Wednesday 11 July 2012

Semarak Ramadan Bersama Ustaz Dr Zahazan

Alhamdulillah dengan kehendakNya jua dipermudahkan segala urusan membawa Ustaz Dr Zahazan bin Mohamed ke SMS Banting untuk program Semarak Ramadan 2012 . Tepat jam 8.00 malam 11 Julai 2012  dengan diiringi semua pembantunya beliau tiba diperkarangan  surau SMS Banting.




Ceramah dihadiri oleh semua pelajar dan tidak ketinggalan warga staf SMS Banting dan masyarakat sekitar yang terdekat. Isi kandungan ceramah pastinya difokuskan kepada pembangunan sahsiah murid disamping persediaan menghadapi Ramadan yang tidak lama lagi.

Antara tip menjadi pelajar berjaya dan cemerlang adalah konsep mencari redha Allah dalam setiap amalan dan tindakan. Kejayaan dunia akhirat lebih bermakna dari hanya sekadar menikmati kejayaan dunia semata-mata. Untuk itu pelajar perlu memiliki mentor, idola terbaik seperti Junjungan Nabi Muhammad atau tokoh-tokoh ilmuan termasuk guru-guru yang dapat dicontohi dan diteladani setiap masa. Tambahnya lagi, pelajar mesti memiliki pemikiran besar untuk berjaya hingga mampu memberi manfaat kepada ummah seluruhnya bukan sekadar memburu kejayaan kecil untuk kepentingan diri. Peribadi Rasullah dan para sahabat seperti Salman al Farisi mampu diteladani untuk tujuan tersebut


Sebahagian hadirin yang turut serta dalam ceramah Dr Zahazan .


Peluang memiliki buku-buku karya dan terbitan Telaga Biru dengan kadar potongan sangat menarik pastinya tidak kami lepaskan. Lebih bermakna dengan adanya tandatangan Ustazr Zahazan sendiri pada buku yang dibeli untuk membakar semangat meneruskan usaha kebaikan membentuk anak bangsa ini.

Akhir kata.. jazakallahu khairan kathira dari kami seluruh warga SMS Banting

No comments:

Post a Comment