Sunday 18 December 2011

SOAL JAWAB

Assalamualaikum kepada semua pengunjung ,
berikut antara puluhan panggilan dan persoalan dari para penjaga berkaitan kemasukan pelajar sesi 2012 akan datang.

S1 ; Berapa yuran yang dikenakan?
J1 = Yuran makan asrama RM250 setahun bagi keluarga berpendapatan 5000 ke bawah manakala penjaga berpendapatan RM5000 ke atas RM750 setahun. Yuran PIBG akan diputuskan kelak. Sebahagian yuran ditanggung oleh kerajaan seperti diumumkan oleh pihak menteri

S2 ; Koperasi bila akan dibuka?
J2 = Pada hari pendaftaran 3hb Jan  untuk pelajar tingkatan 2,  4hb Jan untuk pelajar tingkatan 1 . Barangan yang akan dibekalkan oleh koperasi ialah set cadar, sampin, baju batik, lencana sekolah, tanda nama, tshirt rasmi, tshirt rumah (sukan), tali leher , buku tulis berlogo sekolah, kad balik bermalam, kad pelawat  akan dibekal oleh koperasi .

S3 ; Kain pelajar perempuan warna biru laut atau gelap?
J3 = warna biru laut

S4 ; Balik bermalam dan keluar bandar berapa kali sebulan?
J4= Pada dasarnya balik bermalam sebulan sekali, keluar bandar pula 2 minggu sekali. Namun masih tertakluk pada keadaan semasa. Jadual lengkap akan diserahkan ketika hari pendaftaran

S5 ; Peralatan elektronik dan elektrik seperti telefon bimbit, seterika boleh dibawa?
J5= tidak dibenarkan. Pihak sekolah sedang berunding dengan pihak pembekal untyuk menyediakan perkhirmatan telefon di asrama dan sekitar sekolah. Kemudahan alatan menggosok juga akan disediakan.

S6 ; Kelengkapan asrama seperti almari, ampaian pakaian kelihatannya belum ada, macamana?
J6= Dah tiba dan dalam proses susun atur. Pihak PIBG juga sedangberusaha membantu menyediakan kemudahan ampaian asrama.

S7 ; Nombor telefon dan faks sekolah ?
J7= Alhamdulillah kedua talian telah tersedia. Telefon pejabat  03 3120 1597 / Faks 03 3120 1623

S8 ; Berapa ramai guru di SM Sains Banting ?
J8=  Kekuatan tenaga guru untuk sesi 2012 akan datang seramai  35 orang manakala staf sokongan 6 orang. Senarai lengkap sila rujuk pautan staf yang sedia ada

41 comments:

  1. Salam, saya ingin bertanya,a) pada hari pendaftaran adakah pelajar perlu memakai uniform sekolah lengkap dengan kasut hitam?
    b) Dan adakah di tempat tinggal asrama menyediakan perkhidmatan dobi atau pelajar2 kena basuh sendiri?
    c)Adatak bayaran lain selain yuran makan asrama?

    ReplyDelete
  2. Salam Pn Mazlina;

    a. Pendaftaran berpakaian sekolah lengkap dan berkasut hitam.
    b. Perkhidmatan dobi juga sedang diusahakan. InsyaAllah ada.
    c. Bayaran lain; Yuran PIBG, bayaran koperasi ( akan dimaklumkan kelak )

    ReplyDelete
  3. Salam, saya ingin bertanya, bagaimana sekiranya pelajar TG. 1 tidak dpt hadir pd hari pendaftaran yg telah ditetapkan, iaitu 4/1/2012? Adakah pelajar tersebut boleh hadir pd hari yang berikutnya?

    Terima kasih.
    Pn Diana

    ReplyDelete
  4. Boleh tapi sila maklum berikan nama lengkap anak dan kad pengenalan untuk tindakan kami.

    ReplyDelete
  5. Boleh tapi sila maklum berikan nama lengkap anak dan kad pengenalan untuk tindakan kami.

    ReplyDelete
  6. Assalam,

    Selain dari yuran makan, berapakah jumlah yuran-yuran yang lain seperti yuran PIBG?

    Terima kasih
    Pn Siti Hazar.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Saya ingin mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai pendaftaran untuk Tingkat 4. Bagaimana saya dapat mendaftar anak saya untuk belajar di sini.

    ReplyDelete
  9. FARAH WAHIDAH

    *SAYA INGIN BERTANYA ADA TAK PERKHIDMATAN BAS UNTUK PULANG KE KAMPUNG?
    *ANGGARAN BERAPA JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR SEMASA PENDAFTARAN TINGKATAN 1?

    ReplyDelete
  10. 1. Pakaian rasmi sekolah murid lelaki adalah :

    a) Baju kemeja berwarna putih
    b) Seluar hijau
    c) Kasut putih

    atau ada apa-apa perubahan?

    2. Sila nyatakan apa-apa bayaran yang dikenakan semasa pendaftaran nanti.

    3. Anak sulung dan kedua masing-masing mendapat 8A dan 7A 1B dalam PMR baru-baru ini,bagaimanakah caranya untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 4 di sekolah ini kerana adiknya di Tingkatan 1 (Tingkatan 2 2012) akan masuk ke sekolah ini pada 3 haribulan nanti.

