Assalamualaikum wmbt
Adalah dimaklumkan kepada semua ibubapa dan penjaga bahawa permohonan balik bermalam untuk tujuan dan maksud yang tertentu perlulah mengikut tatacara yang ditetapkan sepertimana berikut ;
1. Pihak penjaga perlu menghantar surat permohonan rasmi kepada Tuan Pengetua samada secara pos, faks di talian 03 3120 1623 atau terus ke pejabat untuk perhatian PK HEM sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh dipohon.
2. Kelulusan akan dipertimbangkan bergantung kepada kewajaran permohonan tersebut.
3. Kad Keluar perlu dihantar ke pejabat untuk ditandatangani oleh PK HEM / Warden dan perlu diambil semula sebelum keluar untuk diserahkan di pos pengawal utama
4. Pelajar perlu mengisi maklumat dalam buku pulang dengan kebenaran khas yang disediakan di pejabat sekolah.
5. Pelajar perlu balik semula dan masuk ke kawasan sekolah sebelum jam 6 petang .
Catatan
Permohonan bercuti ke luar negara atau sebaliknya semasa tempoh persekolahan berjalan TIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKAN kerana tertakluk dengan pekeliling yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kegagalan hadir dianggap ponteng sekolah.
Harap maklum
PK HEM
Thursday, 29 March 2012
PROGRAM PELANCARAN NILAM, BULAN BAHASA DAN BULAN MEMBACA 2012
Tarikh 21 Mac 2012 (Rabu) bertempat di Dewan Utama SM Sains Banting merupakan hari yang bersejarah bagi warga SM Sains Banting kerana inilah kali pertama kita mengadakan majlis Pelancaran Nilam, Bulan Bahasa dan Bulan Membaca. Tema bagi Program Nilam, Bulan Bahasa dan Bulan Membaca pada tahun ini adalah ‘Membaca Pencetus Kecemerlangan Minda’.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Sharuddin bin Md Salleh, Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Beliau telah disambut dengan paluan kompang serta persembahan silat oleh pelajar-pelajar SM Sains Banting. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Penolong Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, En Mohamd Yusri bin Dahrumi, Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan dari PKG Kanchong Darat, En Saupi bin Tomino dan YDP PIBG SM Sains Banting, En Syed Idrus bin Syed Ali. Tepat jam 3.30 petang, majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengetua SM Sains Banting, Haji Mohamad Kamaludin bin Taib dan seterusnya perasmian program oleh YB Datuk Sharuddin bin Md Salleh. Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan Multimedia, Drama, Choir dan Choral Speaking dari para pelajar.
Pada majlis ini juga, wakil dari Cerdik Publication, En. Esrifitri bin Subohi telah menyerahkan sumbangan buku dan surat rasmi pemilihan SM Sains Banting ke dalam Program Sekolah Angkat Cerdik. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang.
Semoga SMS Banting terus gemilang di masa akan datang
Perlantikan Badan Kepimpinan Pengawas
Majlis Perlantikan dan penyerahan watikah disempurna oleh Tuan Pengetua
Tahniah kepada semua yang terpilih dan dilantik. Moga dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin demi kecemerlangan SMS Banting di masa hadapan
Monday, 26 March 2012
Ujian Penilaian 1 tingkatan 4 2012
Selamat menduduki ujian penilaian 1 kepada semua pelajar tingkatan 4. Moga Berjaya dan jangan mudah berputus asa jika sekiranya kita gagal meraih kejayaan tersebut. Demi sesungguhnya perjuangan anda untuk CEMERLANG baharu saja bermula .
Thursday, 22 March 2012
Tahniah penyertaan sulung Boka Keranjang
Syabas dan tahniah kepada semua pasukan bertanding dalam pelbagai aktiviti sukan dan kokurikulum. Penyertaan sulung di tahun 2012 ini tetap bermakna kerana ia tanda bermulanya saingan SMS Banting di persada sukan negara.
Menyertai kejohanan Bola Keranjang HKSBP zon Tengah di SM Sains Kuala Selangor baru-baru ini
Teruskan kegigihan dalam latihan dan selamat maju jaya buat semua warga SMS Banting
Monday, 12 March 2012
Merentas Desa 2012
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Radium ( merah) yang menjuarai larian pertama ini. Moga semua rumah akan mula bangkit untuk bersaing di masa akan datang
Kesuma 2012
Kursus Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah, Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh tahun 2012 telah diadakan pada 25 hingga 28 Feb lalu di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Peserta terlibat ialah :
1. Siaw Chow Peng
2. Hamizan bt Mohd Kamel
3. M.Hafizi bin Abd Hashim
4. Nor Nadia Natsya bt Nasaruddin
5. Amirul Syafiq bin Hasrin
6. Nor Aishah bt Shahrin
7. M. Adib Syukri bin Hamid
8. Najeehah bt Azizan
1. Siaw Chow Peng
2. Hamizan bt Mohd Kamel
3. M.Hafizi bin Abd Hashim
4. Nor Nadia Natsya bt Nasaruddin
5. Amirul Syafiq bin Hasrin
6. Nor Aishah bt Shahrin
7. M. Adib Syukri bin Hamid
8. Najeehah bt Azizan
Majlis makan malam bersama Menteri Besar juga diadakan untuk meraih semua para peserta
Sumbangan
Alhamdulillah sumbangan dari ibubapa terus diterima dalam meningkatkan kemudahan dan kualiti kehidupan anak-anak didik di Basis ini. Terbaru adalah sumbangan 10 buah komputer yang telah diterima dari salah seorang penjaga untuk kegunaan pengurusan sekolah dan asrama.
Semoga Allah terus merahmati dan memberkati segala usaha murni dan kebajikan yang dihulurkan
Friday, 9 March 2012
MAKLUMAN PEMBAYARAN DOBI
Makluman kepada ibubapa dan penjaga, pembayaran untuk dobi boleh dibuat ke akaun koperasi sekolah menengah sains banting dan kemukan slip pembayaran kepada guru kelas untuk resit pembayaran dari koperasi atau pembayaran boleh dibuat terus kepada guru kelas.
Jumlah bayaran =RM130 (setahun)
Nama Akaun = Koperasi Sekolah Menengah Sains Berhad
No akaun koperasi = 220183255808
Nama bank =Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
sekian,terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)