Sunday 23 March 2014

SPM 2014 di kedudukan 22 SBP





Ketua Pelajar sesi 2013 saudara Syahriz antara murid yang memperolehi semua A dalam SPM lalu. Saudara Mohd Razif  merupakan pelajar terbaik SPM dengan pencapaian  A+  dalam semua mata pelajaran yang didudukinya



sebahagian murid yang turut hadir mengambil keputusan mereka 



Saudara Muhd Fariz bin Bazli  adalah murid Projek Khas yang turut cemerlang dengan mendapat A dalam semua mata pelajaran ,  menjadi satu bukti bahawa kesusahan dan kemiskinan tidak menajdi penghalang dalam memburu kecemerlangan . Tahniah kepada semua calon SPM 2013

Aktiviti 3k Kesihatan




Alhamdulillah beberapa aktiviti kesihatan melibat warga SMS Banting dapat dijalankan dengan jayanya. Ini meliputi pengagihan topeng keselamatan sempena fenomena jerebu yang melanda kawasan sekolah, pemeriksaan kesihatan dan nyah aedes di kawasan asrama


Innovation & Creativity Exhibition ILP Kuala Langat




Dianjurkan oleh Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat pada 19 mac lalu . Tahniah kepada pasukan SMS Banting yang berjaya membolot sebahagian besar kategori yang dipertandingkan. Antaranya juara robotik dan permainan komputer ( Dota)





Koko Akademik



 13 mac ;  Tempat ke 3 daerah Kuala Langat dalam pertandingan Bicara Berirama yang buat julung julung kalinyan disertai oleh pasukan SM Sains Banting. Tahniah buat semua yang terlibat

Pecah Rekod Kejohanan Balapan Daerah 2014

Syakir Nafis tingkatan 2 memecahkan rekod kejohanan dalam acara 400m lelaki 3



Emas untuk acara 1500m perempuan 3




Nurin Nisa berjaya memecah rekod acara lompat kijang kategori perempuan 2 dengan lompatan sejauh7.44 meter

Debat Basis mara Pasukan Coral Speaking ke 3







Tahniah atas pencapaian pasukan debat dan coral speaking SMS Banting. Teruskan kecemerlangan di masa akan datang

Bengkel Kecemerlangan Akademik





Bengkel Kecemerlangan Akademik   




Friday 14 March 2014

Lawatan Pengawas dan Sistem Rumah ke KUSESS


Satu siri lawatan penanda aras telah dilakukan oleh Badan Kepimpinan Pengawas dan Sistem Rumah ke SMS Kuala Selangor pada 1 mac lalu 


Antara lain objektif kunjungan tersebut untuk mengerat hubungan kedua pihak disamping saling bertukar fikiran dan pengalaman dalam mengurus dan mentadbir organisasi masing-masing





Thursday 13 March 2014

Kriket Basis Naib Johan Zon Tengah SBPn 2014

Sekalung tahniah buat pasukan kriket Basis yang menjadi naib juara dalam Kejohanan Kriket SBP Zon Tengah tahun 2014 lalu. Perlawanan akhir menemukan Basis dengan SM Sains Lahad Datu yang diundi untuk berada di dalam kelompok zon tengah.




Bakal meneruskan perjuangan diperingkat kebangsaan nanti didoakan moga pasukan Kriket mampu meraihkan kedudukan terbaik kelak. Sekalung tahniah sekali lagi buat jurulatih Saudara Rafi yang juga merangkap warden dan penyelia asrama kita 

Bengkel Kecemerlangan Catur 2014

Dijalankan pada 26 Februari lalu dibawah seliaan guru yang berkemahiran



Semoga usaha ini dapat mempertingkatkan tahap penguasaan para pelajar dalam permainan catur ini. Terima kasih atas penglibatan semua pihak

Pemeriksaan Mengejut



Rutin pemantauan pemeriksaan pelbagai unit dibawah HEM sentiasa dijalankan bagi memastikan segala aktiviti mengikut garis panduan yang ditetapkan dan dilaksanakan sebaik mungkin. Pada 21 Februari lalu pemeriksaan mengejut ke kantin sekolah dibuat untuk melihat kaedah penyediaan makanan disamping berbincang kaedah penambahbaikan yang sesuai di kantin sekolah . Alhamdulillah semua mematuhi apa yang sepatutnya




Pada 26 Februari pula pemeriksaan mengejut di dalam kelas dijalankan untuk melihat sejauh mana setiap murid mematuhi arahan yang diberikan dan pematuhan pada peraturan disiplin sedia ada