    En.Saiful Hisham

    ReplyDelete
  11. Good evening..please provide me the details when is the registration for form 4 students? My sister get 8As in her PMR 2011. She already applied for the next year intake on 29 september 2011. I appriciate your valuable time to respond me.Thank you.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...saya terpanggil utk bertanya setelah membaca respond dari En. Saiful Hisham dan ibu bapa di atas...En.Saiful hertanya berkaitan bayaran2 yg dikenakan untuk kemasukan anak2 kita di sekolah ini...
    BAPA 'A' BAPA 'B'
    1. Yuran makan asrama RM 750.00 RM 250.00
    2. set cadar RM ______ RM ______
    3. sampin RM ______ RM ______
    4. baju batik RM ______ RM ______
    5. lencana sekolah RM ______ RM ______
    6. tanda nama RM ______ RM ______
    7. tshirt rasmi RM ______ RM ______
    8. tshirt rumah (sukan) RM ______ RM ______
    9. tali leher RM ______ RM ______
    10.bukutulis berlogo sekolah RM ______ RM ______
    11.kad balik bermalam RM ______ RM ______
    12.kad pelawat RM ______ RM ______
    13.yuran PIBG RM ______ RM ______
    14. ..........
    15. ..........

    setelah di campur tolak bayaran di atas rasa2nya En. saiful akan pening kepala bila 2 orang lagi anaknya (di tingkatan 4)diterima masuk ke sekolah ini...walaupun macamana pun tahniah kepada En.Saiful kerana dikurniakan anak yg cemerlang...Alhamdulillah...harapan saya agar anak2 kita ini menghargai penatjerih ibubapa mereka yg bertungkuslumus buat apa sahaja untuk kecemerlangan anak2 mereka...

    ReplyDelete
  13. En Saiful,
    Kasut pelajar adalah kasut kulit berwarna hitam dan bertumit rendah. Prep malam berkemeja dan berbaju kurung,. Pada malam Jumaat semua yang beragama Islam berbaju Melayu lengkap

    ReplyDelete
  14. Di dalam buku tawaran itu murid seekolah perlu membeli kasut sukan yang hanya berwarna hitam dan putih.adakah bermakna kasut yang berwarna hitam atau putih itu boleh bercampur dgn warna lain? kerana saya ingin membeli kasut sukan tetapi saya tidak berapa pasti sama ada kedua dua warna itu boleh bercampur dgn warna lain?
    harap soalan saya ini dapat dijawab secepat mungkin dari pihak sekolah sm sains banting.
    terime kasih.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. saya ingin memohon memasuki sekolah ini untuk Tingkatan 4 2012, saya telah mendapat 8A 1B dalam keputusan pmr 2011.Bagaimana cara untuk mendaftar ke sekolah ini

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Saya ingin bertanya, adakah yuran koperasi bermaksud kos untuk membeli barang seperti dalam senarai keperluan barang koperasi?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. boleh x klo ayh syer byr dulu yurn mknn
    kemudian bru byr yurn koperasi
    kerana ayh sy bepedptn rendh
    pleseeeeeeeeeeeeee
    ?????????????????????

    ReplyDelete
  19. semalam saya telah pergi ke pos office utk membeli 12 keping setem seperti yg dikehendaki sbp..tapi kerani pos itu menyuruh saya membeli setem yg berharga 80 sen sebanyak 12 keping kerana katanya harga pos dah naik ..dan kalau guna setem 50 sen surat nanti tak sampai..adakah benar....?

    ReplyDelete
  20. salam..saya ingin bertanya..pelajar lelaki dikenakan membawa sekurang2nya 2 pasang baju melayu biasa..adakan baju ini dipakai sewaktu kelas prep..dan sepasang baju melayu putih dan bersampin logo sekolah tu bila pula di pakai?.adakah pada waktu persekolahan setiap hari jumaat..?harap maklum balas..terima kasih..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum , just wanna ask something . saya ade mohon ke sekolah ini dan result saya 7A 1B . saya ingin bertanya , bila keputusan kemasukan tingkatan 4 akan diumumkan ? dan jika saya menjawat jawatan sebagai pengawas di sekolah sebelum ini , bolehkah saya melanjutkan jawatan saya sekiranya diterima ? terima kasih :)

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum, ingin bertanya bagaimanakah caranya nak memohon Sekolah Menengah Sains Banting ini. Untuk pengetahuan pihak tuan, anak saya mendapat keputusan 4A 1B dalam peperiksaan UPSR 2011 yang lalu. Mohon penjelasan dengan kadar segera. Sekian, terimakasih.

    ReplyDelete
  23. AsSalamuaLaikum . Saya dpt twaran ke sekolah sains bAnting melalui online . sesi pndaFtarn padA 31 jan . Ttapi saya x dpt lagi surat tawaran manakala kawan2 yang dapat tawaran dari sekolah sains lain sudah dpt surat tawaran tersebut . Mengapa terjadi begini ?

