Pembayaran yuran majalah sekolah sebanyak RM12 boleh mula dibayar melalui akaun yang tertera di bawah
Friday, 28 September 2012
Pembangunan Insan dan Air 30 Juzuk al Quran
Satu usaha telah digerakkan oleh unit HEM kearah pembentukan modal insan yang seimbang di SMS Banting ini dengan berteraskan al Quran sejajar dengan hasrat dan impian pihak pengurusan untuk menyepadukan bidang sains dan al quran di SMS Banting ini.
program hafazan al quran dijalankan ke atas semua para pelajar Islam sebagai usaha dan langkah awal kearah mewujudkan satu aktiviti khusus dalam penghafazan al quran di sekolah ini.
satu lagi usaha bersepadu telah diketengahkan demi mewujudkan suasana yang lebih harmonis dan kondusif serta selamat dikalangan seluruh warga pelajar. Dengan slogan JAGA DIRI , JAGA HATI, JAGA IMAN dan YANG TUA DIHORMATI YANG MUDA DIKASIHI, pihak unit HEM melancarkan kempen pembelian AIR 30 JUZ AL QURAN dengan persetujuan bersama seluruh warga pelajar.
Dipohonkan kehadrat Allah moga usaha kecil ini mampu melembut, menjinak dan mencerahkan HATI seluruh warga SMS Banting demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan bukan dari sudut akademik dan kokurikulum sahaja malah lebih jauh dari itu dari sudut pembentukan insan yang dapat berbakti kepada keluarga, agama bangsa dan negara.
Dijual di pasaran luar dengan harga RM10 sebotol, insyaAllah pihak HEM akan mendapatkan potongan harga lebih rendah untuk dibekalan kepada setiap pelajar . Sumbangan ikhlas penjaga juga amat dialu-alukan untuk perlaksanaan program ini.
Kejohanan Futsal U16 Antarabangsa KISAS 2012
Peluang menyertai kejohanan peringkat antabangsa tidak dilepaskan begitu sahaja. Pasukan futsal SMS Banting dibawah bimbingan Guru Cemerlang Anuar Sidek telah membuat persediaan rapi dengan menghantar 2 pasukan bagi kategori lelaki dan perempuan
Bertempat di Real Sports Arena, Klang pada 23 september lalu ... TAHNIAH atas kecemerlangan yang dikecapi oleh pasukan futsal perempuan dengan merangkul tempat keDUA atau Naib Johan. Cuba lagi buat pasukan lelaki di kejohanan akan datang
Kursus Protokol Badan Kepimpinan Pelajar
Tarikh
20 september 2012
Hari
Rabu
Peserta
Pimpinan pelajar
Anjuran
Unit Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa Perhubungan Luar
Bermatlamat\ mendedahkan semua pimpinan pelajar dengan tatacara pengurusan atau protokol yang betul
Tuesday, 25 September 2012
SMS Banting Ungguli Boling Zon Tengah SBP
Kejohanan Boling SBP/SBT Zon Tengah anjuran SM Sains Alam Shah, Cheras telah diadakan pada 22 sept lalu bertempat di Brem Mall Puchong. SMS Banting menghantar 3 pasukan iaitu kategori pelajar lelaki, pelajar perempuan dan pasukan guru .
Berkesempatan untuk merakamkan foto bersama pasukan guru SBPI Sabak Bernam yang telah berjaya muncul juara kategori guru edisi 2012 ini.
Berkesempatan untuk merakamkan foto bersama pasukan guru SBPI Sabak Bernam yang telah berjaya muncul juara kategori guru edisi 2012 ini.
NAMA PELAJAR
| |
1.
|
MUHAMMAD FAIZZUDDIN KHAIRI MOHD JAMALI
|
2.
|
MUHAMMAD ADIMUANDZIR BIN AZMAN
|
3.
|
SHAMI BIN SADLI
|
4.
|
MUHAMMAD DANISH BIN YUSOP
|
Pasukan pelajar lelaki melakar sejarah gemilang apabila muncul juara dalam kemunculan sulung meskipun hanya dibarisan pelajar tingkatan 2 manakala pelajar perempuan menduduki tempat ketiga
NAMA PELAJAR
| |
1.
|
IFFAH AFRINA BT SALEH
|
2.
|
SITI MASHITA BT. ABDUL JALAL KHAN
|
3.
|
NURUL SYAFIQAH BINTI MAHMOD
|
4.
|
FATIN HAZIMAH BT. MAZLAN
|
NAMA GURU
| |
1.
|
USTAZ AMIR BIN BERAU
|
2.
|
CIKGU YUSANIZAN BIN SHAFIE
|
3.
|
CIKGU MOHD RODZALY BIN OSMAN
|
4.
|
CIKGU FIRDAUS BIN ABDULLAH
|
Tidak menghampakan pasukan guru yang menduduki tangga kedua di belakang SBPI Sabak Bernam
SMS Banting turut melakar kejayaan membanggakan apabila Muhammad Faizzudin Hairi bin Mohd Jamali dinobatkan sebagai permain terbaik keseluruhan
Monday, 24 September 2012
Lanskap Tangga Asrama untuk Sistem Rumah
Pengurusan Sistem Rumah sedang menjalankan pertandingan membina lanskap tangga di kedua-dua asrama putera dan puteri untuk julung-julung kalinya di tahun 2012 ini. Pemarkahan akhir akan dijalankan pada 3 Oktober hadapan. Usaha gigih sedang dijalankan oleh semua rumah terbabit .
