Wednesday, 6 February 2013

Program Iftar Jamaie




Alhamdulillah program berpuasa sunat dan Iftar Jamaie  untuk bulan Januari lalu dapat dijalankan dengan jayanya pada tanggal  31 Januari lalu dibawah selian dan kawalan rumah Radium ( Merah ). Meskipun ia hanya sekadar program sokongan kerohanian asrama namun sambutan dan penerimaan semua amat menggalakan . Moga ia mampu menjana diri kearah yang lebih positif

 Tahniah kepada seluruh AJK dan ahli rumah Radium kerana mampu melaksanakan program dengan baik dan lancar meskipun merupakan penganjuran kali pertama mereka . Diharapkan giliran penganjuran dan pengelolaan akan datang lebih baik .

Kejohanan Ragbi MSSD Kuala Langat

Pada 22 dan 23 Januari 2013, SM Sains Banting telah menghantar pasukan ragbi bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun ke Kejohanan Ragbi MSSD Kuala Langat bertempat di SMK Telok Datok. Alhamdulillah, dengan berkat kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan serta sokongan daripada guru-guru, keputusan yang cemerlang telah berjaya dicapai. Semoga kemenangan dan kejayaan yang diperolehi akan diteruskan ke peringkat negeri yang akan berlangsung pada awal bulan Mac.



Keputusan Akhir
Johan Cup: Basis A Bawah 15 Tahun
Naib Johan Plate: Basis B Bawah 15 Tahun
Naib Johan Cup: Basis Bawah 18 Tahun




Naib Johan Cup Bawah 18 tahun: Bergambar bersama piala dan guru-guru.



Naib Johan Plate dan Johan Cup Bawah 15 tahun: Bergambar bersama piala dan guru-guru.


Tahniah, tahniah dan tahniah buat pasukan ragbi SMS Banting. Moga mampu meneruskan kecemerlangan dalam kejohanan akan datang





KEJOHANAN PING PONG MSSD KUALA LANGAT 2013.


LAPORAN PASUKAN Pada 21 hingga 23 januari 2013 yang lalu, sekolah telah menghantar pasukan ping pong lelaki ke Kejohanan Ping pong MSSD Kuala Langat  yang telah berlangsung di SMK Methodist, Banting. Ini merupakan penyertaan kali pertama pasukan ping pong sekolah dalam kejohanan ini. Kategori yamh dipertandingkan ialah perseorangan lelaki dan perempuan  bawah 18, beregu lelaki dan perempuan bawah 18, perseorangan lelaki dan perempuan bawah 15, beregu lelaki dan perempuan bawah 15, berpasukan lelaki dan perempuan bawah 18, berpasukan lelaki dan perempuan bawah 15, ketegori perseorangan lelaki dan perempuan bukan cina terbuka dan beregu  lelaki dan perempuan bukan cina terbuka.
                Walaupun ini penyertaan pertama kali sekolah dalam acara sukan ping pong, pasukan ini telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk bersaing. Pencapaian terbaik adalah dalam acara Berpasukan lelaki bawah 15 tahun yang telah layak ke peringkat suku akhir..Acara berpasukan ini dianggotai oleh Muhammad Aiman Haziq, Muhammad Ezufi Mphd Kamil, Amirul Aiman bin Shamsuddin dan Hateem bin Sa’adon. Begitu juga dengan pasangan regu bawah 15 tahun yang diwakili oleh Muhammad Aiman Haziq dan Muhammad Ezufi yang telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir.




Syabas dan tahniah atas pencapaian yang diperolehi semoga membakar semangat untuk kejohanan akan datang. 

Jalinan bersama MITIB


Satu lawatan dan kunjungan dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) telah dilangsung pada tangal 21 Januari lalu. Rombongan yang disertai oleh para pentadbir dan barisan kepimpinan pelajar antara lain bertujuan membina dan menjalinkan hubungan antara kedua buah institusi pendidikan yang berjiran ini.


Ucapan dan taklimat dari Tuan Pengetua SMS Banting , Haji Mohamad Kamaludin bin Taib berhubung sekolah dan aktiviti yang berkaitan



Ustazah Noridah Penolong Kanan MITIB menghadiahkan senaskhah al Quran sebagai tanda hubungan yang dibina.


Peserta rombongan bergambar sebagai tanda kenangan di akhir sesi lawatan


Thursday, 31 January 2013

Penambahbaikan prasarana

Dengan izin Allah usaha menambahbaik kemudahan surau dapat dijalankan dengan pemasangan mosec di sekeliling koridor sedia ada untuk menampung jumlah jemaah yang bakal bertambah dengan kehadiran para pelajar tingkatan 4 tidak lama lagi. Terima kasih atas sumbangan dari semua ibubapa dan para penjaga . Pihak sekolah sentiasa membuka ruang kepada mana-mana penjaga yang ingin menyumbang demi kebaikan bersama. Kepada sesiapa yang berminat ingin menyumbang naskah al Quran dialu-alukan berbuat demikian dan boleh diserahkan terus melalui anak-anak masing untuk kegunaan di surau.


