Wednesday 11 July 2012

Gotong Royong Gali Lubang

Aktiviti gotong royong membuat lubang sempena Program Lestari Alam  2012 yang bakal dijalankan bersama Lanskap Malaysia pada hari Sabtu ini jam 8.00 pagi  berjalan lancar. Semua guru dan ahli rumah terbabit giat membuat persediaan awal bagi penanaman 300 batang pokok sumbangan Lanskap Malaysia.





Aksi-aksi menarik dan ceria pastinya menjadi santapan lensa kamera para pelajar SMS Banting sepanjang 4 hari aktiviti gotong royong ini dijalankan. Tidak kurang yang melucukan kerana ada setengah mereka yang buat kali pertama berpeluang menggunakan cangkul sepanjang hayat di kandung badan ini.




Matlamat dan impian program ini adalah untuk menjadikan SMS Banting sekolah yang kondusif untuk didiami dengan pemandangan menarik dan menyejukkan mata menjelang 2020 

No comments:

Post a Comment