Friday 12 October 2012

Juara Hari Kokurikulum Daerah Kuala Langat 2012


sesi latihan sebelum menjelangnya hari pertandingan sebenar ... syabas dan tahniah buat pasukan bomba penyelamat yang mendapat tempat ke 2 di peringkat daerah dalam penyertaan sulungnya

Pada 4 Oktober 2012 bersamaan hari Khamis, pasukan unit beruniform Sekolah Menengah Sains Banting  yang terdiri daripada Kadet Bomba, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Pengakap telah menyertai Karnival KoKurikulum Daerah Kuala Langat 2012 yang diadakan di Pantai Morib. Antara aktiviti-aktiviti yang disertai ialah kawad kaki, orienteering, menyelamat, ikatan dan ikhtiar hidup. Keputusan penuh bagi aktivit-aktiviti yang disertai adalah seperti berikut:
Pasukan Menyelamat kategori Perempuan       : Tempat ke-3
Pasukan Menyelamat kategori Lelaki                : Naib Johan
Ikatan                                                                 : Johan
Orienteering                                                      : Johan


Setelah mengumpul mata bagi setiap aktiviti yang disertai, pasukan unit beruniform Sekolah Menengah Sains Banting diumumkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Karnival Kokurikulum Daerah Kuala Langat 2012. Tahniah dan syabas kepada para pemenang dan juga guru-guru yang telah memberi bantuan dan sokongan dalam menjayakan pertandingan ini.
Johan ikatan


Johan Orientaring



PK Kokurikulum En Atan Selamat menerima tropi johan keseluruhan


No comments:

Post a Comment