Monday 26 December 2011

Pendaftaran Tg2 SM Sains Banting

Semua Ibubapa,
SM Sains Banting.

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2 TAHUN 2012 DAN MESYUARAT AGUNG PIBG
Perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa SM Sains Banting akan mengadakan Pendaftaran semula pelajar Tingkatan 2 bagi tahun 2012 dan Mesyuarat Agung PIBG dengan ketetapan berikut:

                 Tarikh    : 3 Januari 2012 (Selasa)

                Masa     : 9.00 – 11.00 pagi (Pendaftaran Tingktan 2)

                                  11.00 – 1.00 petang (Mesyuarat Agung PIBG)

                Tempat                : Dewan Serbaguna, SM Sains Banting


…3.            Bersama surat ini disertakan:

                i)             Notis Mesyuarat Agung PIBG dan

                ii)            Senarai Harga Barang di Koperasi Sekolah

 4.            Adalah diharapkan tuan dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam memperkasakan SM Sains Banting sebagai sebuah Sekolah  Berasrama Penuh yang unggul. Sekian dan terima kasih.


4 comments:

  1. Kenapa mesyuarata Agung PIBG 2012 diadakan sebelum pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012? PIBG hanya untuk ibubapa pelajar Tingkatan 2 sahaja?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada yang bertanya. PIBG memang untuk semua. Untuk makluman tuan/puan AJK PIBG Penaja SMS Banting telah melakukan pelbagai usaha sejak dari awal penajaannya demi memastikan segala kekurangan kemudahan yang terdapat di asrama dan sekolah mampu disediakan menjelang hari pendaftaran akan datang. Komitmen tinggi semua AJK terlibat amat-amat dihargai oleh pihak sekolah. Namun semua dana yang telah dijanjikan tidak dapat disalurkan kerana PIBG tiada didaftarkan secara sah. Melihat keperluan yang amat mendesak ini pihak sekolah melihat perlu dijalankan mesyuarat Agung seberapa segera agar segala perancangan awal dapat disegera.

    ReplyDelete
  3. Okayy ruginya, daftar sekarang tak boleh dah ?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Tumpang tanya. Jika ada murid yang berminat untuk masuk ke sekolah ini, bagaimana ye? Boleh daftar sekarang? Ataupun pendaftaran murid baru sudah tidak diterima lagi? Mohon jawab dengan segera. Terima Kasih :)

    ReplyDelete