Friday 28 September 2012

Yuran Majalah 2012

Pembayaran yuran majalah sekolah sebanyak RM12 boleh mula dibayar melalui akaun yang tertera di bawah

Pembangunan Insan dan Air 30 Juzuk al Quran

Satu usaha telah digerakkan oleh unit HEM kearah pembentukan modal insan yang seimbang di SMS Banting ini dengan berteraskan al Quran sejajar dengan hasrat dan impian pihak pengurusan untuk menyepadukan bidang sains dan al quran di SMS Banting ini.


program hafazan al quran dijalankan ke atas semua para pelajar Islam sebagai usaha dan langkah awal kearah mewujudkan satu aktiviti khusus dalam penghafazan al quran di sekolah ini. 

satu lagi usaha bersepadu telah diketengahkan demi mewujudkan suasana yang lebih harmonis dan kondusif serta selamat dikalangan seluruh warga pelajar. Dengan slogan JAGA DIRI , JAGA HATI, JAGA IMAN dan YANG TUA DIHORMATI YANG MUDA DIKASIHI, pihak unit HEM melancarkan kempen pembelian AIR 30 JUZ AL QURAN  dengan persetujuan bersama seluruh warga pelajar.  


Dipohonkan kehadrat Allah moga usaha kecil ini mampu melembut, menjinak dan mencerahkan HATI seluruh warga SMS Banting demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan bukan dari sudut akademik dan kokurikulum  sahaja malah lebih jauh dari itu dari sudut pembentukan insan yang dapat berbakti kepada keluarga, agama bangsa dan negara.


Dijual di pasaran luar dengan harga RM10 sebotol, insyaAllah pihak HEM akan mendapatkan potongan harga lebih rendah untuk dibekalan kepada setiap pelajar . Sumbangan ikhlas penjaga juga amat dialu-alukan untuk perlaksanaan program ini.       


Kejohanan Futsal U16 Antarabangsa KISAS 2012


Peluang menyertai kejohanan peringkat antabangsa tidak dilepaskan begitu sahaja. Pasukan futsal SMS Banting dibawah bimbingan Guru Cemerlang Anuar Sidek telah membuat persediaan rapi dengan menghantar 2 pasukan bagi kategori lelaki dan perempuan



Bertempat di Real Sports Arena, Klang  pada 23 september lalu ... TAHNIAH atas kecemerlangan yang dikecapi oleh pasukan futsal perempuan dengan merangkul tempat keDUA atau Naib Johan. Cuba lagi buat pasukan lelaki di kejohanan akan datang



Kursus Protokol Badan Kepimpinan Pelajar

Tarikh
20 september 2012

Hari
Rabu

Peserta
Pimpinan pelajar

Anjuran
Unit Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa Perhubungan Luar 




Bermatlamat\ mendedahkan semua pimpinan pelajar dengan tatacara pengurusan atau protokol yang betul


Tuesday 25 September 2012

SMS Banting Ungguli Boling Zon Tengah SBP

Kejohanan Boling SBP/SBT Zon Tengah anjuran SM Sains Alam Shah, Cheras telah diadakan pada 22 sept lalu bertempat di Brem Mall Puchong. SMS Banting menghantar 3 pasukan iaitu kategori pelajar lelaki, pelajar perempuan dan pasukan guru .




Berkesempatan untuk merakamkan foto bersama pasukan guru SBPI Sabak Bernam yang telah berjaya muncul juara kategori guru edisi 2012 ini.



NAMA PELAJAR
1.
MUHAMMAD FAIZZUDDIN KHAIRI MOHD JAMALI
2.
MUHAMMAD ADIMUANDZIR BIN AZMAN
3.
SHAMI BIN SADLI
4.
MUHAMMAD DANISH BIN YUSOP


Pasukan pelajar lelaki melakar sejarah gemilang apabila muncul juara dalam kemunculan sulung meskipun hanya dibarisan pelajar tingkatan 2 manakala pelajar perempuan menduduki tempat ketiga


NAMA PELAJAR
1.
IFFAH AFRINA BT SALEH
2.
SITI MASHITA BT. ABDUL JALAL KHAN
3.
NURUL SYAFIQAH BINTI MAHMOD
4.
FATIN HAZIMAH BT. MAZLAN


NAMA GURU
1.
USTAZ AMIR BIN BERAU
2.
CIKGU YUSANIZAN BIN SHAFIE
3.
CIKGU  MOHD RODZALY BIN OSMAN
4.
CIKGU FIRDAUS BIN ABDULLAH
Tidak menghampakan pasukan guru yang menduduki tangga kedua di belakang SBPI Sabak Bernam

SMS Banting turut melakar kejayaan membanggakan apabila Muhammad Faizzudin Hairi bin Mohd Jamali dinobatkan sebagai permain terbaik keseluruhan

Monday 24 September 2012

Lanskap Tangga Asrama untuk Sistem Rumah

Pengurusan Sistem Rumah sedang menjalankan pertandingan membina lanskap tangga di kedua-dua asrama putera dan puteri untuk julung-julung kalinya di tahun 2012 ini. Pemarkahan akhir akan dijalankan pada 3 Oktober hadapan.  Usaha gigih sedang dijalankan oleh semua rumah terbabit .

