Friday, 11 January 2013

Kelas Biologi vs Rugbi Persahabatan

12 Januari 2013

Aktiviti kelas tambahan SPM bermula dengan subjek Biologi yang dikendalikan oleh Pn Hajah Ruhani Said. Diharapkan semua calon SPM akan memulakan gerakan dan usaha awal demi menobatkan SMS Banting di persada terbaik SPM 2013 ini. Satukan hati, fokuskan tumpuan dan pemikiran, tingkatkan amalan dan hubungan dengan Allah insyaAllah segala halangan dapat dilalui dengan jayanya. Kelas untuk PMR juga bakal menyusul dalam masa terdekat


Selain tumpuan khusus pada akademik, penglibatan dalam kokurikulum pasti tidak diabaikan. Hari ini perlawanan persahabatan 3 penjuru antara SM Sains Banting, SMK Jugra dan KISAS berlangsung dengan jayanya. Yang pasti ...sokongan padu penyoong berpihak pada SMS Banting.

Gaya dan ketokohan jurulatih ragbi SMS Banting En Rodzaly dibantu En Nur Nasuha (hijau)

Sebahagian penyokong setia SMS Banting ...


Pasukan ragbi KISAS bersama jurulatihnya .. Syabas dan tahniah buat semua yang terlibat. Moga usaha murni dapat diteruskan demi kecemerlangan kita semua . 

Tuesday, 8 January 2013

SELAMAT DATANG PELAJAR TINGKATAN 1

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mendaftarkan diri di SMS Banting baru-baru ini.
Terima kasih kepada semua guru-guru dan pelajar yang telah terlibat dalam menjayakan pendaftaran kemasukan murid-murid tingkatan 1 bagi tahun 2013 ini. 



Saturday, 5 January 2013

JADUAL BALIK BERMALAM DAN KELUAR BANDAR


Kepada semua ibubapa dan penjaga dipohonkan kerjasama agar dapat sama-sama mematuhi jadual pergerakan balik bermalam dan keluar bandar untuk tahun 2013 ini. Salinan jadual boleh diperolehi di pondok pengawal sekolah.

Kerjasama semua ibubapa dan penjaga didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.




Friday, 4 January 2013

Hari Pertama 2013


Alhamdulillah hari pertama persekolahan tahun 2013 berjalan lancar seperti yang dirancang. Persiapan awal untuk proses pengajaran dan pembelajaran juga lancar. Tanpa diundang kehadiran ke sekolah, sekolah telah dikunjungi oleh 2 orang wakil dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Putrajaya yang bertujuan memantau perlaksaan dan persediaan sekolah menghadapi sesi persekolahan baharu.


2013 ini juga memperlihat perkembangan positif pada prasarana sedia ada. Pemasangan kabel dan pemancar internet YES hampir selesai. Peralatan dan kelengkapan komputer sekolah juga telah tiba . InsyaAllah tidak lama lagi semua murid bakal menikmati kemudahan komputer dan internet dengan mudah. Syukur ...moga ini mampu meningkatkan kecemerlangan sekolah akhirnya


Thursday, 3 January 2013

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 2013

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1  TAHUN 2013

Tarikh
7 Januari 2013

Masa
9.00 - 11.30 pagi

Tempat
Dewan Perdana, SM Sains Banting

Pakaian
Baju Sekolah Lengkap


Aturcara

09.00-11.30  Pendaftaran di Dewan Perdana
11.30-01.30   Taklimat  Pengetua dan Penolong Kanan
01.00-02.00   Rehat/ Solat
02.00              Koperasi /
02.30             Masuk Asrama
 

Selamat mendaftar dan tahniah kepada semua calon yang terpilih




Monday, 24 December 2012

Yuran 2013

Assalamualaikum kepada semua ibubapa dan penjaga , pelajar-pelajar SM Sains Banting

Berikut diringkaskan yuran yang perlu dibayar oleh ibubapa dan penjaga ketika pendaftaran pelajar


