Adalah dimaklumkan kepada semua para penjaga dan ibubapa,
Program Tahlil dan Iftar Perdana yang dijadualkan berlangsung pada 3 ogos ini DITUNDA kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Sunday, 29 July 2012
Saturday, 21 July 2012
Ahlan wa sahlan ya Ramadan 2012
Antara program yang dijalankan ialah Ihya Ramadan , Tahlil dan Iftar Perdana pada 3 Ogos nanti . Sumbangan dari semua ibubapa dan penjaga sangat dialu-alukan . Boleh terus hubungi PK HEM ustaz Haji Amir Berau ditalian 019 2247009 untuk maklumat lanjut.
Sempena Ramadan, para pelajar dibenarkan balik ke asrama selepas jam 6 petang tapi tidak melebihi jam 10 malam . Kepada pelajar yang balik awal seperti kebiasaan, hidangan berbuka ada disediakan oleh pihak Dewan Makan. Buat anak-anak yang bukan beragama Islam, sarapan pagi dan makan tengahari tetap disediakan untuk mereka sepanjang Ramadan .
Antara sumbangan penjaga yang diterima sempena ketibaan Ramadan 2012 ini . Terima kasih tidak terhingga ...

Barisan kepimpinan BADAR yang mendengar taklimat akhir pengurusan BADAR dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua ..
KASTEK NEGERI SELANGOR 2012
SMS Banting sekali lagi terpilih menjadi tuan rumah untuk Karnival Sains dan Teknologi ( KASTEK ) 2012 yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 17-18 Julai lalu. Setiap daerah menghantar wakil bagi menyertai pelbagai kategori yang dipertandingkan . Antaranya Solar Car, Solar Boat , dan Roket
Pasangan kembar SMS Banting yang sempat menimba ilmu bersama rakan-rakan seperjuangan lain dalam kejohanan kali ini . Tahniah kepada PK Koko Cikgu Atan Selamat selaku pengerusi teknikal KASTEK Selangor atas kejayaan penganjuran ini. InsyaAllah 2013 akan terpahat SMS Banting selaku KUARA KASTEK SELANGOR
Meskipun wakil SMS Banting gagal menempa nama dalam edisi kali ini, diharapkan penganjuran ini mampu menarik minta dan membuka minda semua yang terlibat untuk terus memajukan diri dan mengembangkan bakat dan potensi semaksimum yang boleh di masa hadapan
Pasangan kembar SMS Banting yang sempat menimba ilmu bersama rakan-rakan seperjuangan lain dalam kejohanan kali ini . Tahniah kepada PK Koko Cikgu Atan Selamat selaku pengerusi teknikal KASTEK Selangor atas kejayaan penganjuran ini. InsyaAllah 2013 akan terpahat SMS Banting selaku KUARA KASTEK SELANGOR
Wednesday, 18 July 2012
Program Loving & Caring dan Pendedahan Awal Remaja
Alhamdulillah setelah tertangguh utk beberapa ketika akhirnya majlis ringkas untu penyampaian hadiah sempena Program Loving and Caring dan Pendedahan Awal Remaja dapat juga dijalankan baru-baru ini.
Syabas dan tahniah atas penglibatan semua dalam menjayakan program ini ... moga kita mendapat manfaat daripadanya
Syabas dan tahniah atas penglibatan semua dalam menjayakan program ini ... moga kita mendapat manfaat daripadanya
tidak ketinggalan buat semua rakan-rakan guru yang sentiasa membrikan komitmen tidak berbelah bagi dalam mendidik dan membina anak-anak di SMS Banting ini
Ujian Penilaian 2 tahun 2012
Berikut dipaparkan jadual Ujian Penilaian 2 tahun 2012 untuk perhatian para ibubapa dan penjaga
Selamat Maju Jaya buat semua
Hari Pemuafakatan 2012
Tarikh
20 Julai 2012
Hari
Jumaat
Masa
8.00-12.30 tengahari
Berikut disertakan lampiran surat jemputan program untuk perhatian dan tindakan semua pihak terlibat .
Monday, 16 July 2012
Spot Check Keterampilan Diri
Tarikh
16 .7.2012
Hari
Isnin
Masa
8.00 pagi
Satu pemeriksaan mengejut dibuat kepada semua pelajar untuk memastikan warga SMS Banting mampu mempamerkan keterampilan diri yang kemas, segak dan menarik. Antara fokus pemeriksaan adalah fesyen rambut yang menjadi trend para pelajar
Adalah diharapkan semua warga pelajar dan ibubapa sama-sama berganding bahu memastikan tahap disiplin dapat dipatuhi dengan baik
Program Lestari Alam 2012 SMS Banting
Tarikh
14 Julai 2012
Hari
Sabtu
Tempat
SMS Banting
Alhamdulillah dengan izin Allah program Lestari Alam 2012 berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari dan tarikh yang ditetapkan. Sebanyak 300 batang pokok hutan dari pelbagai spesis berjaya ditanam di SMS Banting sumbangan dari Lanskap Malaysia melalui kempen Hutan Kita @ Schools .
