Friday 11 January 2013

Minggu Pengurusan SilaturRahim Tingkatan 1

MPSR tingkatan 1 tahun 2013 telah hampir seminggu berlangsung. Pelbagai aktiviti telah disusun dan diatur demi membantu semua murid tingkatan 1 tahun 2013 ini menyesuaiakan diri dengan kehidupan dan persekitaran baharu di SMS Banting ini. Aktiviti kerohanian, sukan dan riadah, peningkatan kemahiran komunikasi, sosial dan pelbagai lagi mula didedahkan kepada semua.

Dibantu dengan para pengawas dan PRS alhamdulillah semua aktiviti berjalan lancar. Sempat lagi buat acara kejutan sempena ulang tahun kelahiran PK HEM .





 gelagat dan keriangan di wajah murid-murid pasti terserlah bila aktiviti santai dijalankan



terima kasih kepada semua fasilitator dari kalangan pengawas dan PRS yang turut sama membantu. Tidak lupa semua pihak khususnya rakan-rakan guru kaunseling  diketuai ustaz Hafiz, cikgu Bibi dan cik Aireen yang telah membantu dan bertungkus lumus menjayakan program ini.

1 comment:

  1. Tahniah Anak - Anak SMS Banting, semoga anda semua berjaya mengejar impian masing masing.. Nampaknya semua happy semasa minggu silaturrahim.. Amirul Afiq pun ceria...

    ReplyDelete