Wednesday 15 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Sambutan MaulidurRasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari sabtu 11 feb 2-12 lalu. Antara aktiviti adalah perarakan Maulud, Ceramah oleh Pengetua Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar ( MITIB ) Ustaz Anas bin Ayob, Pertandingan nasyid dan berzanji antara rumah.






Ustaz Anas bin Ayob menyampaikan ceramahnya




Semalam bersama Palestin

Program yang amat bermakna ini telah dijalankan pada 9 feb 2012 lalu. Disampaikan oleh Prof Madya Dr Hafidzi bin Mohd Nor  presiden Aqso Syarif yangbertanggungjawab menyalurkan bantuan sumbangan rakyat Malaysia secara langsung kepada rakyat palestin

Pengalaman peribadi penceramah yang melaksana tugas audit di palestin amat menyentuh hati para pendengar ditambah dengan paparan koleksi foto-foto yang memaparkan kecekalan, kesabaran  rakyat palestin, sikap menghargai pemberian orang, komitmen dan jihad dalam menghadapi kesukaran dan ujian berpanjangan dalam sepanjang hidup pastinya perlu diteladani dan diinsafi oleh setiap rakyat malaysia amnya dan anak didik SMS Banting khususnya




Turut dijalankan pada malam tersebut kutipan kilat dari pada pendengar yang berjaya mengutip sejumlah hampir RM 1200.00 dan diakhiri dengan sesi pembelian cenderamata tanda sokongan terhadap usaha murni Aqso Syarif.

Kunjungan Muhibbah

Alhamdulillah dengan izin Allah siri kunjungan muhibbah diteruskan untuk menemui para pimpinan masyaratak dan agensi setempat yang berhampiran. Kali ini Pengetua dan ahli rombongan berpeluang mengunjungi Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi Istana Bandar atau lebih dikenali sebagai MITIB.




Kami berpeluang mendengar taklimat oleh Tuan Pengetua MITIB Yang Berbahagia Ustaz Anas bin Ayob. Kami amat teruja dengan kegigihan dan disiplin para pelajar dalam  mendalami dan menguasai al Quran disamping kekal cemerlangan dalam pencapaian akademik mereka. Mudahan roh kecemerlangan itu mampu diserap masuk ke SMS Banting kelak.

Bengkel Sistem Maklumat Murid 2012

Bengkel SSM 2012  telah sempurna dijalakan dibawah seliaan dan bimbingan guru SMM iaitu Puan Norhasliza bt Hamzah dengan dihadiri semua guru kelas



Tekun dan khusus mendengar taklimat dan bimbingan dari penyelaras SMM

Sistem Rumah SMS Banting

Alhamdulillah, pemilihan JK Sistem Rumah di SMS Banting telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Empat Sistem Rumah yang dilaksanakan iaitu Uranium ( Biru ) , Plutonium ( Hijau), Titanium ( Kuning) dan Radium ( Merah )  kini memulakan perjuangan memperkasakan rumah masing-masing







Selamat maju jaya kepada semua ahli rumah sehingga ke penghujung tahun 2012 ini

Saturday 4 February 2012

Kemudahan Tambahan

Melihat kepada perkembangan semasa, pihak pengurusan memikirkan perlunya penambahan bilangan telefon awam di sekitar asrama dan sekolah. Justeru itu, usaha telah dijalankan untuk menambah bilangan kemudahan awam tersbut bagi keselesaan semua warga pelajar




Pihak sekolah juga telah berjaya mendapatkan kenderaan sementara dari pihak kementerian  untuk kegunaan pelajar dan sekolah untuk pelbagai tujuan yang berkaitan. Disamping itu, hubungan baik dengan pihak TUDM berhampiran membolehkan pihak sekolah menggunakan khidmat 2 buah bas untuk penghantaran para pelajar bersolat jumaat di Kolej Matrikulasi Selangor





wajah-wajah ceria dengan kedatangan bas untuk bersolat Jumaat


KEJOHANAN TENIS MSSD KUALA LANGAT 2012

Kejohanan Tenis MSSD Kuala Langat 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Februari hingga 3 Februari 2012. Acara yang dipertandingkan ialah

Individu:
  1. lelaki dan perempuan bawah 15 tahun
  2. lelaki dan perempuan bawah 18 tahun

