Monday 2 July 2012

Pesta Buku Kuala Langat 2012

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMS Banting atas kejayaan penganjuran Pesta Buku Daerah Kuala Langat 2012  yang julung-julung kalinya dianjurkan di daerah ini. Sambutan luar biasa telah diterima dalam penganjuran edisi sulung ini . Selain dari jualan buku, pelbagai aktiviti lain telah diatur bagi memeriahkan perjalanan pesta buku ini.


Pameran dari agensi kerajaan dan swasta, slot ceramah berbentuk pendidikan untuk pengunjung, persembahan dari para pelajar , sedikit hiburan untuk kanak-kanak dan aktiviti jualan samada dari kalangan murid atau masyarakat setempat

Persembahan Coral Speaking dari para pelajar SMS Banting menyerikan aturcara majlis pesta buku





Guru-guru tidak ketinggalan merebut peluang untuk memiliki pakaian dan tudung yang dijual sepanjang pesta


Gerai jualan "senjata terkini"  ini juga menjadi tarikan para pengunjung. Namun yang paling mencuit hati kanak-kanak pastinya istana belon ...


Tidak kurang meriahnya  pertandingan melukis kanak-kanak anjuran Kelab Nuri Bank Rakyat yang diserikan dengan kehadiran maskot Kelab Nuri dan BADUT dari SMS Banting




Kehadiran tetamu kehormat diserikan dengan sambutan bunga manggar dan paluan kompang. Perasmian disempurnakan oleh En Nor Azhar Hamzah Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan  dan turut dihadiri oleh Pn Rozida bt Ismail  Pengurus Besar Cerdik Publication 




Setinggi-tinggi penghargaan buat semua agensi dan pihak terlibat. Wakil PPD Kuala Langat, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Banting tidak lupa Tuan Syed Idrus YDP PIBG SMS Banting selaku orang kuat penganjuran Pesta Buku Daerah Kuala Langat 2012 



Paling dinanti-nantikan adalah kehadiran selebriti Fahrin Ahmad yang menjadi daya penarik tambahan kunjungan para pengunjung ke Pesta Buku 2012 ini . Semoga penganjuran ini akan dapat dijadikan acara tahunan yang mampu melonjakkan nama SMS Banting ke tahap yang terbaik .


1 comment: