Friday 4 January 2013

Hari Pertama 2013


Alhamdulillah hari pertama persekolahan tahun 2013 berjalan lancar seperti yang dirancang. Persiapan awal untuk proses pengajaran dan pembelajaran juga lancar. Tanpa diundang kehadiran ke sekolah, sekolah telah dikunjungi oleh 2 orang wakil dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Putrajaya yang bertujuan memantau perlaksaan dan persediaan sekolah menghadapi sesi persekolahan baharu.


2013 ini juga memperlihat perkembangan positif pada prasarana sedia ada. Pemasangan kabel dan pemancar internet YES hampir selesai. Peralatan dan kelengkapan komputer sekolah juga telah tiba . InsyaAllah tidak lama lagi semua murid bakal menikmati kemudahan komputer dan internet dengan mudah. Syukur ...moga ini mampu meningkatkan kecemerlangan sekolah akhirnya


1 comment:

  1. salam, saya ingin anak saya belajar di SMS Banting untuk menjadi hafizah. masih ada peluang kah? 012-2769 100

    ReplyDelete