Wednesday, 29 August 2012
Khatam Quran dan Penyampaian Sumbangan Raya
Alhamdulillah , majlis khatam Quran sempena Ramadan 2012 ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak terlibat. Terima kasih kepada semua yang turut menyumbang wang ringgit dan tenaga
Majlis penyampaian sumbangan kepada mereka yang terpilih telah disempurnakan oleh
Tuan Haji Mohmad Kamaludin bin Taib
Di akhir sesi persekolahan satu majlis ringkas sempena cuti Aidilfitri dijalankan
Turut diserikan dengan nyanyian nasyid dari pasukan yang menjuarai pertandingan nasyid
sempena Ihya Ramadan lalu
Monday, 13 August 2012
Ceramah Akhir Ramadan
Tarikh
13 Ogos 2012
Jam
8.00-9.00 pagi
Penceramah
Al Fadhil Ustaz Rizuan bin Nahar
MITIB Jugra
Terima kasih atas sumbangan ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak didik di SMS Banting. Moga ia menjadi bekalan akhirat yang berpanjangan. Antara intipati ceramah ialah amalan-amalan yang dapat diteruskan meskipun selesainya bulan ramadan iaitu solat-solat sunat yang nabi sendiri tidak pernah tinggalkan umpamanya sunat sebelum subuh @ qobliah ba'diah dan sunat dhuha , banyakkan beristighfar, juga bersedeqah yang mana nabi adalah antara manusia yang amat pemurah sifatnya. Semoga kita semua dapat terus mencontohi keperibadian Rasulullah saw
Mesyuarat PIBG kali ke 4
Tarikh
11 Ogos 2012
Hari
Sabtu
Jam
9.00 pagi
Terima kasih atas kelulusan peruntukan yang dipohon dan syabas atas inisiatif dan usaha yang dijalankan untuk terus meningkatkan kewangan PIBG demi kebaikan seluruh warga SMS Banting.
Saturday, 11 August 2012
CUTI AIDILFITRI
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua penjaga dan pelajar SMS Banting .
Adalah dimaklumkan sekali lagi bahawa cuti sekolah sempena aidilfitri @ cuti penggal ini bemula sebaik tamat persekolahan hari RABU depan 15 Ogos 2012. Hari Khamis dan Jumaat dapat cuti. Iftar dan tahlil perdana yang pada asalnya dijadualkan pada hari khamis dengan jemputan kepada ibubapa DIBATALKAN setelah mendapat persetujuan dalam mesyuarat PIBG namun program tersebut akan diteruskan secara dalaman bersama warga sekolah dengan jemputan wakil AJK PIBG serentak dengan majlis khatam quran hari Selasa ini. Selamat berpuasa dan selamat menyambut aidilfitri dari kami warga pendidik SMS Banting. Maaf Zahir Batin

Thursday, 9 August 2012
Pelancaran Sambutan Bulan Merdeka
Satu majlis ringkas sempena pelancaran sambutan bulan kemerdekaan telah diadakan pada 3 ogos lalu. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua dan disusuli dengan ceramah oleh PK HEM Ustaz Haji Amir Berau.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sajak kemerdekaan oleh warga murid berbilang bangsa iaitu melayu, cina, india dan kaum asli
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sajak kemerdekaan oleh warga murid berbilang bangsa iaitu melayu, cina, india dan kaum asli
Iftar Perdana Bersama Pengarah BPSPSK
Alhamdulillah pada 1 Ogos lalu pihak sekolah telah dapat mengundang tuan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan ( BPSBPSK) KPM Tuan Haji Rosland bin Hussein untuk sama-sama berbuka puasa dengan seluruh warga SMS Banting .
Sebaik selesai program Tadarrus Quran di surau, semua pelajar mula mengambil tempat di dewan makan bermula jam 7.00 malam.
Sebaik selesai solat maghrib bersama warga sekolah, tuan pengarah berkesempatan memberikan amanat dan peringatan kepada semua yang hadir . Beliau juga meluangkan masa untuk sama-sama berterawih dengan warga SMS Banting .
Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kesudian beliau berkunjung ke SMS Banting
Sebaik selesai program Tadarrus Quran di surau, semua pelajar mula mengambil tempat di dewan makan bermula jam 7.00 malam.
Turut sama hadir adalah barisan guru-guru SMS Banting
Sebaik selesai solat maghrib bersama warga sekolah, tuan pengarah berkesempatan memberikan amanat dan peringatan kepada semua yang hadir . Beliau juga meluangkan masa untuk sama-sama berterawih dengan warga SMS Banting .
Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kesudian beliau berkunjung ke SMS Banting
Subscribe to:
Posts (Atom)