Thursday 29 March 2012

Balik Bermalam Dengan Kebenaran Khas

Assalamualaikum wmbt


Adalah dimaklumkan  kepada semua ibubapa dan penjaga bahawa permohonan balik bermalam untuk tujuan dan maksud yang tertentu perlulah mengikut tatacara yang ditetapkan sepertimana berikut  ;

1. Pihak penjaga perlu menghantar surat permohonan rasmi kepada Tuan Pengetua samada secara pos, faks di talian  03 3120 1623  atau terus ke pejabat untuk perhatian PK HEM sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh dipohon.

2. Kelulusan akan dipertimbangkan bergantung kepada kewajaran permohonan tersebut.

3. Kad Keluar perlu dihantar ke pejabat untuk ditandatangani oleh PK HEM / Warden dan perlu diambil semula sebelum keluar untuk diserahkan di pos pengawal utama

4.  Pelajar perlu mengisi maklumat dalam buku pulang dengan kebenaran khas yang disediakan di pejabat sekolah.

5. Pelajar perlu balik semula dan masuk ke kawasan sekolah sebelum jam 6 petang .


Catatan

Permohonan bercuti ke luar negara atau sebaliknya semasa tempoh persekolahan berjalan TIDAK DAPAT  DIPERTIMBANGKAN kerana tertakluk dengan pekeliling yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kegagalan hadir dianggap ponteng sekolah.


Harap maklum


PK HEM

1 comment:

  1. salam ..boleh ke kalau surat permohonan dihantar melalui e-mel?kalau boleh harap disertakan alamat e-mel...terima kasih..

    ReplyDelete