Monday 5 September 2011

Pengenalan SMS BANTING

Sekolah Menengah Sains Banting terletak di Jugra iaitu 6 km dari pekan Banting. Terletak di atas lokasi tanah berkeluasan 24 ekar persegi  di Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra. Bersebelahan  dengan Kolej Komuniti Kuala Langat, Kem Tentera Udara Jugra, Pusat Matrikulasi Selangor , Maahad Tahfiz Jugra, Institut Latihan Perindustrian .

Akan mula beroperasi sepenuhnya pada 3 Januari 2012 dengan kemasukan pelajar tingkatan 2/ 2012 dan pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 / 2012  pada 4 Januari 2012. Diikuti dengan kemasukan pelajar tingkatan 4 / 2012 pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Berkeupayaan menampung seramai 900 orang murid dengan kemudahan asrama yang serba baru. Hanya menawarkan aliran Sains Tulen di peringkat SPM .


Barisan pentadbiran diketuai oleh En W Ab Rahim b. Wan Hussain ( Penolong Kanan) Ustaz Haji Amir b. Berau ( PK HEM ) dan En Atan b.Selamat  ( PK Kokurikulum ).

87 comments:

  1. salam perkenalan....banyak lagi perabut yang belum di coding...senarai semak bilik2 pun belum..tgu ek su,..in d proses...hik3

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..macammana saya nak join untuk jadi guru sekolah ni ek?saya sekarang mengajar di smk jugra ingat nak tukar angin ke sbp..he

    ReplyDelete
  3. wsalam..cikgu boleh berhubung dengan pihak SBP (bahagian pertukaran guru)..atau jika cikgu betul2 berminat boleh berjumpa dgn PK pentadbiran..kan kita dekat je..:)

    ReplyDelete
  4. Guru Bahasa Inggeris ada kekosongan tak untuk sesi 2012?

    ReplyDelete
  5. bahasa inggeris..memang dialu2kan..kan3..ngeeee;-)

    ReplyDelete
  6. Sekolah ni ada kuartes utk cikgu ke? kalau apply confirm dapat?

    ReplyDelete
  7. bila kemasukan pelajar 2011?

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah bulan 10 ni..tp belum confirm..:))

    ReplyDelete
  9. bagaimana ingin menghubungi sekolah menengah sains banting?

    ReplyDelete
  10. maaf..buat masa skrg SMS Banting belum ada no tel..jika ada sbrg pertanyaan boleh email ke smsb.ppdkl@gmail.com

    ReplyDelete
  11. maaf,saya nk tanya bila sekolah ni mula beroperasi ?

    kedua,saya mohon sekolah ni untuk tahun 2012,borang permohonan yg telah disahkan pengetua tu kena hantar dekat sekolah ni eh ? based on alamat sekolah ni ke? .Sebab sekolah ni kan sekolah baru so saya macam agak blur nak hantar dekat mana.

    ReplyDelete
  12. ya..boleh hantar sendiri atau pos ke pejabat sekolah berdasarkan alamat sekolah di blog ini..lampirkan sekali salinan sijil sebagai dokumen sokongan.

    ReplyDelete
  13. tak sabar nak masok SMSB! ;D hee

    ReplyDelete
  14. saya ingin bertanya.. anak saudara saya telah disenaraikan untuk memasuki sekolah ini tetapi masih tidak menerima apa2 surat dari SBP. Bilakah tarikh sebenar kemasukan pelajar?

    ReplyDelete
  15. saya nak tanya...tandas sekolah kat mana ye?

    ReplyDelete
  16. cmne kte nk tau yg kte ni dsenaraikan untuk mmasuki smsb ? ? ?

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum, buat masa ini pihak sekolah belum menerima senarai lengkap calon tingkatan 1 / 2011 yang bakal ditempatkan di sms banting ini. Agak sukar untuk berhubung buat sementara ini kerana talian telefon masih dalam proses pemasangan. ustaz Amir PK HEM

    ReplyDelete
  18. Boleh lihat koleksi foto sms banting dalam fb ustaz amir dan keluarga . harap maklum

    ReplyDelete
  19. thun dpn form bape je yg ade kt skola nie ? ? smsb kn skola bru . . xkn la form 4 ngn form1 je ade ? . . .

