Wednesday, 29 August 2012

Cuti Kemerdekaan ke 55 dan Sambutan Aidilfitri

Sebahagian besar pelajar hari ini bercuti sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 55 sehingga hari Ahad . Diingatkan kepada semua pelajar agar sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang tempoh bercuti.  Makluman tambahan :


SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

 

Tarikh   : 5 September 2012

Hari   :  Rabu

Pakaian  : Baju Melayu dan Kurung Tema Aidilfitri


Diwajibkan membawa kuih raya dan sumbangan dari ibubapa serta penjaga dialukan untuk memeriahkan sambutan tersebut


Khatam Quran dan Penyampaian Sumbangan Raya


Alhamdulillah , majlis khatam Quran  sempena Ramadan 2012 ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak terlibat. Terima kasih kepada semua yang turut menyumbang wang ringgit dan tenaga

Majlis penyampaian sumbangan kepada mereka yang terpilih telah disempurnakan oleh
Tuan Haji Mohmad Kamaludin bin Taib





Di akhir sesi persekolahan satu majlis ringkas sempena cuti Aidilfitri dijalankan



Turut diserikan dengan nyanyian nasyid dari pasukan yang menjuarai pertandingan nasyid
sempena Ihya Ramadan lalu



Monday, 13 August 2012

Ceramah Akhir Ramadan

Tarikh
13 Ogos 2012

Jam
8.00-9.00 pagi

Penceramah
Al Fadhil Ustaz Rizuan bin Nahar
MITIB Jugra



Terima kasih atas sumbangan ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak didik di SMS Banting. Moga ia menjadi bekalan akhirat yang berpanjangan.  Antara intipati ceramah ialah  amalan-amalan yang dapat diteruskan meskipun selesainya bulan ramadan iaitu solat-solat sunat yang nabi sendiri tidak pernah tinggalkan umpamanya sunat sebelum subuh @ qobliah ba'diah dan sunat dhuha , banyakkan beristighfar,  juga  bersedeqah yang mana nabi adalah antara manusia yang amat pemurah sifatnya. Semoga kita semua dapat terus mencontohi keperibadian Rasulullah saw



Mesyuarat PIBG kali ke 4

Tarikh
11 Ogos 2012

Hari
Sabtu

Jam
9.00 pagi






Terima kasih atas kelulusan peruntukan yang dipohon dan syabas atas inisiatif dan usaha yang dijalankan untuk terus meningkatkan kewangan PIBG demi kebaikan seluruh warga SMS Banting.



Saturday, 11 August 2012

CUTI AIDILFITRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua penjaga dan pelajar SMS Banting .

Adalah dimaklumkan sekali lagi bahawa cuti sekolah sempena aidilfitri @ cuti penggal ini bemula sebaik tamat persekolahan hari RABU depan 15 Ogos 2012.  Hari Khamis dan Jumaat dapat cuti. Iftar dan tahlil perdana yang pada asalnya dijadualkan pada hari khamis  dengan jemputan kepada ibubapa DIBATALKAN  setelah mendapat  persetujuan dalam mesyuarat PIBG namun program tersebut akan diteruskan secara dalaman bersama warga sekolah dengan jemputan wakil AJK PIBG serentak dengan majlis khatam quran hari Selasa ini. Selamat berpuasa  dan selamat menyambut aidilfitri dari kami warga pendidik SMS Banting. Maaf Zahir Batin

Thursday, 9 August 2012

Pelancaran Sambutan Bulan Merdeka

Satu majlis ringkas sempena pelancaran sambutan bulan kemerdekaan telah diadakan pada  3 ogos lalu. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua dan disusuli dengan ceramah oleh PK HEM Ustaz Haji Amir Berau.




Majlis turut diserikan dengan penyampaian sajak kemerdekaan oleh warga murid berbilang bangsa iaitu melayu, cina, india dan kaum asli

Iftar Perdana Bersama Pengarah BPSPSK

Alhamdulillah pada 1 Ogos lalu pihak sekolah telah dapat mengundang tuan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan ( BPSBPSK) KPM Tuan Haji Rosland bin Hussein  untuk sama-sama berbuka puasa dengan seluruh warga SMS Banting .


Sebaik selesai program Tadarrus Quran di surau, semua pelajar mula mengambil tempat di dewan makan bermula jam 7.00 malam.





Turut sama hadir adalah barisan guru-guru SMS Banting




Sebaik selesai solat maghrib  bersama warga sekolah, tuan pengarah berkesempatan memberikan amanat dan peringatan kepada semua yang hadir . Beliau juga meluangkan masa untuk sama-sama berterawih dengan warga SMS Banting .



Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kesudian beliau berkunjung ke SMS Banting

Sunday, 29 July 2012

PENUNDAAN TARIKH TAHLIL DAN IFTAR PERDANA

Adalah dimaklumkan kepada semua para penjaga dan ibubapa,

Program Tahlil dan Iftar Perdana yang dijadualkan berlangsung pada 3 ogos ini DITUNDA kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Saturday, 21 July 2012

Ahlan wa sahlan ya Ramadan 2012

Antara program yang dijalankan ialah Ihya Ramadan , Tahlil  dan Iftar Perdana pada 3 Ogos nanti . Sumbangan dari semua ibubapa dan penjaga sangat dialu-alukan . Boleh terus hubungi PK HEM ustaz Haji Amir Berau ditalian 019 2247009  untuk maklumat lanjut.

Sempena Ramadan, para pelajar dibenarkan balik ke asrama selepas jam 6 petang tapi tidak melebihi  jam 10 malam . Kepada pelajar yang balik awal seperti kebiasaan, hidangan berbuka ada disediakan oleh pihak Dewan Makan. Buat  anak-anak yang bukan beragama Islam, sarapan pagi dan makan tengahari tetap disediakan untuk mereka sepanjang Ramadan .


Antara sumbangan penjaga yang diterima sempena ketibaan Ramadan 2012 ini . Terima kasih tidak terhingga ...


Barisan kepimpinan BADAR yang mendengar taklimat akhir pengurusan BADAR dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua ..

KASTEK NEGERI SELANGOR 2012

SMS Banting sekali lagi terpilih menjadi tuan rumah untuk Karnival Sains dan Teknologi ( KASTEK ) 2012  yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 17-18 Julai  lalu. Setiap daerah menghantar wakil bagi menyertai pelbagai kategori yang dipertandingkan . Antaranya Solar Car, Solar Boat , dan Roket






Meskipun wakil SMS Banting gagal menempa nama dalam edisi kali ini, diharapkan penganjuran ini mampu menarik minta dan membuka minda semua yang terlibat untuk terus memajukan diri dan mengembangkan bakat dan potensi semaksimum yang boleh di masa hadapan


Pasangan kembar SMS Banting yang sempat menimba ilmu bersama rakan-rakan seperjuangan lain dalam kejohanan kali ini . Tahniah kepada PK Koko Cikgu Atan Selamat selaku pengerusi teknikal KASTEK Selangor atas kejayaan penganjuran ini. InsyaAllah 2013 akan terpahat SMS Banting selaku KUARA KASTEK SELANGOR