Sunday 1 July 2012

Kastek Daerah Kuala Langat 2012

28 Jun 2012 telah berlangsung karnival Sains dan teknologi peringkat daerah Kuala Langat di Sek Men Sains Banting. Pendaftaran seramai 123 peserta dari 16 buah sekolah menengah di seluruh daerah Kuala Langat telah bermula seawal 7.30 pagi. 5 acara yang dipertandingkan ialah Solar Car, Solar Boat, Solar Cooking, Saintis Muda dan Roket Air.

Sesi pertama iaitu pembinaan model belangsung selama 3 jam seterusnya dikuti oleh perlumbaan di panas terik matahari bagi acara yang menggunakan panel solar. Oleh kerana acara solar car dan solar boat pertama kalinya dipertandingkan , hanya 5 dan 7 pasukan sahaja yang bertanding. Paling membanggakan ialah pencapaian SMS Banting yang pertama kalinya menyertai KASTEK daerah telah berjaya meraih gelaran Johan Daerah bagi acara solar car dan Naib Johan Daerah dalam acara solar boat.

Inilah wajah-wajah Johan Solar Car daerah dari SMS Banting yang akan mewakilli daerah ke KASTEK peringkat  negeri Selangor. Muhammad Fahmi bin Zahurin, Nurul Ain Izzati dan  Anisah binti Mat Rani. Syabas dan Tahniah!!!






Di lokasi pertandingan Solar Boat. Begtu bersemangat sekali untuk berlumba. Wakil sekolah, Muhammad Syazwan Sukri , Johan Jauhari Mukras dan Muhammad Syazwan Aszahari berjaya meraih gelaran Naib Johan Daerah. Tahniah diucapkan.


Pertandingan pelancaran roket air kategori target dan paracut pula telah berlansung dengan meriahnya di padang sekolah. Seramai 14 pasukan daripada 14 buah sekolah telah menunjukkan kehebatan masing-masing dengan memberikan persaingan hebat antara satu sama lain. SMS Banting yang diwakili oleh pasangan kembar Azief dan Azrul telah muncul Naib Johan mengalahkan 12 pasukan yang lain. Walau pun agak kecewa kerana tidak berjaya merangkul piala pusingan Roket NEC daerah, pasukan roket sekolah akan terus berusaha memburu gelaran Johan pada pertandingan di masa depan.

Pasangan kembar kebanggaan sekolah Azief dan Azrul  mendapat sokongan moral dari Tuan Pengetua. Mereka berjaya mendapat gelaran Naib Johan Daerah untuk acara Roket Air.





Perasmian penutup pada KASTEK daerah kali ini telah disempurnakan oleh Encik Hj Agos Salim bin Shahrom selaku Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat. Dalam ucapan beliau, beliau bersetuju dengan saranan Tuan Pengetua SMS Banting iaitu Tn Hj Mohamad Kamaludin Taib supaya sekolah SMS Banting menjadi peneraju dalam bidang Sains dan teknologi di daerah Kuala Langat. Puan Jamilah Suradi pula, selaku Pegawai Kokurikulum PPD Kuala Langat telah menyatakan rasa puashati dan memberikan ucapan tahniah kepada pihak pengelola KASTEK daerah Kuala Langat yang di ketuai oleh Pn Hjh Ainol Mardziah GKMP Sains dan Matematik, dibantu penuh oleh penolong setiausaha Cik Mazlawati Marzuki, guru-guru SMS Banting, AJK Teknikal daerah, hakim daerah, pembantu makmal dan para pelajar SMS Banting. Begitu pula, dengan En Atan Selamat, PK kokurikulum SMS Banting menyatakan rasa gembira dengan perjalanan program yang begitu baik dan lancar.


Encik Agos Salim bin Shahrom Timbalan Pegawai PPD menyampaikan sijil kepada Hakim Solar Car , Encik Atan bin Selamat yang juga merupakan PK Koko SMS Banting.

1 comment:

  1. boleh tahan.. tahun lepas johan smktd ye?? hurm.. saingan sengit la buat sy tahun ini sebagai wakil smktd.. hehe.. semoga yang terbaik akan menang..

    ReplyDelete