Kepemimpinan Islam di KISAS Klang untuk satu perhimpunan tahunan di kalangan pimpinan Badar SBP seluruh Malaysia. Antara aktiviti  paling menarik adalah forum sepontan yang dijalankan di masjid terpilih sekitar Klang . Syabas dan tahniah kepada wakil-wakil Badar yang terpilih.

Wednesday 19 June 2013

Jemputan ke Sukan Tahunan 2013

Sukan Tahunan 2013 sedang berjalan dengan rancaknya sepanjang minggu ini. Syabas kepada semua pelajar yang terlibat secara langusung dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Tidak lupa pastinya kepada semua warga guru yang sentiasa bertungkus lumus tanpa rasa jemu .

Kemuncak acara akan diadakan pada hari JUMAAT 21 Jun 2013   bermula jam 3.00- 6.00  petang . Semua ibubapa yang berkesempatan DIJEMPUT HADIR sama untuk menjayakan temasya sukan pada tahun ini.



Sebahagian peserta acara larian




Kelibat dan wajah guru yang sentiasa sabar dan penuh didikasi menjaya apa jua program sekolah



Sokongan padu para pelajar tetap bersama peserta setiap rumah sukan

Monday 17 June 2013

Lawatan JKR


Kunjungan pegawai jurutera dari JKR dan anggota meninjau lokasi surau untuk tujuan menaik taraf seperti yang sedang diusahakan oleh pihak sekolah.


terima kasih tidak terhingga atas segala sumbangan ibubapa dan penjaga demi merealisasikan hasrat membina ruang baharu untuk surau di asrama khusus bagi pelajar perempuan. Moga Allah meberkati segala usaha kita ini dan diankat menjadi amal soleh disisinya. amin

Kawat Kaki Dareah 2013


Berlangsung di SMK Teluk Panglima Garang



KRS perempuan muncul naib johan kategori KRS



Pasukan Pengakap pula muncul naib johan kategori NGO



Syabas dan usaha lagi di masa akan datang

Hari Guru

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah alhamdulillah selamat dijalankan pada 10 Jun lalu dengan tema ala Arab. terima kasih kepada semua pelajar atas usaha murni mengingati jasa dan pengorbanan para guru. Ringkas tetapi tetap meriah ...




Rombongan guru diarak ke dewan





Terima kasih semua guru, jasa kalian tetap dikenang dan
Selamat Hari Guru

Friday 14 June 2013

PERKAMPUNGAN ILMU BASIS 2013

Alhamdulillah dengan  izzin Allah  program peningkatan prestasi akademik tahun 2013 untuk calon PMR dan SPM yang dinamakan Perkampungan Ilmu selesai diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti berikut  :

Tarikh    : 5 - 9 Jun 2013
Tempat :  Lokasi terpilih di sekitar Banting

Sesungguhnya kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini amat dihargai dan diharapkan ia mampu memberi impak positif kepada pencapaian akademik seluruh calon PMR dan SPM Basis tahun 2013 ini. Lanjutan dari itu juga beberapa program susulan akan diketengahkan khusus membantu meningkatkan pencapaian setiap calon yang telah dikenalpasti mengikut tahap pencapaian masing-masing.