Sunday, 23 December 2012

Pendaftaran Asrama sesi 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penjaga dan ibubapa ,

Dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh dan masa pendaftaran asrama untuk sesi persekolahan baharu 2013 adalah seperti berikut ;

Tarikh
1 Januari 2013

Masa
9.00 - 4.00 Petang

Tempat
Dewan Perdana

Pakaian
Batik Lengkap


Perkhidmatan koperasi akan dibuka pada masa pendaftaran bagi kemudahan pelajar dan ibubapa. Yuran pendaftaran akan kami paparkan kelak. Para pengawas dan AJK Koperasi pula dikehendaki balik sehari lebih awal iaitu pada 31/12 2012   bermula jam 2.30-4.00 petang . Daftar di Dewan Perdana.
Makan malam disediakan. Yuran boleh dijelaskan pada keesokkan hari .

Sekian. harap maklum



Mesyuarat Guru Bil 1.2013

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Guru Bil.1 Tahun 2013  akan dijalankan
pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan sepertimana berikut :


Tarikh
27/12/2012

Hari
Khamis

Masa
8.00 pagi - 5.30 petang



Kehadiran semua guru adalah WAJIB. Sebarang kesulitan sila berhubung terus dengan Tuan
Pengetua.  Sekian terima kasih

Monday, 17 December 2012

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2013

TAHNIAH  KEPADA SEMUA CALON UPSR 2012 YANG BERJAYA DITEMPATKAN DI SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2013 AKAN DATANG. SEMOGA KEDATANGAN ANDA DENGAN KEIKHLASAN DAN HARAPAN YANG TINGGI KELAK AKAN DIBALAS DENGAN KEJAYAAN CEMERLANG.


MAKLUMAT AWAL  PENDAFTARAN

TARIKH  
7HB JANUARI 2013

MASA
8.30 - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT
DEWAN PERDANA

PAKAIAN
PAKAIAN SEKOLAH ,  BERKASUT HITAM , BERSELUAR HIJAU ( LELAKI ) 
BERTUDUNG , KAIN BIRU LAUT ( PELAJAR ISLAM PEREMPUAN )




Friday, 2 November 2012

Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sistem Rumah

Tarikh
31 Oktober 2012

Tempat
Dewan Perdana SM Sains Banting

Perasmi
Puan Hajah Foziah bt Haji Mohd Azahari
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat





MUHAMMAD MUTAZA BIN MAZLAN
Pemenang Anugerah Perdana bagi pencapaian kokurikulum terbaik 


Tidak lupa tahniah buat Juara Sistem Rumah SM Sains Banting 2012 yang baru dinobatkan pagi tadi.
Akademik  ( Titanium  )  Sahsiah  (  Radium )   3K  (  Radium  ) Kokurikulum (  Plutonium )

Rumah Terbilang : PLUTONIUM

Ahli rumah terbaik : Muhammad Raziq bin Salleh  dan Heidi bin Mohd Nasir



Monday, 29 October 2012

RAHMAT 01


Program jamuan makan high tea anjuran kelab guru kali pertama telah berjaya dilaksanakan pada 21 okt lalu di hotel primeir Klang . Bertemakan warna oren seluruh ahli keluarga bersama menjayakan kemeriahan majlis tersebut

Tahniah dan syabas kepada pihak AJK kelab dan tidak lupa kepada semua pihal yang turut menyumbang menjayakan majlis tersebut.

Sunday, 14 October 2012

Solat Dhuha dan Air 30 Juz Al Quran

Satu program khas kerohanian ini telah diadakan pada minggu lalu ( 6 .10.2012 )  iaitu minum air 30 Juz al Quran dan solat sunat Dhuha . Matlamat program adalah  mengekalkan ikatan kasih sayang semua warga pelajar di asrama disamping meningkatkan keyakinan diri sempena menjelangnya Peperiksaan Akhir Tahun 2012


terima kasih atas sokongan semua pihak. Moga ia akan dapat menjadi amalan kerohanian yang berpanjangan

Friday, 12 October 2012

Juara Hari Kokurikulum Daerah Kuala Langat 2012


sesi latihan sebelum menjelangnya hari pertandingan sebenar ... syabas dan tahniah buat pasukan bomba penyelamat yang mendapat tempat ke 2 di peringkat daerah dalam penyertaan sulungnya

Pada 4 Oktober 2012 bersamaan hari Khamis, pasukan unit beruniform Sekolah Menengah Sains Banting  yang terdiri daripada Kadet Bomba, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Pengakap telah menyertai Karnival KoKurikulum Daerah Kuala Langat 2012 yang diadakan di Pantai Morib. Antara aktiviti-aktiviti yang disertai ialah kawad kaki, orienteering, menyelamat, ikatan dan ikhtiar hidup. Keputusan penuh bagi aktivit-aktiviti yang disertai adalah seperti berikut:
Pasukan Menyelamat kategori Perempuan       : Tempat ke-3
Pasukan Menyelamat kategori Lelaki                : Naib Johan
Ikatan                                                                 : Johan
Orienteering                                                      : Johan


Setelah mengumpul mata bagi setiap aktiviti yang disertai, pasukan unit beruniform Sekolah Menengah Sains Banting diumumkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Karnival Kokurikulum Daerah Kuala Langat 2012. Tahniah dan syabas kepada para pemenang dan juga guru-guru yang telah memberi bantuan dan sokongan dalam menjayakan pertandingan ini.
Johan ikatan


Johan Orientaring



PK Kokurikulum En Atan Selamat menerima tropi johan keseluruhan


Sunday, 7 October 2012

jalinan bersama Permata Insan USIM

Satu usaha kerjasama antara USIM dan SMS Banting telah digerakkan dengan inisiatif pihak Akademi PERMATA Insan dibawa pimpinan pengarahnya Profesor Datuk Dr Mizan Adiliah b Ahmad Ibrahim


Perbincangan awal dengan pihak sekolah. Turut hadir suami beliau Datuk Dr Shafiee dan Datuk Othman 



Perbincangan lanjut bersama ahli rombongan dan petugas Permata Insan 

Meninjau sekitar sekolah untuk melihat kemudahan yang tersedia dan kesesuaian untuk program yang bakal diadakan pada 11-24Nov 2012 akan datang . Kem akan disertai  seramai 170 orang murid berusia antara 8-10 tahun yang telah dipilih dalam program PERMATA INSAN .

Thursday, 4 October 2012

Sistem Rumah anjur Lanskap Tangga Asrama


Beginilah rupa asal kejadian dan kewujudannya .. tapi alhamdulillah dengan sedikit idea, permuafakatan bersama, gabungan tenaga murid , sokongan penjaga dan peluang yang disediakan oleh pihak sekolah...  hasilnya amat mengagumkan. syabas dan tahniah buat seluruh anak-anak SMS Banting atas daya kreativiti yang tinggi dan komitmen yang jitu.

bawah adalah ruang dalam tangga


Atas adalah lanskap tangga untuk asrama putera manakala di bawah ini adalah lanskap asrama puteri

bawah adalah ruang dalaman


Moga usaha ini mampu meningkatkan rasa kecintaan dan sayang kepada sekolah dan asrama serta mampu membangkitkan semangat juang untuk terus cemerlang dunia dan akhirat . Rumah manakah bakal menjuarai edisi sulung pertandingan lanskap dalam Anugerah Sistem Rumah 2012 nanti?  Sama-sama kita tunggu