Ustaz Anas bin Ayob menyampaikan ceramahnya
Wednesday, 15 February 2012
Sambutan Maulidur Rasul 2012
Sambutan MaulidurRasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari sabtu 11 feb 2-12 lalu. Antara aktiviti adalah perarakan Maulud, Ceramah oleh Pengetua Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar ( MITIB ) Ustaz Anas bin Ayob, Pertandingan nasyid dan berzanji antara rumah.
Semalam bersama Palestin
Program yang amat bermakna ini telah dijalankan pada 9 feb 2012 lalu. Disampaikan oleh Prof Madya Dr Hafidzi bin Mohd Nor presiden Aqso Syarif yangbertanggungjawab menyalurkan bantuan sumbangan rakyat Malaysia secara langsung kepada rakyat palestin
Pengalaman peribadi penceramah yang melaksana tugas audit di palestin amat menyentuh hati para pendengar ditambah dengan paparan koleksi foto-foto yang memaparkan kecekalan, kesabaran rakyat palestin, sikap menghargai pemberian orang, komitmen dan jihad dalam menghadapi kesukaran dan ujian berpanjangan dalam sepanjang hidup pastinya perlu diteladani dan diinsafi oleh setiap rakyat malaysia amnya dan anak didik SMS Banting khususnya
Turut dijalankan pada malam tersebut kutipan kilat dari pada pendengar yang berjaya mengutip sejumlah hampir RM 1200.00 dan diakhiri dengan sesi pembelian cenderamata tanda sokongan terhadap usaha murni Aqso Syarif.

Kunjungan Muhibbah
Alhamdulillah dengan izin Allah siri kunjungan muhibbah diteruskan untuk menemui para pimpinan masyaratak dan agensi setempat yang berhampiran. Kali ini Pengetua dan ahli rombongan berpeluang mengunjungi Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi Istana Bandar atau lebih dikenali sebagai MITIB.
Kami berpeluang mendengar taklimat oleh Tuan Pengetua MITIB Yang Berbahagia Ustaz Anas bin Ayob. Kami amat teruja dengan kegigihan dan disiplin para pelajar dalam mendalami dan menguasai al Quran disamping kekal cemerlangan dalam pencapaian akademik mereka. Mudahan roh kecemerlangan itu mampu diserap masuk ke SMS Banting kelak.