    ReplyDelete
  20. ya sekolah baru. Hujung tahun ni ambilan f1 2011 akan diadakan seramai 150, ambilan f1 tahun hadapan 150 orang dan f4 210 orang juga telah diproses. jumlah pelajar utk sesi 2012 seramai 510 orang. tahun 2013 ambilan f1 seramai 150 manakala f4 240. jumlah penuh insyaallah 900 orang.

    ReplyDelete
  21. untuk form 1 2011, bila boleh mendaftar?? adakah sama dengan pendaftaran untuk kemasukan form 1 2012??

    ReplyDelete
  22. pljr yg mohon under yayasan selangor grenti dpt ke . ??or daerah k.lngt je?ape je kritianye? . .

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah di pagi yang hening dan nyaman ini sms banting di kunjungi bakal pengetua. semoga segala perancangan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  24. ust hafiz dan ustaz amir.. apa2 pertanyaan atau perkembangan tolonglah update di blog ni.. . boleh lah kami mengetahui agenda2 sekolah sains banting ni.

    ReplyDelete
  25. Bagaimana nak semak keputusan kemasukan 2012?

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum , macam mana na semak senarai kemasukan 2012 ting 4 ? pastu , biler sekolah nie beroperasi ek ?

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum, saya nak bertanya ada tak kemasukan untuk Form 2 bagi tahun 2012? Jika ada, bagaimana caranya untuk apply?

    ReplyDelete
  28. saya telah mendapat tawaran untuk memasuki sekolah ini. menurut surat tersebut saya perlu hadir pada 17 november 2011. adakah saya akan mula bersekolah pada tarikh tersebut memandangkan kita telah hampir kepada cuti akhir tahun

    ReplyDelete
  29. alya. datang untuk mendaftar. segala maklumat akan diterangkan pada hari tersebut. selamat datang ke smsb dan kami mengalu-alukan kedatangan kalian yg bertuah dan terpilih.

    ReplyDelete
  30. baiklah. saya ucapkan terima kasih.

    ReplyDelete
  31. saya dapat tawaran masuk sms banting.nanti masa 17 november daftar sahaja ke?

    ReplyDelete
  32. baru mendapat surat tawaran.. kalau datang 17 November nih, tak sempat lagi nak buat pemeriksaan kesihatan. Boleh tak datang untuk berdaftar sahaja dan dokumen lain akan diserahkan kemudian.. minta penjelasan ustaz hafiz.

    ReplyDelete
  33. kepada yang telah mendapat surat tawaran untuk menjadi warga sms banting. sila daftarkan diri pada masa dan tarikh seperti yg telah di tetapkan oleh kementerian. jikalau sempat buat pemeriksaan kesihatan sgt baik. pastikan segala maklumat yg diperlukan dlm surat tawaran dipenuhi. terima kasih.

    ReplyDelete
  34. Ape khabar semua? Saya telah mendapat tawaran utk ke sekolah ini..x sabar rasanya nak menjadi sebahagian daripada sekolah ini..^^

    ReplyDelete
  35. alhamdulillah proses pendaftaran pelajar baru ambilan pertama sesi 2011 berjalan lancar. terima kasih kepada semua guru, pentadbir, para ibu bapa, pelajar baru , kaki tangan sekolah, pekerja am sekolha dan semua yg terlibat. semoga kerjasama yg di beri akan mendapat balasan yg setimpal. kita doakan kejayaan sms banting.

    ReplyDelete
  36. Saya murid form 1 tahun 2011.. boleh tak kalau saya nk msuk kat sekolah sains ni? saya teringin sangat2 nk ke sekolah ni walaupun saya tak dapat tawaran dari sekolah ini...

    ReplyDelete
  37. saya ingin tahu, bagaimaana pemilihan murid2 ke tingkatan 1 2012 dibuat? Adakah melalui proses temuduga? bilakah calon-calon yang berjaya akan diberitahu?