Pemasangan papan kenyataan pengurusan Sistem Rumah juga sedang dijalankan bagi memantapkan perlaksanaannya di tahun 2013 ini .

Tuesday, 22 January 2013

Bantuan Khas RM100

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Rm100
Tahun 2013


Tarikh
25 Januari 2013 ( jumaat)

Masa
3.00 petang

Tempat
Dewan Perdana

Semua penjaga dijemput hadir . Pelajar tingkatan 1 dan 2 dibenarkan balik bermalam sehingga hari Isnin  sejurus majlis.

Harap maklum

Sunday, 20 January 2013

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 4

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 4  TAHUN 2013

Tarikh
29 Januari 2013

Hari 
Selasa 

Masa
9.00 - 11.30 pagi

Tempat
Dewan Perdana, SM Sains Banting

Pakaian
Baju sekolah putih , berseluar hijau ( lelaki ) , berkain biru ( perempuan )  
berkasut hitam ( kulit dan seumpamanya )


Aturcara

09.00-11.30  Pendaftaran di Dewan Perdana
11.30-01.30   Taklimat  Pengetua dan Penolong Kanan
01.00-02.00   Rehat/ Solat
02.00              Koperasi /
02.30             Masuk Asrama
 


Berikut diringkaskan yuran yang perlu dibayar oleh ibubapa dan penjaga ketika pendaftaran pelajar


Yuran Makan Asrama

1. Pendapatan bawah RM5000 : satu ringgit sehari  sebanyak RM250 setahun
2. Pendapatan RM5000 dan keatas :  tiga ringgit sehari  sebanyak RM750 setahun


Yuran Koperasi
Ia meliputi item seperti buku rampaian, fail peribadi, fail disiplin, T Shirt dan seluar PJK, dobi, Tie clip (lelaki)  manakala bagi pelajar baharu tambahan seperti cadar , selimut dan sarung bantal, batik, tali leher, sampin, kain sarung, T Shirt Rasmi Sekolah, T Shirt Rumah Sukan.


KOPERASI
TINGKATAN
Lelaki
Perempuan
Tingkatan 1
499
479
Tingkatan 2
239.5
231.5
Tingkatan 3
229.5
221.5
Tingkatan 4
488.5
468.5
Tingkatan 5
229.5
221.5


Yuran PIBG
akan dimaklumkan kelak

Selamat mendaftar dan tahniah kepada semua calon yang terpilih



Contoh pemakaian rasmi dan lencana pelajar



Lencana di tengah poket, tanda nama di atas poket


Contoh pemakaian pengawas

 

CUTI THAIPUSAM DAN SEKOLAH GANTI

Makluman Mutakhir  kepada ibubapa dan penjaga,

1. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah ganti yang dijadualkan pada 26 Januari telah berubah dan akan dilaksanakan pada 9 Mac akan datang.

2. Sehubungan dengan itu pihak pengurusan bersetuju : 

  a. untuk membenarkan para pelajar tingkatan 1 dan 2 untuk  balik pilihan bermula pada 25 Jan    (Jumaat) sebaik tamat sesi persekolahan   sehingga 28 Januari ( isnin) sempena cuti Thaipusam

   b. untuk melaksanakan program kecemerlangan calon PMR dan SPM 2013  pada tarikh tersebut. Oleh itu  semua pelajar tingkatan 3 dan 5 tidak dibenarkan balik bermalam  pada tarikh yang dimaksudkan di atas.


harap maklum

Thursday, 17 January 2013

Pemantauan BPSBPSK

Satu kunjungan  dan pemantauan dari Sektor Pengurusan Akademik BPSBPSK pada 15 Januari  lalu yang berlangsung diketuai oleh KPP Tuan Haji Mohd Kholil bin Mohamad dan dibantu oleh en Hamzani bin Suien. Antara lain melihat perkembangan sekolah dan kesediaan sekolah dalam perlaksanaan Kurikulum  pada tahun 2013.


Beliau turut meninjau persekitaran sekolah serta bertemu bual dengan warga sekolah


Kunjungan ke bilik Kaunseling



Friday, 11 January 2013

Minggu Pengurusan SilaturRahim Tingkatan 1

MPSR tingkatan 1 tahun 2013 telah hampir seminggu berlangsung. Pelbagai aktiviti telah disusun dan diatur demi membantu semua murid tingkatan 1 tahun 2013 ini menyesuaiakan diri dengan kehidupan dan persekitaran baharu di SMS Banting ini. Aktiviti kerohanian, sukan dan riadah, peningkatan kemahiran komunikasi, sosial dan pelbagai lagi mula didedahkan kepada semua.

Dibantu dengan para pengawas dan PRS alhamdulillah semua aktiviti berjalan lancar. Sempat lagi buat acara kejutan sempena ulang tahun kelahiran PK HEM .





 gelagat dan keriangan di wajah murid-murid pasti terserlah bila aktiviti santai dijalankan



terima kasih kepada semua fasilitator dari kalangan pengawas dan PRS yang turut sama membantu. Tidak lupa semua pihak khususnya rakan-rakan guru kaunseling  diketuai ustaz Hafiz, cikgu Bibi dan cik Aireen yang telah membantu dan bertungkus lumus menjayakan program ini.