Bengkel Sistem Maklumat Murid 2012
Bengkel SSM 2012 telah sempurna dijalakan dibawah seliaan dan bimbingan guru SMM iaitu Puan Norhasliza bt Hamzah dengan dihadiri semua guru kelas
Tekun dan khusus mendengar taklimat dan bimbingan dari penyelaras SMM
Sistem Rumah SMS Banting
Alhamdulillah, pemilihan JK Sistem Rumah di SMS Banting telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Empat Sistem Rumah yang dilaksanakan iaitu Uranium ( Biru ) , Plutonium ( Hijau), Titanium ( Kuning) dan Radium ( Merah ) kini memulakan perjuangan memperkasakan rumah masing-masing
Selamat maju jaya kepada semua ahli rumah sehingga ke penghujung tahun 2012 ini
Saturday, 4 February 2012
Kemudahan Tambahan
Melihat kepada perkembangan semasa, pihak pengurusan memikirkan perlunya penambahan bilangan telefon awam di sekitar asrama dan sekolah. Justeru itu, usaha telah dijalankan untuk menambah bilangan kemudahan awam tersbut bagi keselesaan semua warga pelajar
Pihak sekolah juga telah berjaya mendapatkan kenderaan sementara dari pihak kementerian untuk kegunaan pelajar dan sekolah untuk pelbagai tujuan yang berkaitan. Disamping itu, hubungan baik dengan pihak TUDM berhampiran membolehkan pihak sekolah menggunakan khidmat 2 buah bas untuk penghantaran para pelajar bersolat jumaat di Kolej Matrikulasi Selangor
wajah-wajah ceria dengan kedatangan bas untuk bersolat Jumaat
KEJOHANAN TENIS MSSD KUALA LANGAT 2012
Kejohanan Tenis MSSD Kuala Langat 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Februari hingga 3 Februari 2012. Acara yang dipertandingkan ialah
Individu:
- lelaki dan perempuan bawah 15 tahun
- lelaki dan perempuan bawah 18 tahun
Beregu:
- lelaki dan perempuan bawah 15 tahun
- lelaki dan perempuan bawah 18 tahun
Sekolah Menengah Sains Banting (SMSB) telah menyertai katogeri bawah 15 dengan menghantar seramai 4 orang peserta. Murid yang terlibat adalah
- Muhammad Afif Ikhwan bin Jamaludin (2 Al-Biruni)
- Muhammad Zafril Hazali bin Hazlan (1 Al-Khindi)
- Muhammad Zulhazmi bin Zulkarnain (2 Al-Jahiz)
- Muhammad Nizamuddin bin Amran (1 Al-Jahiz)
Kejohanan tenis mssd kuala langat 2012 telah berlangsung di Gelanggang Tenis Persatuan Tenis Daerah Kuala Langat (Gelanggang telok datuk) bersebelahan dengan Stadium Jugra, Banting, Selangor. kejohanan ini dipengerusikan oleh SMK Bandar Banting. Pengurus kejohanan ialah En Hashim bin Saidin.
Pertandingan akhir telah berlangsung pada 3 februari 2012. Pasukan Beregu SMSB (Muhammad Afif Ikhwan dan Muhammad Zafril Hazali ) telah dapat memasuki peringkat akhir menentang pasukan dari SMK Methodist.
Keputusan pertandingan, SMSB telah memenangi tempat ke 3 (gangsa) perseorangan lelaki bawah 15, tempat ke 2 (perak) dan ke 3 (gangsa) beregu lelaki bawah 15. Muhammad Zulhazmi bin Zulkarnain telah terpilih untuk mewakili daerah katogeri lelaki bawah 15 tahun ke peringkat negeri.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada GPK Kokurikulum (En Atan Bin Selamat) dan Guru penasihat Tenis (En Azizan bin Hasbollah, Pn Suriana bt Shamsuddin, Cik Mariah bt Abdul Rahman).
Disediakan oleh: Pn Suriana bt Shamsuddin(Guru Penasihat Tenis)
Pendaftaran Sulung Tingkatan 4 2012
31 Januari 2012 mencatat sejarah lagi bilamana seramai 168 pelajar tingkatan 4 dari seluruh pelusok negara melaporkan diri ke SM Sains Banting. Syabas dan tahniah atas penerimaan tawaran ke sekolah ini.
Persiapan akhir menjelang kedatangan pelajar tingkatan 4 . Pengalaman peribadi ketika mendaftarkan diri ke SMS Banting ini nampaknya berjaya membina keyakinan diri para pelajar tingkatan 1 dan 2 ini untuk menyumbang tenaga pula dalam proses pendaftaran abang dan kakak tingkatan 4.
Pelajar pertama mendaftar dengan nombor pendaftaran 314 saudari Mardzatul Mardhiah Abd Razak dari kelas 4 al Razi
Barisan pembantu yang bertungkus lumus menyiapkan data pelajar untuk direkod dalam komputer dan
buku daftar sekolah sepanjang sesi pendaftaran berjalan. Terima kasih atas sokongan semua
Kunjungan Muhibbah
Alhamdulillah dengan izin Allah beberapa siri kunjungan muhibbah telah dilakukan oleh pihak pengurusan SMS Banting ke beberapa agensi, institusi dan jabatan kerajaan berhampiran. Dimulakan dengan kunjungan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat untuk bersua muka dengan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah iaitu Tuan Haji Talib
Disusuli pula kunjungan ke Rejimen Tentera Udara Di Raja Malaysia Jugra dan bersua muka dengan pegawai memerintah Kolonel Haji Nazri dan terkini ke Kolej Matrikulasi Selangor. Antara lain matlamat kunjungan ini adalah untuk menjalinkan hubungan dan mengeratkan ikatan sesama institusi atau agensi terbabit dengan pihak sekolah. Mudah-mudahan ia akan membantu meningkatkan kecemerlangan SMS Banting di masa hadapan

Berkunjung dan bersua muka dengan Pengarah Kolej Matrukilasi Selangor ; Tuan Haji Mustafar
Pemeriksaan Kehadiran
Pemeriksaan kehadiran murid dijalankan bagi tujuan keselamatan dan rekod. Amalan ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan diharapkan semua murid memberikan komitmen untuk sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan asrama.
Bersama bertekad memburu kegemilangan buat seluruh warga SMS Banting menjelang 2013 akan datang
Subscribe to:
Posts (Atom)