Seluruh warga sekolah terlibat dalam menjayakan program ini yang antara lain bermatlamat memperkasakan perlaksanaan Sistem Rumah SBP melalui pendakatan Program Love and Caring (PLC) . Adalah diharapkan aktiviti yang turut mendapat kerjasama unit 3K, Panitia Sivik dan Kenegaraan ini mampu memupuk nilai mencintai alam sekitar .
Gelagat seluruh warga pelajar sepanjang sesi penanaman berjalan di seluruh kawasan sekolah .
Terima kasih atas sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini . Antara tonggak kejayaan program Lestari Alam 2012
Berita Akhbar Utusan 19 Julai 2012
Wednesday, 11 July 2012
Semarak Ramadan Bersama Ustaz Dr Zahazan
Alhamdulillah dengan kehendakNya jua dipermudahkan segala urusan membawa Ustaz Dr Zahazan bin Mohamed ke SMS Banting untuk program Semarak Ramadan 2012 . Tepat jam 8.00 malam 11 Julai 2012 dengan diiringi semua pembantunya beliau tiba diperkarangan surau SMS Banting.
Peluang memiliki buku-buku karya dan terbitan Telaga Biru dengan kadar potongan sangat menarik pastinya tidak kami lepaskan. Lebih bermakna dengan adanya tandatangan Ustazr Zahazan sendiri pada buku yang dibeli untuk membakar semangat meneruskan usaha kebaikan membentuk anak bangsa ini.
Akhir kata.. jazakallahu khairan kathira dari kami seluruh warga SMS Banting
Ceramah dihadiri oleh semua pelajar dan tidak ketinggalan warga staf SMS Banting dan masyarakat sekitar yang terdekat. Isi kandungan ceramah pastinya difokuskan kepada pembangunan sahsiah murid disamping persediaan menghadapi Ramadan yang tidak lama lagi.
Antara tip menjadi pelajar berjaya dan cemerlang adalah konsep mencari redha Allah dalam setiap amalan dan tindakan. Kejayaan dunia akhirat lebih bermakna dari hanya sekadar menikmati kejayaan dunia semata-mata. Untuk itu pelajar perlu memiliki mentor, idola terbaik seperti Junjungan Nabi Muhammad atau tokoh-tokoh ilmuan termasuk guru-guru yang dapat dicontohi dan diteladani setiap masa. Tambahnya lagi, pelajar mesti memiliki pemikiran besar untuk berjaya hingga mampu memberi manfaat kepada ummah seluruhnya bukan sekadar memburu kejayaan kecil untuk kepentingan diri. Peribadi Rasullah dan para sahabat seperti Salman al Farisi mampu diteladani untuk tujuan tersebut
Sebahagian hadirin yang turut serta dalam ceramah Dr Zahazan .
Peluang memiliki buku-buku karya dan terbitan Telaga Biru dengan kadar potongan sangat menarik pastinya tidak kami lepaskan. Lebih bermakna dengan adanya tandatangan Ustazr Zahazan sendiri pada buku yang dibeli untuk membakar semangat meneruskan usaha kebaikan membentuk anak bangsa ini.
Akhir kata.. jazakallahu khairan kathira dari kami seluruh warga SMS Banting
Gotong Royong Gali Lubang
Aktiviti gotong royong membuat lubang sempena Program Lestari Alam 2012 yang bakal dijalankan bersama Lanskap Malaysia pada hari Sabtu ini jam 8.00 pagi berjalan lancar. Semua guru dan ahli rumah terbabit giat membuat persediaan awal bagi penanaman 300 batang pokok sumbangan Lanskap Malaysia.
Matlamat dan impian program ini adalah untuk menjadikan SMS Banting sekolah yang kondusif untuk didiami dengan pemandangan menarik dan menyejukkan mata menjelang 2020
Aksi-aksi menarik dan ceria pastinya menjadi santapan lensa kamera para pelajar SMS Banting sepanjang 4 hari aktiviti gotong royong ini dijalankan. Tidak kurang yang melucukan kerana ada setengah mereka yang buat kali pertama berpeluang menggunakan cangkul sepanjang hayat di kandung badan ini.
