Thursday 28 June 2012

Persiapan Akhir Pesta Buku 2012

Alhamdulillah dengan izin dan kehendak Allah jua, segala persiapan akhir menjelang Pesta Buku Kuala Langat 2012  yang diterajui oleh Cerdik Publication dan PIBG SMS Banting berjalan lancar . Tapak pemeran, khemah jualan siap mengikut jadual yang ditetapkan


Pihak sekolah turut mengambil inisiatif membuat pembersihan kawasan bersebelahan pintu pagar utama sebagai tapak letak kenderaan untuk para pengunjung . Ini memandangkan ruang letak kereta atau kenderaan yang amat terhad di kawasan sekolah. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan masalah trafik maka kerja pembersihan kawasan telah dilakukan. Diharapkan semua para pengunjung dapat meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah.


Ada juga kelihatan kenderaan terbaru keluaran proton . Untuk jualan atau cabutan bertuah???
 kenalah datang beramai2 ke pesta buku ini . Mengambil peluang yang terhidang, beberapa pengusaha makanan telah memulakan jualan sewaktu kerja-kerja akhir pesrsiapan dilakukan.


Mudah-mudahan penganjuran pesta buku 2012 ini berjalan lancar dan dapat mencapai matlamat yang dihasratkan oleh semua pihak .


Ceramah Cegah Jenayah dan Buli

Tarikh
28 Jun 2012 

Hari
Khamis

Masa
9.00-10.30 malam

Tempat
Surau

Peserta   
Semua pelajar

Penceramah 
Sarjan Mohd Nor Azhar  bin Mohd Sabri
(Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam)






Celoteh sarjan yang bersahaja menyebabkan semua pelajar tidak kering gusi. Moga apa yang dihasratkan dapat dihayati oleh seluruh warga SMS Banting




Tuesday 19 June 2012

Uranium Juara Temasya Sukan 2012


Penutupan rasmi disempurnakan oleh ADUN Morib  YB Haji Hasiman bin Sidom dengan turut dihadiri oleh YDP PIBG Tuan Syed Idrus bin Syed Ali






Daya kreativiti pelajar terserlah dalam pertandingan perhiasan khemah sempena temasya sukan ini






JUARA
URANIUM ( BIRU )

N.JUARA
PLUTONIUM ( HIJAU)

KETIGA
RADIUM ( MERAH )

KEEMPAT
TITANIUM ( KUNING)


Juara Acara Pegawai ( Lumba Jalan Kaki 8 x 50 meter)
Team All Star dianggotai oleh En Yusanizan, Ust Amir, Cik Aireen, Cik Juliayana dan beberapa wakil ibubapa


Terima kasih kepada semua warga SMS Banting yang bertungkus lumus
menjayakan temasya sukan tahunan ini.

Kunjungi Pesta Buku Kuala Langat 2012



Pelbagai acara menarik menantik para pengunjung sepanjang pesta buku ini dijalankan . Dapatkan buku-buku kegemaran anda dengan kadar potongan harga yang menarik. 

Nantikan kemunculan Pesta Buku Kuala Langat 2012 di
SM Sains Banting 

Thursday 14 June 2012

Jemputan ke Temasya Sukan Tahunan 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para ibubapa dan penjaga

Sukacita dengan ingin pihak sekolah ingin menjemput dan mengalukan kehadiran tuan/puan ke temasya sukan tahunan SMS Banting kali pertama tahun 2012 yang akan dijalankan pada tarikh dan masa sepertimana berikut ;

Tarikh : 16 Jun 2012
Hari  : Sabtu
Masa   : 8.00 pagi   
Pakaian : Riadah / Sukan

harap maklum

Sekian terima kasih.

Program Memperkasa Sistem Rumah

Salah satu fokus dalam agenda Transformasi SBP adalah memperkasakan perlaksanaan Sistem Rumah di seluruh SBP. Memandangkan SMS Banting adalah sekolah baru dan masih dipertingkat awal perlaksanaan semua program tersebut adalah dibuka kepada semua warga pendidik, pelajar dan ibubapa untuk sama-sama menyumbang idea, tenaga dan wang ringgit untuk menjadikan SMS Banting sebagai salah sebuah institusi pendidikan terulung satu masa nanti .


Antara usaha awal yang dijalankan adalah melancarkan Program Loving and Caring (PLC) yang bertujuan memupuk budaya penyayang antara satu sama lain dan menghargai diri, harta benda , alam sekitar dan mencintai sekolah dan asrama.


Pihak pengurusan Asrama dan JK Sistem Rumah seterusnya berusaha menjadikan asrama sebagai pusat kecemerlangan yang kondusif. Justeru itu satu usaha telah digerakkan untuk ruang tangga asrama sebagai sudut rekreasi minda yang santai dan kreatif. Setiap sudut telah diagihkan mengikut rumah masing-masing. Guru dan Ketua Rumah bertanggungjawab menjana idea dan kerativiti untuk menghasilkan sudut tangga terbaik yang menjadi mencu tanda kehebatan rumah masing-masing. Para ibubapa amat digalakkan untuk turut membantu menjaya misi murni ini. Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui guru rumah atau terus kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.


