Friday 20 September 2013

Kerja Naik Taraf dan Selenggaraan

Alhamdulillah sejak seminggu lalu kerja baikpulih dan naik taraf kemudahan asrama dan sekolah berjalan rancak. Pembaikan sistem saluran air tangki yang menjadi masalah dapat dilaksanakan meskipun perlu kepada penambahbaikan yang berterusan di masa akan datang.


pagar padang hoki




Ampaian berbumbung




Selenggara tandas


Pelbagai alatan peribadi menjadi punca masalah yang perlu kepada kesedaran kendiri yang positif dalam diri setiap warga sekolah dan asrama


Karnival Asrama Kantin dan Koperasi 2013

Karnival Asrama Kantin dan Koperasi 2013 @ ASKKOP  yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini bermula 20 dan 21 Sept 2013 di Dataran Sekolah Menengah Sains Banting. Karnival pada hari pertama diisi dengan ceramah SKM, Dialog Tokoh bersama Dr Roselan Bakri Dekan Fakulti Pendidikan UPM, Pertandingan Mewarna, Memasak, Bola Sepak, Bola Jaring dan Dikir Barat. Sederhana tetapi tetap meriah dengan pelbagai jualan dari gerai yang terlibat.

Acara terbuka asrama yang dijadualkan pada 21 hb terpaksa  DIBATALKAN  kerja kerja-kerja penyelenggaraan asrama dan naik taraf kemudahan masih dijalankan dan belum selesai









Bicara Tokoh bersama Dr Roselan Bakri Dekan Fakulti Pendidikan UPM





 
Pertandingan Dikir Barat mengikut Sistem Rumah






Hari ke dua ...

 
Auto Show
Pertandingan Sukan Rakyat
Membuat layang-layang




 

pertandingan catur tertutup asrama



 
Penutup oleh Tuan Haji Mohammad Sahar bin Mat Din,
Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia,
CEO Bulatan Mekar sdn bhd
Presiden Alumni Unisza, Terengganu.

 
Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan karnival tersebut





Bengkel Pecutan SPM

Dalam kesibukan sekolah menganjurkan pelbagai aktiviti baik berupa kokurikulum, pembangunan sahsiah dan sebagainya, fokus utama kepada kecemerlangan akademik tetap diteruskan.




Syabas kepada semua guru terlibat. Selamat Maju Jaya dan moga cemerlangan kepada semua calon SPM dan PMR 2013

Bengkel Pecutan Akhir PMR

Selamat Maju Jaya kepada semua yang menjayakan pelbagai program kecemerlangan. Moga diberikan kecemerlangan akhirnya




Permata Tingkatan 4

Siri Bengkel Kecemerlangan Tingkatan 4 rancak dijalan sejak penghujung Ogos lalu . Subjek-subjek pilihan diberikan keutamaan dalam membantu kecemerlangan mereka.




Tuesday 3 September 2013

Sambutan Ambang Kemerdekaan

Tarikh 
30 Ogos 2013

Hari
Jumaat

Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat bacaan yasin dan ceramah oleh al fadhil Ustaz Rumaizi Ahmad yang menyentuh kemerdekaan jiwa sebagai hamba Allah






Program diteruskan selepas solat Isyak dengan perhimpunan di dataran sekolah yang turut disajikan dengan  pelbagai aktiviti sampingan seperti pentomen, bacaan sajak dan puisi dari para pelajar









Menjelang detik 12 malam, suasana dihangatkan dengan percikan bunga api  yang sangat mengasyikkan