Friday 28 September 2012

Pembangunan Insan dan Air 30 Juzuk al Quran

Satu usaha telah digerakkan oleh unit HEM kearah pembentukan modal insan yang seimbang di SMS Banting ini dengan berteraskan al Quran sejajar dengan hasrat dan impian pihak pengurusan untuk menyepadukan bidang sains dan al quran di SMS Banting ini.


program hafazan al quran dijalankan ke atas semua para pelajar Islam sebagai usaha dan langkah awal kearah mewujudkan satu aktiviti khusus dalam penghafazan al quran di sekolah ini. 

satu lagi usaha bersepadu telah diketengahkan demi mewujudkan suasana yang lebih harmonis dan kondusif serta selamat dikalangan seluruh warga pelajar. Dengan slogan JAGA DIRI , JAGA HATI, JAGA IMAN dan YANG TUA DIHORMATI YANG MUDA DIKASIHI, pihak unit HEM melancarkan kempen pembelian AIR 30 JUZ AL QURAN  dengan persetujuan bersama seluruh warga pelajar.  


Dipohonkan kehadrat Allah moga usaha kecil ini mampu melembut, menjinak dan mencerahkan HATI seluruh warga SMS Banting demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan bukan dari sudut akademik dan kokurikulum  sahaja malah lebih jauh dari itu dari sudut pembentukan insan yang dapat berbakti kepada keluarga, agama bangsa dan negara.


Dijual di pasaran luar dengan harga RM10 sebotol, insyaAllah pihak HEM akan mendapatkan potongan harga lebih rendah untuk dibekalan kepada setiap pelajar . Sumbangan ikhlas penjaga juga amat dialu-alukan untuk perlaksanaan program ini.       


No comments:

Post a Comment