Matlamat dan impian program ini adalah untuk menjadikan SMS Banting sekolah yang kondusif untuk didiami dengan pemandangan menarik dan menyejukkan mata menjelang 2020
Bola Keranjang Antara Sistem Rumah
Kejohanan Bola Keranjang Antara Rumah telah dijalankan buat julung-julung kalinya bermula Julai 10, 2012 di atas usaha menganjurkan aktiviti yang berfaedah untuk para pelajar. Syabas dan tahniah kepada semua ahli Kelab Bola Keranjang dan Pengurusan Sistem Rumah atas usaha ini. Semoga ia mampu mempertingkatkan daya kepimpinan para pelajar dan membentuk sahsiah unggul di masa depan
Tuesday, 10 July 2012
Makluman Program
10 Julai
Senamrobik 1M1S KPM
Masa : 7.30 pagi
11 Julai
Ceramah Semarak Ramadan
bersama
Ustaz Dr Zahazan bin Mohammad
Masa : 8.00-9.00 malam
Tempat : Surau SMS Banting
12 Julai
Tuan Rumah APC Negeri Selangor
Karnival 1M1S / Ragbi dan Bola Jaring SBP
13- 14 Julai
Program Memperkasakan Sekolah Rendah
bersama SK Sri Lanang dan SK Kampung Endah
14 Julai
Program Lestari Alam 2012
bersama Lanskap Malaysia
Masa : 8.00-11.00 pagi
17-18 Julai
Tuan Rumah Karnival Sains Teknologi Negeri Selangor
20 Julai
Hari Pelanggan SMS Banting dan Balik Bermalam sempena Awal Ramadan
Masa : 8.30 - 12.30
27 Julai
Balik Pilihan
3 Ogos
Majlis Tahlil dan Iftar Perdana
bersama Ibubapa
Jam 6.00-9.00 malam
Tahlil Perdana
Majlis Berbuka Puasa
Solat Terawih
Balik bermalam sempena Nuzul Quran sehingga 6 Ogos
27 Julai
Balik Pilihan
3 Ogos
Majlis Tahlil dan Iftar Perdana
bersama Ibubapa
Jam 6.00-9.00 malam
Tahlil Perdana
Majlis Berbuka Puasa
Solat Terawih
Balik bermalam sempena Nuzul Quran sehingga 6 Ogos
11 Ogos
Cuti Penggal Persekolahan
Selamat Menyambut Aidil Fitri 2012
Monday, 2 July 2012
Pesta Buku Kuala Langat 2012
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMS Banting atas kejayaan penganjuran Pesta Buku Daerah Kuala Langat 2012 yang julung-julung kalinya dianjurkan di daerah ini. Sambutan luar biasa telah diterima dalam penganjuran edisi sulung ini . Selain dari jualan buku, pelbagai aktiviti lain telah diatur bagi memeriahkan perjalanan pesta buku ini.
Pameran dari agensi kerajaan dan swasta, slot ceramah berbentuk pendidikan untuk pengunjung, persembahan dari para pelajar , sedikit hiburan untuk kanak-kanak dan aktiviti jualan samada dari kalangan murid atau masyarakat setempat
Persembahan Coral Speaking dari para pelajar SMS Banting menyerikan aturcara majlis pesta buku
Guru-guru tidak ketinggalan merebut peluang untuk memiliki pakaian dan tudung yang dijual sepanjang pesta
Paling dinanti-nantikan adalah kehadiran selebriti Fahrin Ahmad yang menjadi daya penarik tambahan kunjungan para pengunjung ke Pesta Buku 2012 ini . Semoga penganjuran ini akan dapat dijadikan acara tahunan yang mampu melonjakkan nama SMS Banting ke tahap yang terbaik .

Gerai jualan "senjata terkini" ini juga menjadi tarikan para pengunjung. Namun yang paling mencuit hati kanak-kanak pastinya istana belon ...
Tidak kurang meriahnya pertandingan melukis kanak-kanak anjuran Kelab Nuri Bank Rakyat yang diserikan dengan kehadiran maskot Kelab Nuri dan BADUT dari SMS Banting
Kehadiran tetamu kehormat diserikan dengan sambutan bunga manggar dan paluan kompang. Perasmian disempurnakan oleh En Nor Azhar Hamzah Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan dan turut dihadiri oleh Pn Rozida bt Ismail Pengurus Besar Cerdik Publication
Setinggi-tinggi penghargaan buat semua agensi dan pihak terlibat. Wakil PPD Kuala Langat, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Banting tidak lupa Tuan Syed Idrus YDP PIBG SMS Banting selaku orang kuat penganjuran Pesta Buku Daerah Kuala Langat 2012
Paling dinanti-nantikan adalah kehadiran selebriti Fahrin Ahmad yang menjadi daya penarik tambahan kunjungan para pengunjung ke Pesta Buku 2012 ini . Semoga penganjuran ini akan dapat dijadikan acara tahunan yang mampu melonjakkan nama SMS Banting ke tahap yang terbaik .
Subscribe to:
Posts (Atom)