Sunday 29 January 2012

Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan

Pada 26hb Januari 2012 lalu, satu mesyuarat penyelarasan antara pihak pengurusan sekolah, pemaju dan wakil KPM telah diadakan bagi tujuan penambahbaikan pembangunan Sekolah Sains Banting ini.



Antara perkara dibincangkan adalah isu kerosakan bangunan dan pelbagai perkara berkaitan. Ahli mesyuarat turut berkesempatan meninjau sekitar kawasan sekolah dan asrama untuk melihat perkembangan penambahbaikan yang telah dibuat.


Tuan Pengetua SMS Banting Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib turut mengiringi pihak rombangan bagi menjelaskan segala perkara berkaitan.




Diharapkan segala usaha yang dilakukan dapat membantu meningkatkan kualiti kemudahan sedia ada supaya memberikan keselesaan maksimum kepada seluruh warga SMS Banting di masa akan datang

No comments:

Post a Comment