Thursday 29 March 2012

PROGRAM PELANCARAN NILAM, BULAN BAHASA DAN BULAN MEMBACA 2012



Tarikh 21 Mac 2012 (Rabu) bertempat di Dewan Utama SM Sains Banting merupakan hari yang bersejarah bagi warga SM Sains Banting kerana inilah kali pertama kita mengadakan majlis Pelancaran Nilam, Bulan Bahasa dan Bulan Membaca. Tema bagi Program Nilam, Bulan Bahasa dan Bulan Membaca pada tahun ini adalah ‘Membaca Pencetus Kecemerlangan Minda’.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Sharuddin bin Md Salleh, Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Beliau telah disambut dengan paluan kompang serta persembahan silat oleh pelajar-pelajar SM Sains Banting. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Penolong Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, En Mohamd Yusri bin Dahrumi, Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan dari PKG Kanchong Darat, En Saupi bin Tomino dan YDP PIBG SM Sains Banting, En Syed Idrus bin Syed Ali. Tepat jam 3.30 petang, majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengetua SM Sains Banting, Haji Mohamad Kamaludin bin Taib dan seterusnya perasmian program oleh YB Datuk Sharuddin bin Md Salleh. Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan Multimedia, Drama, Choir dan Choral Speaking dari para pelajar.
Pada majlis ini juga, wakil dari Cerdik Publication, En. Esrifitri bin Subohi telah menyerahkan sumbangan buku dan surat rasmi pemilihan SM Sains Banting ke dalam Program Sekolah Angkat Cerdik. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang.



 

Semoga SMS Banting terus gemilang di masa akan datang

No comments:

Post a Comment