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum
    Saya sudah hantar borang permohonan SBP ke SMS Banting bagi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2012. Tapi buat masa ini masih belum terima sebarang jawapan (penerimaan borang), sebab saya tak pergi sendiri ke sekolah ini kerana semasa saya cari tu belum ada pun website ni. So, macam mana ya saya nak tahu borang yang dihantar itu diterima atau tidak? Atau boleh saya emel sahaja? Terima kasih.. kalau apa-apa, pls emel saya ke alamat: nrohaida@gmail.com.
    Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  39. Terima kasih kepada semua yang bertanya.
    1. Kepada Nur Izzah sila terus buat rayuan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan di Cyberjaya dengan membawa semua salinan dokumen permohonan sebelum ini.
    2. Permohonan ke SBP semua melalui atas talian. Proses pemilihan kemasukan bagi sesi 2012 sedang dalam proses. Dijangka pertengahan December akan diketahui melalui surat dari KPM atau juga melalui talian KPM. Rayuan ke 2 juga dibuat melalui talian terutama kepada calon UPSR yang gagal berbuat demikian sebelum ini.
    Semoga berjaya ke SMS Banting kelak.

    ReplyDelete
  40. saya jug sudah membuat permohonan melalui talian, tetapi borang yang diprint tu diminta hantar kepada pengetua sekolah yang diminta. macam mana ye?

    ReplyDelete
  41. kptusan kmsukn utk tngktn 4 2012 kluar lps result pmr kluar ke? ?

    ReplyDelete
  42. Boleh tak saya dapatkan alamat penuh bahagian pengurusan asrama penuh di Cyberjaya? Terima kasih..

    ReplyDelete
  43. 1. Nik ; ya perlu dihantar atau poskan ke sekolah terbabit kecuali tawaran khas kemasukan tg1 2011 lalu. Bawa bersama ketika daftar. Hubungi segera ustaz jika ada masalah seperti tertera dalam surat tawaran

    2. zaza ; Proses diambil 30 hari setelah keluar keputusan PMR .


    3. fahira ;
    Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
    Dan Sekolah Kecemerlangan,
    Kementerian Pelajaran Malaysia
    Aras 3 , Blok 2251, Jalan Usahawan,
    63000 Cyberjaya
    Selangor Darul Ehsan

    Ustaz Amir
    PK HEM

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum,
    Setakat ini masih ramaikah lagi kekosongan (murid yg tidak mendaftar) bagi murid2 yg di panggil untuk kemasukkan tingkatan 2 tahun 2012. Saya sedang dalam usaha merayu kepada Bahagian SBP untuk kemasukkan anak saya ke sekolah tersebut. Harap dapat feedback Uztaz dgn kadar segera.

    ReplyDelete
  45. assalamuaalaikum..... boleh x kalau saya nk masuk skolah nie....masih ade kosong lg x ?? sbb sye memang minat sngat dngan skolah sains terutama skali SMS BANTING...terima kasih

    ReplyDelete
  46. boleh tak kalau saya dapatkan nombor telefon bahagian pengurusan asrama penuh di Cyberjaya tu? Terima Kasih

    ReplyDelete
  47. Assalamualiakum,

    Anak saya berada di SMK Meru, tingkatan 1 pada tahun 2011. Beliau ingin memohon untuk memasuki SMSB untuk tingkatan 2 tahun 2012. Beliau aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah dan saya amat berharap potensi beliau dapat di kembangkan lagi di SMSB.
    Bagaimankah caranya untuk beliau memohon? Adakah perlu borang permohonan atau permohonan bertulis? tarikh tutup permohonan bila?

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum,
    Untuk makluman semua , kemasukan tingkatan 1 tahun 2011 ke SMS Banting baru2 ini adalah berdasarkan permohonan dalam talian pada tahun 2010 lalu. Mereka adalah calon bertuah yang sedia tersenarai dalam permohonan awal tetapi gagal ditempatkan di mana2 SBP kerana tiada kekosongan tempat ketika itu. Jadi tiada permohonan baru dibuka untuk mereka sebenarnya. harap maklum

    BSBPSK terletak di bangunan Mustafa Kamal Cyberjaya boleh dihubungi di talian 03 83217000