Radium (merah)  atas 
 Uranium ( biru ) bawah

Plutonium (hijau) atas
Titanium (kuning) bawah

Titanium atas
uranium bawah

Radium atas
Plutonium bawah


Rumah manakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA kategori lanskap tangga asrama tahun 2012 ini ?  Meskipun proses penyediaan ditahap 60 peratus namun daya kreativiti yang komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan. syabas dan tahniah buat semua yang terlibat.

Coral Speaking di PICC

Syabas dan tahniah kepada semua ahli pasukan coral speaking SMS Banting yang menjadi tetamu sempena Majlis Pertandingan Akhir Debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris  SBP Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 8 September lalu di PICC Cyberjaya.




Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang bertungkus lumus melatih dan membimbing pasukan ini. Semoga kelak bakal menjadi pasukan handalan di peringkat dunia

Permohonan kemasukan tingkatan satu 2013



Kepada semua calon UPSR 2012 dan ibubapa, sila layari lawan web rasmi  Kementerian Pelajaran Malaysia  pada alamat tertera untuk  mendaftar dan memohon kemasukan ke mana-mana SBP pada tahun hadapan. Semoga berjaya .

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

31 OKTOBER 2012

Thursday 13 September 2012

Alhamdulillah dan terima kasih

Pemasangan rak surau untuk menempatkan bahan-bahan bacaan dan al quran  selesai sepenuhnya. Terima kasih atas sumbangan dan inisiatif pihak PIBG.  Sehubungan dengan ini, semua para penjaga dialu-alukan untuk menyumbangkan bahan dan buku bacaan bermanfaat sebagai wakaf surau. Pihak kami sedang merancang mewujudkan mini perpustaakan di surau untuk keguanaan semua.






Pembaikan segera kebocoran tandas aspuri juga telah dijalankan. Mohon kerjasama semua pihak khususnya para pelajar agar menggunakan kemudahan disediakan dengan sebaik mungkin. Sikap CAKNA terhadap penjagaan kemudahan awam amat dituntut seupaya tidak menimbulkan masalah yang lebih buruk


ulasan lanjut dalam http://arab2u.blogspot.com

Wednesday 12 September 2012

MESYUARAT PIBG DAN CUTI HARI MALAYSIA

PERKARA 1  : MESYUARAT PIBG

Tarikh  
14 September 2012

Hari
Jumaat

Masa
jam 3.00 petang



PERKARA 2   :  CUTI SEMPENA HARI MALAYSIA

Tarikh  : 15-17 September 2012

Hari
Sabtu - Isnin

Waktu keluar 
Selepas sesi persekolahan hari Jumaat

Waktu masuk
Sebelum jam 6.00 petang hari Isnin


Sunday 9 September 2012

Kem Pemilihan Tokoh Nilam Selangor 2012



Syabas dan tahniah atas pemilihan dan pencalonan saudara Mohd Faris Bazli  ke Kem Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Selangor tahun 2012 ini. Seluruh warga  SMS Banting mendoakan semoga pulangnya nanti dengan membawa kejayaan untuk sekolah.


Selamat maju jaya

Watikah Perlantikan PSS

Majlis penyampaian watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber berjaya disempurnakan  oleh Tuan Pengetua. Tahniah kepada semua yang terpilih. Diharapkan ia menjadi pemangkin dalam membina jati diri dan mengembangkan daya kepimpinan di masa akan datang.









Senarai penerima Anugerah Pengetua

Tahniah atas pencapaian dan kecemerlangan  yang telah diperolehi dalam peperiksaan Pertengahan Tahun lalu. Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan Akhir Tahun 2012 nanti


Para pelajar menerima sedikit cenderahati dari tuan Penegtua dalam satu majlis ringkas dalam perhimpunan Rasmi

Aidilfitri peringkat sekolah 2012

Sambutan Aidilfitri 2012 alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada tanggal 5 Sept lalu dengan dihadiri semua warga sekolah SMS Banting. Majlis diatur secara ringkas namun  kemeriahan suasana raya tetap dirasai oleh semua yang hadir



keceriaan wajah para pelajar sepanjang sesi sambutan dijalankan


Program dimulakan dengan semua pelajar berhimpun di Dataran Perdana

Tuan Pengetua memberikan ucapan ringkas sebagai pembuka program sambutan Aidilfitri 2012 ini 






Wajah-wajah keriangan sepanjang majlis dijalankan



pasangan pengantin baharu  iaitu  Cikgu Rodzaly dan Cikgu Azira yang turut diraihakan bersama dalam sambutan Aidilfitri ini . Moga berbahagia selamanya.