Wednesday, 6 March 2013

Bacaan Yasin Perdana

Bermula akhir Februari lalu sedikit perubahan dilakukan dilakukan dalam usaha memantapkan kemampanan sahsiah dan peribadi anak-anak di SMS Banting serta seluruh warga kerjanya. Bacaan Yasin Perdana dijalankan seaal pagi sebelum proses PnP berjalan pada setiap pagi Jumaat manakala bacaan surah al Kahfi dibacakan pada malam Jumaat di surau 


Diharapkan usaha ini mampu menjadi pencentus positif dalam diri setiap warga pendidik dan warga sekolah kearah memburu kecemerlangan hidup duniadan akhirat




Seminar kerjaya farmasi

Tarikh
22 Februari 2013

Hari
Jumaat

Anjuran bersama
Pelajar Sarjana Muda Farmasi  tahun akhir
Cyberjaya University of Medical Sience CUCMS
dan
Unit Bimbingan Kaunseling
SMS Banting
 Penyertaan
153 orang pelajar tingkatan 5


Perasmian pembukaan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Muhamad Kamaludin bin Taib



Kunjungan ke pameran yang dianjurkan oleh para pelajar farmasi 



Sesi dialog dalam kelompok dengan dibimbing oleh pelajar







Pelbagai bahan ujikaji dipamerkan untuk tatapan pengunjung dan peserta






Terima kasih atas sumbangan ilmu dan usaha murni yang disalurkan kepada warga SMS Banting. Semoga usaha ini akan berpanjangan demi manfaat bersama



Saturday, 9 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 2013

Alhamdulillah sambutan Maulidur Rasul tahun 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya  dengan kerjasama semua pihak terlibat. Syabas kepada barisan Panitia Pendidikan Islam , Kepimpinan Badar, Kepimpinan Sistem Rumah dan semua pihak yang bertungkus lumus merealisasikan sambutan kali ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan nasyid, sepanduk, perbarisan atau perarakan serta kajian sirah .


Atas Radium bawah Plutonium



Atas Titanium bawah Radium




Antara gelagat dan reaksi barisan anggota perarakan rumah yang terlibat . Ceria dan mencuit hati ...






Meskipun sedikit keletihan tatkala selesai berarak namun kecerian di wajah para peserta jelas terpancar.

Keputusan Akhir Perarakan :  Johan Titanium , Naib Johan Uranium , Ke 3 Plutonium Ke 4 Radium
Sepanduk : Johan Uranium Naib Johan Titanium , Ke3 Radium , Ke4 Plutonium

KEPUTUSAN KESELURUHAN PERTANDINGAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMS BANTING TAHUN 2013 M / 1434H

JOHAN       : TITANIUM
N.JOHAN  : URANIUM
KE 3           :  PLUTONIUM
KE 4           :  RADIUM





Pameran dari Aqso as Syarif turut diadakan dengan menual pelbagai barangan




Sambutan diakhiri dengan ceramah maulud yang disampaikan oleh al fadhil ustaz Haji Salahuddin




Penutupan MPSR Tg 4 dan Tg 1 ambilan ke dua


Tahniah kepada semua pelajar tingkatan 4 sesi 2013  yang berjaya menjalani minggu MPSR dengan jayanya. Diharapkan segala pengalaman yang dilalui sepanjang minggu tersebut mampu menjadi jambatan mengeratkan hubungan sesama rakan sebaya dan seluruh warga asrama SMS Banting 





Pelbagai persembahan yang mencuit hati mampu dijelmakan oleh barisan pelajar tingkatan 4 di malam penutupan MPSR 2013 yang lalu



Friday, 8 February 2013

Tingkatan 1 tahun 2013


Perhimpunan batch yang menghimpunkan semua pelajar tingkatan 1 tahun 2013 menjadi medan untuk mereka berbincang dan melatih daya kepimpinan masing-masing



Barisan pelajar tingkatan 1 ambilan ke 2 . 
syabas dan tahniah moga nikmat kurniaan Allah ini dapat disyukuri dan dimanfaatkan sebaik mungkin



Persembahan pelajar tingkatan 1 ambilan ke 2 dalam majlis penutupan MPSR tingkatan 4 dan tingkatan 1 ambilan ke dua  tahun 2013  baru-baru ini



Thursday, 7 February 2013

CUTI TAHUN BAHARU CINA

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa semua pelajar SMS Banting akan mula bercuti sempena Tahun Baharu Cina sebaik tamat pada persekolahan hari ini 8hb sehingga 17hb Februari 2013 selama satu minggu. Pelajar dikehendaki kembali sebelum jan 6 petang pada tarikh tersebut



Kegembiraan jelas terpancar diwajah anak-anak SMS Banting bila menjelangnya hari cuti persekolahan. Lebih menggembirakan kerana "apa yang lama dinanti"  telah tiba iaitu bas rasmi SMS Banting. Syukur alhamdulillah 




Kepada penjaga / ibubapa pelajar tingkatan 3 dan 5 iaitu calon PMR dan SPM 2013 , pelajar diminta kembali ke sekolah lebih awal pada hari Jumaat 15hb Februari sebelum jam 6 petang kerana WAJIB menghadiri program Kecemerlangan Perkampungan Ilmu  2013. 

Selamat bercuti dan jumpa lagi. Berhati-hati sepanjang pemanduan ke destinasi yang dituju. Patuhi had laju dan berhemat semasa memandu

Wednesday, 6 February 2013

Pertandingan Catur MSSD Kuala Langat

Pada 29-30 Januari  2013 yang lalu Pertandingan Catur Peringkat Daerah telah dijalankan. Bertempat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR). Keputusan adalah seperti berikut:

* 
JOHAN KESELURUHAN
* JOHAN BERKUMPULAN  L18
* JOHAN BERKUMPULAN  P15
* NAIB JOHAN BERKUMPULAN  L15
* TEMPAT KETIGA BERKUMPULAN  P18
* JOHAN INDIVIDU  L18 : AZIRULSYAZWAN BIN JAFFAR
* TEMPAT KEENAM  L18 : AHMAD NAZREN BIN AHMAD MURI
* TEMPAT KELIMA  L15 :
MUHAMMAD AQIL AKRAM BIN KHAIRUL FATA
* TEMPAT KETIGA  P15 : BAITI KARTIQAH BINTI YAHYA
* TEMPAT KEENAM  P15 :
FARAH WAHIDAH BINTI MOHD RUFENDY



Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Maju Sukan Untuk SMS Banting dan Negara 

Pendaftaran dan MPSR Tingkatan 4

Alhamdulillah pendaftaran Tingkatan Empat selamat di jalankan pada 29 Januari lalu . Dengan bantuan barisan kepimpinan pengawas semuanya berjalan lancar 




Selama hampir 2 minggu para pelajar menjalani aktiviti Minggu Pengurusan SilaturRahim  (MPSR) bersama barisan kepimpinan pengawas dan PRS dibawah selian Unit Bimbingan Kaunseling  


Murid didedahkan dengan kemahiran mengurus diri di asrama


Moga  semua murid baharu tingkatan 4 ini dapat menjalani aktiviti MPSR dengan jayanya.