Tuesday 30 April 2013

BALIK BERMALAM SEMPENA PRU KE 13

Assalamualaikum wm wbrt  dan salam sejahtera kepada semua ibubapa dan penjaga

Setelah melihat perkembangan isu air yang melanda asrama sejak seminggu lalu yang masih belum pulih sepenuhnya serta keperluan seluruh tenaga kerja di dewan makan yang akan menunaikan kewajipan mengundi pada PRU ke 13 akan datang, pihak pengurusan sekolah dengan izin Tuan Pengetua yang sedang berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan Umrah telah mengambil keputusan untuk MEMBENARKAN PARA PELAJAR BALIK BERMALAM pada hujung minggu ini TANPA ADA CUTI TAMBAHAN pada hari Isnin akan datang.

Semua pelajar perlu kembali semula ke asrama pada hari Ahad  dan diberikan kelonggaran untuk memasuki kawasan asrama sehingga sebelum jam 10 malam.

PERINGATAN :  peperiksaan pertengahan tahun 2013 akan BERMULA pada hari SELASA 7hb May 2013 .

harap maklum.

Sekian terima kasih


Selamat menunaikan tanggungjawab untuk mengundi dalam PRU ke 13 ini. 

1 comment:

  1. Assalamualaikum w.b.t.

    Semlm kerajaan Selangor mengumumkan Isnin ini (6 Mei 2013) sebagai Hari Pelepasan Am bagi memudahkan semua rakyat di negeri itu mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Bolehkah kami menghantar pada hari isnin instead of hari ahad.

    Terima kasih

    ReplyDelete