    ReplyDelete
  49. Assalammualaikum
    err..saya pelajar dari sma persekutuan kajang
    saya ingin mengucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada En.Atan bin Selamat(bekas guru smapk) yg menjadi PK Kokurikulum baru di sms banting....
    kami di sini akan sentiasa mengenangkan jasa cikgu dan tidak akan melupakan cikgu...mendoakan cikgu supaya menjadi seorg guru yg berwibawa di sekolah baru
    terima kasih~

    ReplyDelete
  50. Alhamdulillah.... anak sulong saya dapat tawaran ke SMS Banting Form 1 Sesi 2012.... Saya dah accept tawaran tapi still kena tunggu tawaran dari beberapa sekolah lain dulu.

    Kalu tak dapat maka anak saya akan bersekolah di sini....

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum..

    Saya ingin bertanya kerana terdapat sedikit ketidakpuasan hati...

    Apakah kriteria yang di pilih untuk melayakkan anak saya ke sek men sains?

    Kenapa anak saya yang berjaya memperolehi keputusan 5A dalam UPSR yang baru ini tidak layak tetapi anak jiran yang memperolehi 3A 2B boleh dapat tawaran untuk memasuki sek men sains?

    Saya berharap pihak sek dapat menjawab persoalan ini secepat mungkin..

    sekian, terima kasih..

    ReplyDelete
  52. Waalaikumsalam en Afral yang bertanya.
    Maaf jika jawapan saya tidak memuaskan hati tuan. Untuk makluman ada 100 ribu permohonan dalam talian untuk kemasukan 2012. selain calon 5A, terdapat 2 bentuk kriteria tambahan iaitu calon 4A yang berpencapaian tinggi dalam sukan atau Kokurikulum dan 3A 2B dari calon miskin tegar berdasarkan maklumat yang ada dalam sistem maklumat murid (SMM). Pemilihan dibuat oleh pihak kementerian kecuali kouta 20% yang diberikan kepada pihak pengurusan sekolah. harap makklum

    ReplyDelete
  53. boleh x!!!!! sye dpt msk sbp banting.sye dpt 3a 2b
    gaji bapa rm1265.emak x keje.

    ReplyDelete
  54. assalam, boleh saya tahu apa itu 'sarung tenun'? terima kasih

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum......boleh ke bayar yuran asramanye ansur2??

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum
    kat sbp ni ade lukisan kejuruteraan tak?

    ReplyDelete
  57. sms banting takde aliran sains agama ke??? :(

    ReplyDelete
  58. dekat sms banting ni ade sukan tenis tak

    ReplyDelete
  59. Subjek Prinsip Perakaunan ada diajar di sekolah ni?

    ReplyDelete
  60. Subjek Prinsip Perakaunan ada diajar di sekolah ni?

    ReplyDelete
  61. Sy dpt 9a dlm pmr 2011. Tp sy tak dpt tawaran for first intake. Sy da buat rayuan. Sy berharap dapat msok kesini. Harap pengetua terima sy. Sy berharap sgt

    ReplyDelete
  62. assalamualaikum, saya ingin bertanyakan. bagaimana untuk mengajar di Sains Banting? pada masa ini, isteri saya sedang mengajar di sains teluk intan dan saya bekerja di Pelabuhan Klang..

    ReplyDelete
  63. Anak saya mendapat tawaran di SMS Banting tingkatan 4 pada 31 januari ini, saya telah melawat sekolah tersebut, saya hanya ingin mengetahui adakah disetiap bilik student diletakkan meja untuk belajar kerana saya hanya melihat katil dan kabinet sahaja dibilik tersebut.

    ReplyDelete
  64. pn. lilisue. di dlm bilik memang tidak disediakan meja belajar. pelajar akan pelajar di dlm kelas waktu prep petang dan malam. dan juga kelas-kelas lain pada hari sabtu.

    ReplyDelete
  65. Boleh ke murid sekolah sms banting bawa telefon bimbit?

    ReplyDelete
  66. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum,
    saya nak tanya, document apa saja yangperlu dilampirkan dlm surat rayuan?

    ReplyDelete
  68. adakah lagi intake yang seterusnya untuk sekolah ini? saya betul2 nk masuk pmr 6a , kalau mohon lagi bolehke?

