Friday, 14 March 2014

Lawatan Pengawas dan Sistem Rumah ke KUSESS


Satu siri lawatan penanda aras telah dilakukan oleh Badan Kepimpinan Pengawas dan Sistem Rumah ke SMS Kuala Selangor pada 1 mac lalu 


Antara lain objektif kunjungan tersebut untuk mengerat hubungan kedua pihak disamping saling bertukar fikiran dan pengalaman dalam mengurus dan mentadbir organisasi masing-masing





Thursday, 13 March 2014

Kriket Basis Naib Johan Zon Tengah SBPn 2014

Sekalung tahniah buat pasukan kriket Basis yang menjadi naib juara dalam Kejohanan Kriket SBP Zon Tengah tahun 2014 lalu. Perlawanan akhir menemukan Basis dengan SM Sains Lahad Datu yang diundi untuk berada di dalam kelompok zon tengah.




Bakal meneruskan perjuangan diperingkat kebangsaan nanti didoakan moga pasukan Kriket mampu meraihkan kedudukan terbaik kelak. Sekalung tahniah sekali lagi buat jurulatih Saudara Rafi yang juga merangkap warden dan penyelia asrama kita 

Bengkel Kecemerlangan Catur 2014

Dijalankan pada 26 Februari lalu dibawah seliaan guru yang berkemahiran



Semoga usaha ini dapat mempertingkatkan tahap penguasaan para pelajar dalam permainan catur ini. Terima kasih atas penglibatan semua pihak

Pemeriksaan Mengejut



Rutin pemantauan pemeriksaan pelbagai unit dibawah HEM sentiasa dijalankan bagi memastikan segala aktiviti mengikut garis panduan yang ditetapkan dan dilaksanakan sebaik mungkin. Pada 21 Februari lalu pemeriksaan mengejut ke kantin sekolah dibuat untuk melihat kaedah penyediaan makanan disamping berbincang kaedah penambahbaikan yang sesuai di kantin sekolah . Alhamdulillah semua mematuhi apa yang sepatutnya




Pada 26 Februari pula pemeriksaan mengejut di dalam kelas dijalankan untuk melihat sejauh mana setiap murid mematuhi arahan yang diberikan dan pematuhan pada peraturan disiplin sedia ada


Operasi Pengemaskinian Sistem Fail Murid


Proses dijalankan bertujuan memastikan semua perkara berkaitan mampu diakses dengan lebih cekap dan efisen bagi kegunaan semua pihak berkepentingan




Penambahbaikan turut dilakukan ke atas kad keluar murid yang kini diselaraskan dengan perlaksanaan Sistem Rumah yang menjadi amalan seluruh SBP

Pelancaran Program Guru Penyayang 2014







Siri Lawatan Penanda Aras



Satu siri lawatan akademik atau lawatan penanda aras telah dijalankan oleh pihak sekolah dalam usaha mempertingkatkan aspek pengurusan sekolah samada dalam bidang pentadbiran, akademik, pengurusan murid mahupun kokurikulum. Antara lain juga ia bermatlamat membina hubungan dan jalinan yang berkesan dengan pelbagai pihak


Pada 7-8 februari lalu satu lawatan ke Kuantan telah dijalankan iaitu ke Maahad Tahfiz Kuantan dan SBPI Kuantan. Peserta lawatan terdiri daripada para pentadbir, barisan guru kanan mata pelajaran, ketua panitia serta guru-guru lain yang berkaitan








Dari Maahad Tahfiz Kuantan perjalanan diteruskan ke SBPI Kuantan 





Kunjungan seterusnya ke SM Sains Seremban pada 19 Februari lalu untuk tujuan dan maksud yang sama. Sesi dialog bersama semua ketua panitia terlibat serta lawatan ke sekitar kawasan sekolah dan asrama diharapkan dapat membangkitkan semangat dan usaha ke arah yang lebih positif untuk kebaikan seluruh warga SM Sains Banting




sebahagian guru yang mewakili pengurusan asrama, Sistem Rumah meninjau sekitar asrama



Friday, 21 February 2014

Siri Halaqoh


satu siri pengajian atau halaqoh ilmiah bersiri dijalankan setiap minggu untuk semua guru dan staf
manakala murid menjalani aktiviti usrah dan hafazan bersama guru pembimbing
serta naqib naqibah yang dipilih. 

Antara objektif dan matlamat adalah menyuburkan budaya cintakan ilmu  kepada seluruh
warga SMS Banting disamping memupuk nilai murni kepada setiap warga sekolah


Sistem penggiliran pengkuliah dijalankan untuk menjayakan program mingguan ini


Saturday, 15 February 2014

NAIK TARAF KEMUDAHAN DEWAN PERDANA

Pihak pengurusan SMS Banting sedang berusaha meningkatkan pelbagai kemudahan prasarana di seluruh kawasan sekolah. Terkini pemasangan dinding penebat bunyi di Dewan Perdana dan dijangka selesai sepenuhnya pertengahan Mac hadapan. Diharapkan ia dapat meningkatkan kualiti sistem pembesar suara sedia ada ke tahap yang maksimum dan terbaik