    ReplyDelete
  24. Salam, di sana ade tak bandar2 atau pekan2 yang terdekat?? Berape kilometer?
    harap dapat membantu..

    ReplyDelete
  25. mm salam. nak tahu, prep petang dan malam pakai baju apa? ada terbaca dekat comment, diberitahu prep malam pakai baju kemeja? Kemeja biasa ke?

    ReplyDelete
  26. SMS Banting - saya membaca semua komen2 yang bertanyakan perihal mengenai sekolah ini.. tapi kenapa pihak sekolah tiada memberi respon...

    ReplyDelete
  27. salam,
    saya ingin bertanya kepada pihak sekolah adakah ini benar atau ditetapkan oleh pihak sekolah atau dipersetujui dalam mesyuarat koko atau mesyuarat lain.
    Anak saya meminta wang untuk membayar:
    a) RM10 (utk sebulan) bagi unit beruniform
    b) RM10 (utk sebulan ) bagi kelab & persatuan
    c) RM10 (utk sebulan) bagi sukan dan permainan
    d) RM10 (sebulan ) utk rumah sukan

    Adakah bayran ini ditetapkan oleh pihak sekolah atau diputuskan dalam setiap mesy di atas? saya ingin mendapatkan penjelasan selanjutnya kerana ini melibatkan bayran setiap bulan. kemusykilan saya ialah ada persatuan/kelab yang berlainan bayran yurannya ada yg RM5 setahun sahaja.Lagipun tiada surat hitam putihnya menyebabkan saya agak terbeban dgn bayran ini.

    Saya juga ingin bertanya tentang bayran Yuran PIBG sebanyak Rm200 bila perlu dijelaskan? Begitujuga dengan bayran dobi sebab saya belum membayar yuran dobi dan anak saya telah menghantar pakaiannya ke pusat dobi?

    Harapan saya agar pihak sekolah dapat memberikan penjelasan agar saya tidak keliru dan faham akan segalanya.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Bila kah yuran pibg harus di bayar? berapa jumlah bayarannya dan cara pembayaran?

    ReplyDelete
  30. Assalammualaikum,
    Saya ingin memohon pihak sekolah supaya berusaha menyelesaikan masalah bekalan air di tingkat 3 asrama puteri. Adalah agak menyukarkan bagi pelajar- pelajar di tingkat 3 terutamanya di awal pagi jika terpaksa ke tingkat lain.

    ReplyDelete
  31. Apakah syarat permohonan untuk diterima? Im PMR candidates 2012, nak masuk sekolah ni 2013, cuma nak tahu syarat permohonan diterima?

    ReplyDelete
  32. salam..nak tny la ade x jawatan menjadi technician kat sekolah 2..law ada mcm ne sy nk pohon?? hantar resume kat sekolah 2 boleh x???

    ReplyDelete
  33. salam. saya merupakan pelajar tingkatan 4 smk jalan 4 bandar baru bangi. saya berminat untuk diterima sebagai pelajar SMS banting. saya merupakan pelajar yg aktif dalam kokurikulum seperti kawat kaki, bola jaring dan lain2..saya telah mendapat 7A 1B untuk PMR 2011. adakah terdapat cara untuk saya memohon ke sekolah ini?

    ReplyDelete
  34. salam. saya pelajar tingkatan 2 (2012) saya nak mohon sekolah ni untuk form 3 (2013) boleh tak ? macam mana eak ?

    ReplyDelete
  35. kelayakan untuk masuk SM SAINS BANTING,ape ye?untuk form 1...

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum. Tumpang tanya. Jika ada murid yang berminat untuk masuk ke sekolah ini, bagaimana ye? Boleh daftar sekarang? Ataupun pendaftaran murid baru sudah tidak diterima lagi? Mohon jawab dengan segera. Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum,saya ingin bertanya bila tarikh jawapan kemasukan sekolah ini tahun hadapan bagi tingkatan 1.Sekianterima kasih.Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  38. salam..ada kekosongan untuk guru sementara? jika ada boleh hubungi saya 0136706823 atau 0132275242

    ReplyDelete
  39. Nama saya Leon dari Lincoln University College, saudara boleh melanjutkan pelajaran di Lincoln University College.Saudara boleh pilih kursus-kursus Diploma yang saudara minati. Pendaftaran hanya RM500 dan boleh masuk kelas belajar. Kami boleh menolong saudara dapatkan pinjaman dari PTPTN loan nanti. Kolej alamat kita ialah:- Lincoln University College No.2 Jln Stadium SS7/15, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya. Sila hubungi saya Leon 012-6575693 untuk mendapatkan informasi kursus-kursus yang di tawarkan di college Lincoln.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum...pada sesi pendaftaran 2016 adakah murid dikehendaki memakai pakaian sekolah lengkap?? Jika ya....tudung nya juga memang tanpa tanda nama dan lencana la ya?

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum..boleh saya tanya..di sekolah ini ada kelab ape?? unit beruniform ape?? dan permainan??

    *mohon membalas dengan cepat

    ReplyDelete