Monday 16 July 2012

Program Lestari Alam 2012 SMS Banting


Tarikh 
14 Julai 2012
Hari
Sabtu
Tempat
SMS Banting


Alhamdulillah dengan izin Allah program Lestari Alam 2012 berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari dan tarikh yang ditetapkan. Sebanyak 300 batang pokok hutan dari pelbagai spesis berjaya ditanam di SMS Banting  sumbangan dari Lanskap Malaysia  melalui kempen Hutan Kita @ Schools .



Seluruh warga sekolah terlibat dalam menjayakan program ini yang antara lain bermatlamat memperkasakan perlaksanaan Sistem Rumah SBP melalui pendakatan Program Love and Caring (PLC) . Adalah diharapkan aktiviti yang turut mendapat kerjasama unit 3K, Panitia Sivik dan Kenegaraan ini mampu memupuk nilai mencintai alam sekitar .

Pengurus Besar Lanskap Malaysia En Othman bin Sulieman berkesempatan menanam pokok bersama tuan Pengetua dan barisan pentadbir yang lain. Pastinya aktiviti ini akan menjadi kenangan buat seluruh warga SMS Banting kerana dengan sedikit usaha bersama ini mampu mengubah lanskap SMS Banting  menjadi antara yang terindah satu hari kelak ....




Gelagat seluruh warga pelajar sepanjang sesi penanaman berjalan di seluruh kawasan sekolah .



Terima kasih atas sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini . Antara tonggak kejayaan program Lestari Alam 2012 




Berita Akhbar Utusan 19 Julai 2012


No comments:

Post a Comment