Pihak sekolah juga telah berjaya mendapatkan kenderaan sementara dari pihak kementerian untuk kegunaan pelajar dan sekolah untuk pelbagai tujuan yang berkaitan. Disamping itu, hubungan baik dengan pihak TUDM berhampiran membolehkan pihak sekolah menggunakan khidmat 2 buah bas untuk penghantaran para pelajar bersolat jumaat di Kolej Matrikulasi Selangor
wajah-wajah ceria dengan kedatangan bas untuk bersolat Jumaat
Alhamdulillah.
ReplyDeleteminta juga kalau boleh disediakan tambahan tong sampah di kawasan kantin. Kebersihan kantin pada hari lawatan amatlah menyedihkan.
harap juga dapat semua yang melawat anak anak peka dengan kebersihan keliling.
terima kasih , sememangnya kerjasama semua pihak amat dialukan. Mungkin kami perlu tambah bilangan tong sampah namun kepada para pelawat harap dapat mengurus sampah sarap dengan baik tanpa membiarkan begitu sahaja. Rungutan pengusaha kantin sentiasa kami terima setiap kali hujung minggu.
ReplyDelete