Radium (merah) atas
Uranium ( biru ) bawah
Plutonium (hijau) atas
Titanium (kuning) bawah
Titanium atas
uranium bawah
Radium atas
Plutonium bawah
Rumah manakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA kategori lanskap tangga asrama tahun 2012 ini ? Meskipun proses penyediaan ditahap 60 peratus namun daya kreativiti yang komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan. syabas dan tahniah buat semua yang terlibat.
Rumah manakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA kategori lanskap tangga asrama tahun 2012 ini ? Meskipun proses penyediaan ditahap 60 peratus namun daya kreativiti yang komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan. syabas dan tahniah buat semua yang terlibat.
Coral Speaking di PICC
Syabas dan tahniah kepada semua ahli pasukan coral speaking SMS Banting yang menjadi tetamu sempena Majlis Pertandingan Akhir Debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SBP Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 8 September lalu di PICC Cyberjaya.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang bertungkus lumus melatih dan membimbing pasukan ini. Semoga kelak bakal menjadi pasukan handalan di peringkat dunia
Permohonan kemasukan tingkatan satu 2013
Kepada semua calon UPSR 2012 dan ibubapa, sila layari lawan web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia pada alamat tertera untuk mendaftar dan memohon kemasukan ke mana-mana SBP pada tahun hadapan. Semoga berjaya .
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
31 OKTOBER 2012
Thursday, 13 September 2012
Alhamdulillah dan terima kasih
Pemasangan rak surau untuk menempatkan bahan-bahan bacaan dan al quran selesai sepenuhnya. Terima kasih atas sumbangan dan inisiatif pihak PIBG. Sehubungan dengan ini, semua para penjaga dialu-alukan untuk menyumbangkan bahan dan buku bacaan bermanfaat sebagai wakaf surau. Pihak kami sedang merancang mewujudkan mini perpustaakan di surau untuk keguanaan semua.
Pembaikan segera kebocoran tandas aspuri juga telah dijalankan. Mohon kerjasama semua pihak khususnya para pelajar agar menggunakan kemudahan disediakan dengan sebaik mungkin. Sikap CAKNA terhadap penjagaan kemudahan awam amat dituntut seupaya tidak menimbulkan masalah yang lebih buruk
ulasan lanjut dalam http://arab2u.blogspot.com
ulasan lanjut dalam http://arab2u.blogspot.com
Wednesday, 12 September 2012
MESYUARAT PIBG DAN CUTI HARI MALAYSIA
PERKARA 1 : MESYUARAT PIBG
Tarikh
14 September 2012
Hari
Jumaat
Masa
jam 3.00 petang
PERKARA 2 : CUTI SEMPENA HARI MALAYSIA
Tarikh : 15-17 September 2012
Hari
Sabtu - Isnin
Waktu keluar
Selepas sesi persekolahan hari Jumaat
Waktu masuk
Sebelum jam 6.00 petang hari Isnin
Tarikh
14 September 2012
Hari
Jumaat
Masa
jam 3.00 petang
PERKARA 2 : CUTI SEMPENA HARI MALAYSIA
Tarikh : 15-17 September 2012
Hari
Sabtu - Isnin
Waktu keluar
Selepas sesi persekolahan hari Jumaat
Waktu masuk
Sebelum jam 6.00 petang hari Isnin
Sunday, 9 September 2012
Kem Pemilihan Tokoh Nilam Selangor 2012
Syabas dan tahniah atas pemilihan dan pencalonan saudara Mohd Faris Bazli ke Kem Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Selangor tahun 2012 ini. Seluruh warga SMS Banting mendoakan semoga pulangnya nanti dengan membawa kejayaan untuk sekolah.
Selamat maju jaya
Watikah Perlantikan PSS
Majlis penyampaian watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber berjaya disempurnakan oleh Tuan Pengetua. Tahniah kepada semua yang terpilih. Diharapkan ia menjadi pemangkin dalam membina jati diri dan mengembangkan daya kepimpinan di masa akan datang.
Senarai penerima Anugerah Pengetua
Tahniah atas pencapaian dan kecemerlangan yang telah diperolehi dalam peperiksaan Pertengahan Tahun lalu. Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan Akhir Tahun 2012 nanti
Para pelajar menerima sedikit cenderahati dari tuan Penegtua dalam satu majlis ringkas dalam perhimpunan Rasmi
Para pelajar menerima sedikit cenderahati dari tuan Penegtua dalam satu majlis ringkas dalam perhimpunan Rasmi
Aidilfitri peringkat sekolah 2012
Sambutan Aidilfitri 2012 alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada tanggal 5 Sept lalu dengan dihadiri semua warga sekolah SMS Banting. Majlis diatur secara ringkas namun kemeriahan suasana raya tetap dirasai oleh semua yang hadir
keceriaan wajah para pelajar sepanjang sesi sambutan dijalankan
Program dimulakan dengan semua pelajar berhimpun di Dataran Perdana
Tuan Pengetua memberikan ucapan ringkas sebagai pembuka program sambutan Aidilfitri 2012 ini
Wajah-wajah keriangan sepanjang majlis dijalankan
pasangan pengantin baharu iaitu Cikgu Rodzaly dan Cikgu Azira yang turut diraihakan bersama dalam sambutan Aidilfitri ini . Moga berbahagia selamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)