Assalamualaikum kepada semua pengunjung ,
berikut antara puluhan panggilan dan persoalan dari para penjaga berkaitan kemasukan pelajar sesi 2012 akan datang.
S1 ; Berapa yuran yang dikenakan?
J1 = Yuran makan asrama RM250 setahun bagi keluarga berpendapatan 5000 ke bawah manakala penjaga berpendapatan RM5000 ke atas RM750 setahun. Yuran PIBG akan diputuskan kelak. Sebahagian yuran ditanggung oleh kerajaan seperti diumumkan oleh pihak menteri
S2 ; Koperasi bila akan dibuka?
J2 = Pada hari pendaftaran 3hb Jan untuk pelajar tingkatan 2, 4hb Jan untuk pelajar tingkatan 1 . Barangan yang akan dibekalkan oleh koperasi ialah set cadar, sampin, baju batik, lencana sekolah, tanda nama, tshirt rasmi, tshirt rumah (sukan), tali leher , buku tulis berlogo sekolah, kad balik bermalam, kad pelawat akan dibekal oleh koperasi .
S3 ; Kain pelajar perempuan warna biru laut atau gelap?
J3 = warna biru laut
S4 ; Balik bermalam dan keluar bandar berapa kali sebulan?
J4= Pada dasarnya balik bermalam sebulan sekali, keluar bandar pula 2 minggu sekali. Namun masih tertakluk pada keadaan semasa. Jadual lengkap akan diserahkan ketika hari pendaftaran
S5 ; Peralatan elektronik dan elektrik seperti telefon bimbit, seterika boleh dibawa?
J5= tidak dibenarkan. Pihak sekolah sedang berunding dengan pihak pembekal untyuk menyediakan perkhirmatan telefon di asrama dan sekitar sekolah. Kemudahan alatan menggosok juga akan disediakan.
S6 ; Kelengkapan asrama seperti almari, ampaian pakaian kelihatannya belum ada, macamana?
J6= Dah tiba dan dalam proses susun atur. Pihak PIBG juga sedangberusaha membantu menyediakan kemudahan ampaian asrama.
S7 ; Nombor telefon dan faks sekolah ?
J7= Alhamdulillah kedua talian telah tersedia. Telefon pejabat 03 3120 1597 / Faks 03 3120 1623
S8 ; Berapa ramai guru di SM Sains Banting ?
J8= Kekuatan tenaga guru untuk sesi 2012 akan datang seramai 35 orang manakala staf sokongan 6 orang. Senarai lengkap sila rujuk pautan staf yang sedia ada