Monday, 17 June 2013

Kawat Kaki Dareah 2013


Berlangsung di SMK Teluk Panglima Garang



KRS perempuan muncul naib johan kategori KRS



Pasukan Pengakap pula muncul naib johan kategori NGO



Syabas dan usaha lagi di masa akan datang

Hari Guru

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah alhamdulillah selamat dijalankan pada 10 Jun lalu dengan tema ala Arab. terima kasih kepada semua pelajar atas usaha murni mengingati jasa dan pengorbanan para guru. Ringkas tetapi tetap meriah ...




Rombongan guru diarak ke dewan





Terima kasih semua guru, jasa kalian tetap dikenang dan
Selamat Hari Guru

Friday, 14 June 2013

PERKAMPUNGAN ILMU BASIS 2013

Alhamdulillah dengan  izzin Allah  program peningkatan prestasi akademik tahun 2013 untuk calon PMR dan SPM yang dinamakan Perkampungan Ilmu selesai diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti berikut  :

Tarikh    : 5 - 9 Jun 2013
Tempat :  Lokasi terpilih di sekitar Banting

Sesungguhnya kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini amat dihargai dan diharapkan ia mampu memberi impak positif kepada pencapaian akademik seluruh calon PMR dan SPM Basis tahun 2013 ini. Lanjutan dari itu juga beberapa program susulan akan diketengahkan khusus membantu meningkatkan pencapaian setiap calon yang telah dikenalpasti mengikut tahap pencapaian masing-masing.












Monday, 20 May 2013

Sumbangan PIBG dan Kecemerlangan 2013


Kepada semua ibubapa dan penjaga ,
Untuk tujuan perlaksanaan aktiviti PIBG dan program kecemerlangan pelajar sesi 2013 ini, Ahli Jawatankuasa PIBG bersetuju  dan telah memutuskan bahawa pembayaran sumbangan tersebut adalah sepertimana yang tertera dalam  surat edaran berikut.

Kerjasama semua amat dihatgai dan didahului dengan ribuan terima kasih



Sunday, 19 May 2013

Sumbangan Untuk Menaik Taraf Surau

Assalamualaikum wm wbt dan salam sejahtera kepada semua ibubapa dan penjaga

Alhamdulillah usaha berterusan masih digerakkan untuk menaik taraf kemudahan sekolah dan asrama khususnya surau bagi kegunaan pelajar. Selesai menaiktaraf ruang solat sekeliling  serambi surau dan juga tempat wuduk lelaki dan perempuan, usaha terkini adalah menambah ruang solat khusus untuk perempuan. Penambahan tersebut melibat kerja memasang bumbung dan lantai simen di ruang belakang surau bagi membolehkan semua pelajar mengerjakan solat berjemaah di surau menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Justeru itu sumbangan dari semua pihak amat dialu-alukan demi manfaat bersama. Disertakan lampiran surat untuk maklumat semua pihak. Semoga usaha murni ini akan menjadi bekalan akhirat buat kita semua.





Ruang belakang surau yang bakal dinaik taraf



Sumbangan wang tunai / cek  boleh disalurkan ke
Tabung Kebajikan Surau SM Sains Banting
1274010057764  - No akaun Bank Islam

PEMBETULAN NO AKAUN
120 740100 57764  - No akaun Bank Islam

Sebarang transaksi perlu dimaklumkan kepada En Yusanizan bin Shafie di talian 019 2161055 untuk rekod


Program Perkampungan Ilmu 2013

Satu program peningkatan prestasi akademik tahun 2013 untuk calon PMR dan SPM yang dinamakan Perkampungan Ilmu bakal diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti berikut  :

Tarikh    : 5 - 9 Jun 2013
Tempat :  Lokasi terpilih di sekitar Banting
Daftar  :  5 Jun ( Rabu )  ; Sebelum jam  6.00 petang .

Didoakan moga usaha berterusan ini akan membuahkan hasil yang baik seperti yang diharapkan. Selamat berjuang buat semua calon PMR dan SPM 2013

Saturday, 4 May 2013

Terkini Cuti sempena PRU 13


Assalamualaikum dan salam salam sejahtera semua

Terkini : message dpd pegawai di perhubungan & pendaftaran, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera Kpd Semua Warga Pendidik Negari Selangor. Adalah di maklumkan bahawa Isnin, 6 Mei 2013 merupakan Hari Pelepasan Am sepertimana yg telah diumumkan oleh Kerajaan Neg. Selangor. Semua sekolah dan PPD di Neg. Selangor bercuti pd. tarikh tersebut. Harap maklum.
Tambahan : masuk asrama pada hari Isnin sebelum jam 6 petang.

Ustaz Hj Amir bin Berau
PK HEM
SMS Banting
4.5.2013 

Tuesday, 30 April 2013

BALIK BERMALAM SEMPENA PRU KE 13

Assalamualaikum wm wbrt  dan salam sejahtera kepada semua ibubapa dan penjaga

Setelah melihat perkembangan isu air yang melanda asrama sejak seminggu lalu yang masih belum pulih sepenuhnya serta keperluan seluruh tenaga kerja di dewan makan yang akan menunaikan kewajipan mengundi pada PRU ke 13 akan datang, pihak pengurusan sekolah dengan izin Tuan Pengetua yang sedang berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan Umrah telah mengambil keputusan untuk MEMBENARKAN PARA PELAJAR BALIK BERMALAM pada hujung minggu ini TANPA ADA CUTI TAMBAHAN pada hari Isnin akan datang.

Semua pelajar perlu kembali semula ke asrama pada hari Ahad  dan diberikan kelonggaran untuk memasuki kawasan asrama sehingga sebelum jam 10 malam.

PERINGATAN :  peperiksaan pertengahan tahun 2013 akan BERMULA pada hari SELASA 7hb May 2013 .

harap maklum.

Sekian terima kasih


Selamat menunaikan tanggungjawab untuk mengundi dalam PRU ke 13 ini. 

Monday, 29 April 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula pada 7hb April 2013 akan datang iaitu hari SELASA. Berikut dipaparkan jadual peperiksaan semua tingkatan terlibat. Selamat menduduki peperiksaan dan moga berjaya

Wednesday, 3 April 2013

MAKLUMAT BALIK BERMALAM

Assalamualaikum kepada semua ibubapa dan penjaga

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah membuat ketetapan untuk membenarkan para pelajar BALIK PILIHAN  pada hujung minggi ini dan juga minggu hadapan kerana asrama aka digunapakai untuk 2 acara besar . Butiran lanjut adalah sepeti berikut  :

Acara 1 : Pertandingan Drama SBP Zon Tengah
Tarikh  : 5 dan 6 April  ( Jumaat dan Sabtu )
Balik Asrama : Ahad sebelum jam 6

Catatan : Mula balik sebaik tamat sesi persekolahan pada hari Jumaat. Pelajar luar Selangor TIDAK DIGALAKKAN balik bermalam kerana mengambil kira faktor kos dan perkara-perkara lain yang berkaitan


Acara 2 : Pertandingan Olahraga SBP  Zon Tengah
Tarikh  : 12-14  April  ( Jumaat hingga Ahad )
Balik Asrama :  ISNIN sebelum jam 6


Catatan : Mula balik sebaik tamat sesi persekolahan pada hari Jumaat. Pelajar luar Selangor yang jauh dan menghadapi masalah untuk balik masih dibenarkan terus tinggal di asrama .  


Harap maklum