Saturday 15 February 2014

STATUS CUTI DAN KRISIS BEKALAN AIR




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penjaga, ibubapa dan warga SMS Banting ,

Berdasarkan perkembangan semasa mengenai keadaan bekalan air di Daerah Kuala Langat khususnya SMS Banting yang agak kritikal dan tidak menentu sehingga lewat malam tadi , pengurusan sekolah telah memutuskan untuk MELANJUTKAN CUTI BALIK BERMALAM sehingga hari Isnin 17/2/2014. Ini bermakna SETAKAT INI murid perlu kembali ke sekolah pada hari Isnin sebelum jam 6.00 petang.

Walau bagaimana pun, semua murid dan penjaga perlu mengikuti perkembangan mutakhir dari blog dan page facebook rasmi sekolah, jika ada MAKLUMAN TERBARU mengenai perkara ini.

No comments:

Post a Comment