Selamat menggembleng tenaga kearah kecemerlangan bersama. Moga SM Sains Banting terus gemilang.


Sumbangan lain yang diperlukan ;

1. Pelbagai jenis pokok bunga , pokok teduhan yang sesuai
2. Pasu bunga , pasir, tanah, batu bata 
3. Apa sahaja yang difikirkan sesuai


Sumbangan Water Cooler oleh PIBG

Terima kasih atas sumbangan dan usaha pihak PIBG yang membekalkan 2 mesin water cooler untuk kegunaan para pelajar khsusnya menjelang temasya Sukan Tahunan 2012  ini. Kedua mesin ini ditempatkan di astaka sekolah

Sumbangan ini amat bermanfaat dan dinanti-nantikan oleh untuk seluruh warga pelajar .

Kolokium Kecemerlangan Projek Khas

Tarikh     :  14-17 Jun 2012
Tempat   : Tiara Beach Resort, Port Dickson

Perserta :

Muhmaad Faiq Syabil bin Suwandi
Muhammad Noor Hafzan bin Samsudin
Siti Nur Shafika bt Md Fakhrurazi
Nor Husna  bt  Hassan




Semoga kursus ini kelak akan mampu meningkatkan kualiti kecemerlangan semua peserta terlibat

Projek Hafazan


Alhamdulillah dengan izin Allah, program yang diilhamkan oleh tuan Pengetua untuk melahirkan Saintis Muslim di SMS Banting ini telah mula dapat dijalankan. Projek Hafazan terbuka kepada sesiapa yang berminat tanpa paksaan. Telah mula menjalani proses tasmi'  di surau bermula 14 Jun yang lalu.


3 orang pelajar telah mendahului senarai penghafaz iaitu

Nuraliya bt Mohd Yusof  ( 2 al Khindi)
Wan Nur Azreen bt Wan Ruslan  ( 2 al Farabi ) 
Nur Aqilah Syaherah bt Samsudin  ( 2 al Farabi ) 




Antara sebahagian pelajar yang sukarela menyertai projek hafazan di SMS Banting ini.

Ya Allah jadikanlah mereka penyejuk mata dan cemerlangkan lah mereka dengan kemuliaan Kitab Mu yang rabb



Selamat maju jaya buat semua para penghafaz .

Terkini ... Julai 2012
Alhamdulillah menjelang Ramadan Mulia ini, semakin ramai mengorak langkah untuk menghafaz ayat-ayat Allah ini dan menjalani proese tasmi . Ya Allah kau permudahankan usaha mereka ini dan jadikan mereka anak-anak soleh solehah.
Nur Azzah bt Salim  ( 2 Biruni )
Asma bt Toslan  ( 2 Biruni ) 
Nur Syafiqah Othman  ( 2 Biruni )
Adawiyah bt Raimey (2 Jahiz)
Alya Narisha Mohd Zamri  (2 Farabi )

Anak-anak lelaki nampaknya masih menunggu  " bulan mengambang" untuk memulakan tasmi mereka ....

Pemburuan JUARA sudah bermula

Alhamdulillah sejak kembali dari cuti persekolahan lalu, semua acara sukan yang dipertandingkan untuk temasya Sukan Tahunan kali pertama 2012  berjayakan dijalankan dengan jayanya meskipun semua warga pendidik dan pelajar terpaksa dibakar dibawah panas mentari yang sangat terik.


Sekalung syabas buat seluruh warga sekolah yang bertungkus lumus tanpa mengenal erti penat dan jemu. Sabar meskipun terpakasa mengharungi keperitan sepanjang acara berlangsung .





Tetap ceria selalu







Wajah yang setia di padang



Kemuncak acara akan dijalankan pada hari Sabtu 16 Jun ini. Selamat berjuang buat semua para peserta yang berusaha menjulang maruah rumah masing-masing .



Monday 11 June 2012

Kerja baikpulih

Alhamdulillah dengan izin Allah, kerja-kerja membaikpulih kerosakan asrama dapat dijalankan akhirnya. Fokus diberi kepada kerosakan sekitar kawasan sekolah dan asrama yang telah dikenalpasti seperti kebocoran paip air dan lokasi yang  boleh mengundang bahaya ke atas keselamatan murid.





Kebocaran paip di asrama putera dan bangunan perpustakaan ini telah dapat diatasi setelah kerja baikpulih selesai dijalankan




Kemudahan tambahan lain alhamdulillah juga dapat dipertingkatkan seperti ruang alatan sukan di asrama, dan rak beg pakaian di bilik bagasi . Ia pastinya dapat memberikan keselesaan kepada anak didik di SMS Banting ini.