Wednesday 29 August 2012

Cuti Kemerdekaan ke 55 dan Sambutan Aidilfitri

Sebahagian besar pelajar hari ini bercuti sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 55 sehingga hari Ahad . Diingatkan kepada semua pelajar agar sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang tempoh bercuti.  Makluman tambahan :


SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

 

Tarikh   : 5 September 2012

Hari   :  Rabu

Pakaian  : Baju Melayu dan Kurung Tema Aidilfitri


Diwajibkan membawa kuih raya dan sumbangan dari ibubapa serta penjaga dialukan untuk memeriahkan sambutan tersebut


Khatam Quran dan Penyampaian Sumbangan Raya


Alhamdulillah , majlis khatam Quran  sempena Ramadan 2012 ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak terlibat. Terima kasih kepada semua yang turut menyumbang wang ringgit dan tenaga

Majlis penyampaian sumbangan kepada mereka yang terpilih telah disempurnakan oleh
Tuan Haji Mohmad Kamaludin bin Taib





Di akhir sesi persekolahan satu majlis ringkas sempena cuti Aidilfitri dijalankan



Turut diserikan dengan nyanyian nasyid dari pasukan yang menjuarai pertandingan nasyid
sempena Ihya Ramadan lalu



Monday 13 August 2012

Ceramah Akhir Ramadan

Tarikh
13 Ogos 2012

Jam
8.00-9.00 pagi

Penceramah
Al Fadhil Ustaz Rizuan bin Nahar
MITIB Jugra



Terima kasih atas sumbangan ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak didik di SMS Banting. Moga ia menjadi bekalan akhirat yang berpanjangan.  Antara intipati ceramah ialah  amalan-amalan yang dapat diteruskan meskipun selesainya bulan ramadan iaitu solat-solat sunat yang nabi sendiri tidak pernah tinggalkan umpamanya sunat sebelum subuh @ qobliah ba'diah dan sunat dhuha , banyakkan beristighfar,  juga  bersedeqah yang mana nabi adalah antara manusia yang amat pemurah sifatnya. Semoga kita semua dapat terus mencontohi keperibadian Rasulullah saw



Mesyuarat PIBG kali ke 4

Tarikh
11 Ogos 2012

Hari
Sabtu

Jam
9.00 pagi






Terima kasih atas kelulusan peruntukan yang dipohon dan syabas atas inisiatif dan usaha yang dijalankan untuk terus meningkatkan kewangan PIBG demi kebaikan seluruh warga SMS Banting.



Saturday 11 August 2012

CUTI AIDILFITRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua penjaga dan pelajar SMS Banting .

Adalah dimaklumkan sekali lagi bahawa cuti sekolah sempena aidilfitri @ cuti penggal ini bemula sebaik tamat persekolahan hari RABU depan 15 Ogos 2012.  Hari Khamis dan Jumaat dapat cuti. Iftar dan tahlil perdana yang pada asalnya dijadualkan pada hari khamis  dengan jemputan kepada ibubapa DIBATALKAN  setelah mendapat  persetujuan dalam mesyuarat PIBG namun program tersebut akan diteruskan secara dalaman bersama warga sekolah dengan jemputan wakil AJK PIBG serentak dengan majlis khatam quran hari Selasa ini. Selamat berpuasa  dan selamat menyambut aidilfitri dari kami warga pendidik SMS Banting. Maaf Zahir Batin

Thursday 9 August 2012

Pelancaran Sambutan Bulan Merdeka

Satu majlis ringkas sempena pelancaran sambutan bulan kemerdekaan telah diadakan pada  3 ogos lalu. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua dan disusuli dengan ceramah oleh PK HEM Ustaz Haji Amir Berau.




Majlis turut diserikan dengan penyampaian sajak kemerdekaan oleh warga murid berbilang bangsa iaitu melayu, cina, india dan kaum asli

Iftar Perdana Bersama Pengarah BPSPSK

Alhamdulillah pada 1 Ogos lalu pihak sekolah telah dapat mengundang tuan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan ( BPSBPSK) KPM Tuan Haji Rosland bin Hussein  untuk sama-sama berbuka puasa dengan seluruh warga SMS Banting .


Sebaik selesai program Tadarrus Quran di surau, semua pelajar mula mengambil tempat di dewan makan bermula jam 7.00 malam.





Turut sama hadir adalah barisan guru-guru SMS Banting




Sebaik selesai solat maghrib  bersama warga sekolah, tuan pengarah berkesempatan memberikan amanat dan peringatan kepada semua yang hadir . Beliau juga meluangkan masa untuk sama-sama berterawih dengan warga SMS Banting .



Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kesudian beliau berkunjung ke SMS Banting