Assalamualaikum kepada semua ibubapa dan penjaga
Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah membuat ketetapan untuk membenarkan para pelajar BALIK PILIHAN pada hujung minggi ini dan juga minggu hadapan kerana asrama aka digunapakai untuk 2 acara besar . Butiran lanjut adalah sepeti berikut :
Acara 1 : Pertandingan Drama SBP Zon Tengah
Tarikh : 5 dan 6 April ( Jumaat dan Sabtu )
Balik Asrama : Ahad sebelum jam 6
Catatan : Mula balik sebaik tamat sesi persekolahan pada hari Jumaat. Pelajar luar Selangor TIDAK DIGALAKKAN balik bermalam kerana mengambil kira faktor kos dan perkara-perkara lain yang berkaitan
Acara 2 : Pertandingan Olahraga SBP Zon Tengah
Tarikh : 12-14 April ( Jumaat hingga Ahad )
Balik Asrama : ISNIN sebelum jam 6
Catatan : Mula balik sebaik tamat sesi persekolahan pada hari Jumaat. Pelajar luar Selangor yang jauh dan menghadapi masalah untuk balik masih dibenarkan terus tinggal di asrama .
Harap maklum
assalamualaikum....saya ingin kan kepastian drpd pihak sekolah...saya dengar perkhidmatan bas utk balik bermalam brtolak sebelum solat jumaat...dan pelajar2 MUSLIM yg mnggunakan prkhtmatan bas tidak bersolat jumaat setiap kali balik wajib...benarkah perkara ini???...jika benar, apa tindakan yg diambil oleh pihak sekolah....soal solat ni bukan main2
ReplyDelete