Monday, 1 April 2013

Kerja naik taraf Surau


Alhamdulillah hasil sumbangan ikhlas seluruh warga SMS Banting khususnya para ibubapa dan penjaga, kerja-kerja menaik taraf kemudahan asrama dan sekolah giat diteruskan. Sedang dalam proses perlaksanaan adalah penambahan tempat mengambil wudhuk di surau bagi kegunaan para jemaah yang semakin meningkat dari tahun sebelumnya. 


Kerja-kerja dijalankan melibatkan pemasangan 20 batang paip wudhuk di setiap lokasi lelaki dan perempuan beserta lantai jubin dan pemasangan dinding zink untuk perempuan


Sekali lagi sumbangan ibubapa dan penjaga serta warga sekolah amat-amat dihargai
moga kekal sebagai amal kebajikan hingga ke akhirat kelak.

Bengkel Kecemerlangan


Siri Bengkel Kecemerlangan Akademik telah dijalankan dengan kepakaran dalaman dan melalui program jalinan bersama agensi luar. Turut membantu tenaga pensyarah serta para pelajar dari UPM yang telah menjayakan bengkel Bahasa Inggeris dan Matematik


Guru Kanan Kemanusiaan Puan Rosmawati menjalankan bengkel Teknik Menjawab Sejarah kepada calon SPM 2013 . Selamat Maju Jaya buat semua


Masjlis Syifa


Satu Majlis atau program kerohanian bersama Darul Syifa telah dilaksanakan pada 14 Mac lalu bersama warga asrama dan sekolah bagi meningkatkan keyakinan diri serta membantu mewujudkan kesejahteraan dan keselamatan dikalangan warga sekolah 

Bersama 10 orang tenaga Darul Syifa, majlis dimulakan sebaik selepas solat maghrib dengan bacaan yasin dan zikir sebelum proses rawatan dijalankan dengan bantuan para pelajar


Ya Allah, kurniakan kesejahteraan dan keselamatan kepada kami seluruh warga SMS Banting dan bantulah kami dalam memburu kecemerlangan dunia akhirat 

Friday, 8 March 2013

Larian Perdana 2013

Tarikh 23 Februari 2013


 Tahniah atas kejayaan setiap pelajar yang berjaya

Thursday, 7 March 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG 2013



Rujukan Kami : SMSB/PEN.100-13/1(    )
Tarikh                : 6 Mac 2013

Kepada:                                                                                                                                                              



Semua Ibu bapa dan Guru

                                                                                                                                                                              


Tuan,

MESYUARAT AGONG  PIBG SM SAINS BANTING 2013

Perkara di atas adalah dirujuk :

1.             Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agong PIBG SM Sains Banting 2013. Berikut adalah maklumat berkaitan mesyuarat tersebut:

                                Tarikh       :             22 Mac 2013 ( Jumaat)

                                Masa        :             9.00 pagi

                                Tempat     :             Dewan Perdana,
Sekolah Menengah Sains Banting.

                               
                                               
2.             Sehubungan dengan itu, kehadiran pihak tuan/puan  amat diharapkan dan segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(AL AZMI BIN ABDUL RAHMAN)
Setiausaha PIBG
SM Sains Banting.



Wednesday, 6 March 2013

Bacaan Yasin Perdana

Bermula akhir Februari lalu sedikit perubahan dilakukan dilakukan dalam usaha memantapkan kemampanan sahsiah dan peribadi anak-anak di SMS Banting serta seluruh warga kerjanya. Bacaan Yasin Perdana dijalankan seaal pagi sebelum proses PnP berjalan pada setiap pagi Jumaat manakala bacaan surah al Kahfi dibacakan pada malam Jumaat di surau 


Diharapkan usaha ini mampu menjadi pencentus positif dalam diri setiap warga pendidik dan warga sekolah kearah memburu kecemerlangan hidup duniadan akhirat




Seminar kerjaya farmasi

Tarikh
22 Februari 2013

Hari
Jumaat

Anjuran bersama
Pelajar Sarjana Muda Farmasi  tahun akhir
Cyberjaya University of Medical Sience CUCMS
dan
Unit Bimbingan Kaunseling
SMS Banting
 Penyertaan
153 orang pelajar tingkatan 5


Perasmian pembukaan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Muhamad Kamaludin bin Taib



Kunjungan ke pameran yang dianjurkan oleh para pelajar farmasi 



Sesi dialog dalam kelompok dengan dibimbing oleh pelajar







Pelbagai bahan ujikaji dipamerkan untuk tatapan pengunjung dan peserta






Terima kasih atas sumbangan ilmu dan usaha murni yang disalurkan kepada warga SMS Banting. Semoga usaha ini akan berpanjangan demi manfaat bersama



Saturday, 9 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 2013

Alhamdulillah sambutan Maulidur Rasul tahun 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya  dengan kerjasama semua pihak terlibat. Syabas kepada barisan Panitia Pendidikan Islam , Kepimpinan Badar, Kepimpinan Sistem Rumah dan semua pihak yang bertungkus lumus merealisasikan sambutan kali ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan nasyid, sepanduk, perbarisan atau perarakan serta kajian sirah .


Atas Radium bawah Plutonium



Atas Titanium bawah Radium




Antara gelagat dan reaksi barisan anggota perarakan rumah yang terlibat . Ceria dan mencuit hati ...






Meskipun sedikit keletihan tatkala selesai berarak namun kecerian di wajah para peserta jelas terpancar.

Keputusan Akhir Perarakan :  Johan Titanium , Naib Johan Uranium , Ke 3 Plutonium Ke 4 Radium
Sepanduk : Johan Uranium Naib Johan Titanium , Ke3 Radium , Ke4 Plutonium

KEPUTUSAN KESELURUHAN PERTANDINGAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMS BANTING TAHUN 2013 M / 1434H

JOHAN       : TITANIUM
N.JOHAN  : URANIUM
KE 3           :  PLUTONIUM
KE 4           :  RADIUM





Pameran dari Aqso as Syarif turut diadakan dengan menual pelbagai barangan




Sambutan diakhiri dengan ceramah maulud yang disampaikan oleh al fadhil ustaz Haji Salahuddin




Penutupan MPSR Tg 4 dan Tg 1 ambilan ke dua


Tahniah kepada semua pelajar tingkatan 4 sesi 2013  yang berjaya menjalani minggu MPSR dengan jayanya. Diharapkan segala pengalaman yang dilalui sepanjang minggu tersebut mampu menjadi jambatan mengeratkan hubungan sesama rakan sebaya dan seluruh warga asrama SMS Banting 





Pelbagai persembahan yang mencuit hati mampu dijelmakan oleh barisan pelajar tingkatan 4 di malam penutupan MPSR 2013 yang lalu