    ReplyDelete
  69. assalam.. boleh tak kalau saya nak mohon sekolah ni untuk 2013?? untuk form 3 ? SAya teringin nak ke sekolah ni

    ReplyDelete
  70. Sekolah ni ada aliran sains teknikal?

    ReplyDelete
  71. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum
    Permohonan anak saya untuk masuk ke tingkatan 4 di SM Sains Banting telah ditolak walaupun keputusan peperiksaan percubaan PMR nya 7A dan PMR sebenar 8A. Saya difahamkan pemilihan masuk ke SBP turut mengambil kira 20 % kuota pengetua. Walaupun saya telah membuat rayuan secara online , namun sekiranya anak saya ingin memohon berdasarkan kuota pengetua apakah syarat atau kriteria yang diperlukan ? Memandangkan saya merupakan warga guru yang sedang menghadapi situasi sangat mencabar mendidik murid-murid di sebuah sekolah harian di pinggir kota Kuala Lumpur di mana anak saya turut belajar, (yang kadang2 kerana tuntutan tugas , saya tak mampu memberi perhatian kepada anak-anak),saya ingin sekali berusaha menempatkan anak saya di sebuah sekolah yang saya tidak ragui mampu membentuk anak saya menjadi insan cemerlang. Bolehkah saya turut mengemukakan surat permohonan atau rayuan kepada Pengetua SMS Banting.Saya mohon respons positif dan jawapan segera daripada pihak sekolah. Terima kasih

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya SMS Banting ada tak menawarkan aliran sains teknikal? Terima kasih.

    ReplyDelete
  74. waalaikumsalam dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang bertanya dan sentiasa mengikuti perkembangan sekolah kami. Kemaafan dipohon kerana kegagalan pihak kami memberi respon segera atas faktor bebanan tugas. Alhamdulillah sistem internet YES baharu saja beroperasi hari ini dengan jayanya di sekolah. InsyaAllah segala permasalah yang diusul akan kami jawab dalam masa terdekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  75. Assalamualaikum..
    Saya ingin bertanya,, adakah SMSB ni menerima guru praktikal (mata pelajaran Sains)

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum..

    Anak saya amat berminat untuk menjadi sebahagian dari pelajar di SMSB.Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan pelajar tingkatan 1 & 4 bagi tahun 2014.Apakah syarat-syarat kelulusan atau kriteria yang diperlukan bagi kemasukan pelajar.

    Sekian .Terima kasih

    ReplyDelete
  77. assalamualaikum...saya nak bertanya masih boleh kah anak saya nak buat permohonan masuk ke SMSAINS BANTING.Keptusan upsr anak saya 4A1B.harap dapat maklum segera dari pihak tuan.terima kasih

    ReplyDelete
  78. saya nak tanya... bila kemasukan pelajar 2014????

    ReplyDelete
  79. dan...saya mendapat 4 A 1 B .... BM (pem), BM (pen), English , matematik A .... Sains B ......harap je nak masuk sekolah menengah sains tapi sainsnye B hihihi~

    ReplyDelete
  80. Saya ingin mengetahui pendaftaran pelajar baru 2014 , pendaftaran online telah dibuat melalui sekolah , keputasan nye sama ada disalurkan disekolah atau melalui surat , kalau melalui online apakah websitenye?

    ReplyDelete
  81. nk taye, bolehkah pljr swasta memohon sek men sais banting? dgn result yg bgos

    ReplyDelete
  82. assalammualaikum...mcmmne nk buat semakkn dan rayuan untuk sesi tingkatan 1 2016 ? apa websitenya?

    ReplyDelete
  83. assalammualaikum...mcmmne nk buat semakkn dan rayuan untuk sesi tingkatan 1 2016 ? apa websitenya?

    ReplyDelete
  84. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  85. Pua boleh masuk website jab pendidika malaysia...atau di website in
    https://sst1.moe.gov.my/semakansbpt1_2016

    ReplyDelete
  86. salam.saya ingin bertanya adakah rayuan untuk sekolah menengah sains masih dibuka untuk sesi 2016??

    ReplyDelete