Beregu:
  1. lelaki dan perempuan bawah 15 tahun
  2. lelaki dan perempuan bawah 18 tahun
Sekolah Menengah Sains Banting (SMSB) telah menyertai katogeri bawah 15 dengan menghantar seramai 4 orang peserta. Murid yang terlibat adalah 
  1. Muhammad Afif Ikhwan bin Jamaludin (2 Al-Biruni)
  2. Muhammad Zafril Hazali bin Hazlan (1 Al-Khindi)
  3. Muhammad Zulhazmi bin Zulkarnain (2 Al-Jahiz)
  4. Muhammad Nizamuddin bin Amran (1 Al-Jahiz)
Kejohanan tenis mssd kuala langat 2012 telah berlangsung di Gelanggang Tenis Persatuan Tenis Daerah Kuala Langat (Gelanggang telok datuk) bersebelahan dengan Stadium Jugra, Banting, Selangor. kejohanan ini dipengerusikan oleh SMK Bandar Banting. Pengurus kejohanan ialah En Hashim bin Saidin.

Pertandingan akhir telah berlangsung pada 3 februari 2012. Pasukan Beregu SMSB (Muhammad Afif Ikhwan dan Muhammad Zafril Hazali ) telah dapat memasuki peringkat akhir menentang pasukan dari SMK Methodist.





Keputusan pertandingan, SMSB telah memenangi tempat ke 3 (gangsa) perseorangan lelaki bawah 15, tempat ke 2 (perak) dan ke 3 (gangsa) beregu lelaki bawah 15. Muhammad Zulhazmi bin Zulkarnain telah terpilih untuk mewakili daerah katogeri lelaki bawah 15 tahun ke peringkat negeri.

Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh pengetua SMK Bandar Banting.
 Majlis penutup dan penyampaian hadiah

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada GPK Kokurikulum (En Atan Bin Selamat) dan Guru penasihat Tenis (En Azizan bin Hasbollah, Pn Suriana bt Shamsuddin, Cik Mariah bt Abdul Rahman).


Disediakan oleh: Pn Suriana bt Shamsuddin(Guru Penasihat Tenis)

Pendaftaran Sulung Tingkatan 4 2012

31 Januari 2012 mencatat sejarah lagi bilamana seramai 168 pelajar tingkatan 4 dari seluruh pelusok negara melaporkan diri ke SM Sains Banting. Syabas dan tahniah atas penerimaan tawaran ke sekolah ini.


Persiapan akhir menjelang kedatangan pelajar tingkatan 4 . Pengalaman peribadi ketika mendaftarkan diri ke SMS Banting ini nampaknya berjaya membina keyakinan diri para pelajar tingkatan 1 dan 2 ini untuk menyumbang tenaga pula dalam proses pendaftaran abang dan kakak tingkatan 4.




Pelajar pertama mendaftar dengan nombor pendaftaran 314 saudari Mardzatul Mardhiah Abd Razak dari kelas 4 al Razi



Barisan pembantu yang bertungkus lumus menyiapkan data pelajar untuk direkod dalam komputer dan 
buku daftar sekolah sepanjang sesi pendaftaran berjalan. Terima kasih atas sokongan semua

Kunjungan Muhibbah

Alhamdulillah dengan izin Allah beberapa siri kunjungan muhibbah telah dilakukan oleh pihak pengurusan SMS Banting ke beberapa agensi, institusi  dan jabatan kerajaan berhampiran. Dimulakan dengan kunjungan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat untuk bersua muka dengan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah iaitu Tuan Haji Talib



Disusuli pula kunjungan ke Rejimen Tentera Udara Di Raja Malaysia Jugra dan bersua muka dengan pegawai memerintah Kolonel Haji Nazri  dan terkini ke Kolej Matrikulasi Selangor. Antara lain matlamat kunjungan ini adalah untuk menjalinkan hubungan dan mengeratkan ikatan sesama institusi atau agensi terbabit dengan pihak sekolah. Mudah-mudahan ia akan membantu meningkatkan kecemerlangan SMS Banting di masa hadapan



Berkunjung dan bersua muka dengan Pengarah Kolej Matrukilasi Selangor ; Tuan Haji Mustafar



Pemeriksaan Kehadiran

Pemeriksaan kehadiran murid dijalankan bagi tujuan keselamatan dan rekod. Amalan ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan diharapkan semua murid memberikan komitmen untuk sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan asrama.



Bersama bertekad memburu kegemilangan buat seluruh warga SMS Banting menjelang 2013 akan datang