Yuran Makan Asrama

1. Pendapatan bawah RM5000 : satu ringgit sehari  sebanyak RM250 setahun
2. Pendapatan RM5000 dan keatas :  tiga ringgit sehari  sebanyak RM750 setahun


Yuran Koperasi
Ia meliputi item seperti buku rampaian, fail peribadi, fail disiplin, T Shirt dan seluar PJK, dobi, Tie clip (lelaki)  manakala bagi pelajar baharu tambahan seperti cadar , selimut dan sarung bantal, batik, tali leher, sampin, kain sarung, T Shirt Rasmi Sekolah, T Shirt Rumah Sukan.


KOPERASI
TINGKATAN
Lelaki
Perempuan
Tingkatan 1
499
479
Tingkatan 2
239.5
231.5
Tingkatan 3
229.5
221.5
Tingkatan 4
488.5
468.5
Tingkatan 5
229.5
221.5


Yuran PIBG
akan dimaklumkan kelak

Harap maklum


Sunday, 23 December 2012

Pendaftaran Asrama sesi 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penjaga dan ibubapa ,

Dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh dan masa pendaftaran asrama untuk sesi persekolahan baharu 2013 adalah seperti berikut ;

Tarikh
1 Januari 2013

Masa
9.00 - 4.00 Petang

Tempat
Dewan Perdana

Pakaian
Batik Lengkap


Perkhidmatan koperasi akan dibuka pada masa pendaftaran bagi kemudahan pelajar dan ibubapa. Yuran pendaftaran akan kami paparkan kelak. Para pengawas dan AJK Koperasi pula dikehendaki balik sehari lebih awal iaitu pada 31/12 2012   bermula jam 2.30-4.00 petang . Daftar di Dewan Perdana.
Makan malam disediakan. Yuran boleh dijelaskan pada keesokkan hari .

Sekian. harap maklum



Mesyuarat Guru Bil 1.2013

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Guru Bil.1 Tahun 2013  akan dijalankan
pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan sepertimana berikut :


Tarikh
27/12/2012

Hari
Khamis

Masa
8.00 pagi - 5.30 petang



Kehadiran semua guru adalah WAJIB. Sebarang kesulitan sila berhubung terus dengan Tuan
Pengetua.  Sekian terima kasih

Monday, 17 December 2012

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2013

TAHNIAH  KEPADA SEMUA CALON UPSR 2012 YANG BERJAYA DITEMPATKAN DI SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2013 AKAN DATANG. SEMOGA KEDATANGAN ANDA DENGAN KEIKHLASAN DAN HARAPAN YANG TINGGI KELAK AKAN DIBALAS DENGAN KEJAYAAN CEMERLANG.


MAKLUMAT AWAL  PENDAFTARAN

TARIKH  
7HB JANUARI 2013

MASA
8.30 - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT
DEWAN PERDANA

PAKAIAN
PAKAIAN SEKOLAH ,  BERKASUT HITAM , BERSELUAR HIJAU ( LELAKI ) 
BERTUDUNG , KAIN BIRU LAUT ( PELAJAR ISLAM PEREMPUAN )




Friday, 2 November 2012

Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sistem Rumah

Tarikh
31 Oktober 2012

Tempat
Dewan Perdana SM Sains Banting

Perasmi
Puan Hajah Foziah bt Haji Mohd Azahari
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat





MUHAMMAD MUTAZA BIN MAZLAN
Pemenang Anugerah Perdana bagi pencapaian kokurikulum terbaik 


Tidak lupa tahniah buat Juara Sistem Rumah SM Sains Banting 2012 yang baru dinobatkan pagi tadi.
Akademik  ( Titanium  )  Sahsiah  (  Radium )   3K  (  Radium  ) Kokurikulum (  Plutonium )

Rumah Terbilang : PLUTONIUM

Ahli rumah terbaik : Muhammad Raziq bin Salleh  dan Heidi bin Mohd Nasir